Tab Menu

Followers

Tuesday, March 22, 2011

'Queen Control' - Bab 7

DUNIA di sekeliling dia rasakan gelap gelita. Inilah episode hitam di dalam hidupnya. Dia sudah mati akal. Fikirannya bercelaru. Kalau papa tahu semestinya orang tua itu akan mencekik lehernya sampai mati. Dia ditangkap berkhalwat dengan lelaki yang tidak dikenali. Lelaki pembawa malang dalam hidupnya. Hari ini dalam keterpaksaan dia perlu menerima lelaki ini sebagai suami. Hatinya menjerit tidak mahu. Namun apakan daya mereka telah dinikahkan malam itu juga. 

            Puas dia merayu dan puas dia menceritakan segala-galanya. Seorang pun tidak mempercayai dia. Dia teraniaya. Lelaki itu yang menganiayai dia. Lelaki itu mahu bolot harta pencariannya. Putri Tasnim menunding ke muka Tiryaq. Lelaki itu boleh berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku. Putri Tasnim macam orang histeria. Kecoh pejabat Agama kerana amukan Putri Tasnim.

            Puan Putri Tasnim Johari...Sekelip mata title ‘Puan’ itu berada di hadapan namanya. Dia benci! Dia benci dengan perkahwinan ini. Putri Tasnim lemparkan segala barang yang ada di dalam bilik itu. Pintu bilik itu terkuak. Tiryaq sekadar tersenyum mengelakkan diri dari barang-barang yang dibalingkan oleh Putri Tasnim ke arahnya. Putri Tasnim tercungap-cungap keletihan. Satu pun tidak kena pada sasaran. 

            “Get out!” Putri Tasnim melenting. Dia menolak tubuh sasa Tiryaq. Sayangnya Tiryaq tidak berganjak dari tempat dia berdiri. 

            “Kenapa pula awak nak halau suami awak keluar. Tak baik tau. Malam inikan malam pertama kita.” Sengihan Tiryaq buat Putri Tasnim menyampah. Ringan saja telapak tangan Putri Tasnim melekat pada muka kacak Tiryaq. 

            Tiryaq tergamam jua. Boleh tahan garangnya perempuan ini. Putri Tasnim melabuhkan punggungnya di birai katil. Hal ini tidak boleh dihebohkan. Reputasinya akan terjejas jika diketahui umum. Dia mesti buat sesuatu. Putri Tasnim mengangkat kepalanya. 

            “Kalau you mahu tinggal di rumah I...you kena ikut arahan I. Bukan you yang akan mengawal hidup I tapi I yang akan mengawal you.” Putri Tasnim menghalakan jari telunjuknya pada muka Tiryaq.

            Tiryaq jongket bahu. Terpulanglah. Dia pun suka kalau ada orang yang menanggung segala makan dan pakaiannya. Apa salahnya dia ikut rentak Putri Tasnim. Dia pun bosan juga asyik memberikan arahan kepada orang bawahannya. 

            Naik hairan pula Putri Tasnim dengan mamat bermuka blur ini. Senyum memanjang aje. Sudahlah senyuman Tiryaq itu menawan dan memikat. Tiba-tiba pula muka dia bertukar warna. Putri Tasnim segera mengalih pandang. 

            “Merahnya muka awak ye.” Tiryaq mengusik. Dia ketawa kecil. Tawanya sungguh seksi. 

            “Don’t laugh!” Putri Tasnim balingkan bantal pada muka Tiryaq. Tiryaq mengelak. Tawanya masih bersisa. Putri Tasnim mengerling Tiryaq tajam. 

            Aku mesti buat dia ceraikan aku. Tapi macam mana? Putri Tasnim memerah otak. Masakan dia akan meneruskan perkahwinan dengan lelaki pembawa malang ini. Oh Tidak! Sudah kahwin kena cekup. Majlis sambut pengantin punya tiada. Yang ada hanya akad nikah.

            Tiryaq menguap kecil. Rasa mengantuklah pula. Dia dengan selamba baring di atas katil sambil menarik selimut. Apa lagi menyirap darah Putri Tasnim naik ke muka. Siapa pula yang benar lelaki itu tidur bersamanya di atas katil. Seluruh tenaga dia perah menolak tubuh sasa Tiryaq hingga lelaki itu jtauh dari katil. 

            “Jangan harap you nak tidur sekatil dengan I! You tidur di luar!” Putri Tasnim melenting. Turun naik nafasnya. 

            “Awak boleh suruh saya buat apa sahaja untuk awak tetapi saya tetap akan tidur di sebelah awak. Jangan risau saya tidak akan sentuh awak walau seinci pun.” Tiryaq naik semula ke atas katil. Dia selimut seluruh tubuhnya. Putri Tasnim jegilkan biji mata. 

            Suka atau pun tidak dia terpaksa tidur di sebelah Tiryaq. Anggap saja dia teddy besar Tasnim. Gerutu hati kecil Putri Tasnim. Putri Tasnim memenjamkan matanya rapat-rapat. Dia masih berharap semua ini adalah mimpi ngeri!

GOOD Morning! Good morning! Good morning! Siapalah punya telefon yang set bunyi ‘good morning’ pagi-pagi buta ni. Memekaklah! Orang nak tidur pun tak senang. Semacam pula bantal peluknya malam ini. Keras dan ada otot-otot. Perlahan-lahan Putri Tasnim membuka mata. Tiryaq hanya tersenyum memandangnya. Dia lebih awal terjaga dari Putri Tasnim. 
            “Good morning.” Ucapnya lembut. Satu kucupan hinggap ada dahi Putri Tasnim. 
            “What the?” Putri Tasnim lantas meloncat dari katil. Mimpi ngeri tetap menjadi kenyataan. Macam mana dia boleh lena memeluk mamat seorang ini. “Berani you ambil kesempatan pada I!” Rengus Putri Tasnim.

            “Tidak salah ambil kesempatan pada yang halal untuk kitakan.” Balas Tiryaaq. Dia bangun lalu menuju ke bilik air. Telefon bimbitnya pun dia angkut sekali. Putri Tasnim tidak perasan. 

            Tiada orang lain yang akan Tiryaq hubungi selain setiausahanya, Apple. Merengus kasar Apple bila tidurnya diganggu. Apa lagi yang dikehendaki oleh Tuan Pengarahnya ini. Tuan Pengarah sudah bersedia untuk berdaftar ke hospital sakit jiwa ke? Dia letih tau. Malam tadi dia terpaksa menjayakan sekali rancangan ‘bijak’ Tuan Pengarah. Kalau terdesak ingin berkahwin pun janganlah aniaya anak dara orang. Parahnya dia terlibat sama dengan rancangan Tuan Pengarah.

            Bayangkan jika kisah Pengarah Besar TIR Holding’s ditangkap berkhalwat terpapar depan muka akhbar dan majalah. Berita terkini hiburan sensasi. Kecoh satu  bangunan TIR Holding's. Nasib kahwin tangkap basah Tuan Pengarah dibuat secara tertutup. Orang tidak tahu. 

            “Tuan Pengarah...nak apa lagi. Bini Tuan Pengarah lari ke?” Desis Apple. 

            “Mana ucapan selamat pengantin baru untuk saya.”

            Tuan Pengarah telefon semata-mata mahukan ucapan selamat pengantin baru. Ikutkan hati dia campakkan telefon bimbitnya ini pada dinding biar berkecai. Selamat dari sebarang gangguan yang berikan dia sakit mental. 

            “Selamat pengantin baru Tuan pengarah. Hadiah lain tahun saya kasi Tuan Pengarah.” Dengan lemah-lembut Apple memberikan ucapan. 

            Tiryaq ketawa. Tawanya mengejutkan Putri Tasnim yang berada di luar bilik air itu. Kerut dahinya. Apa yang menggelikan hati lelaki itu agaknya. Gila ke? Putri Tasnim mengetuk pintu bilik air.

            “Make breakfast for me!” Dia memberikan arahan pertamanya sebaik sahaja Tiryaq keluar. 

            “Kita solat bersama.”

            “I’m off today.” Putri Tasnim menghempaskan pintu bilik air. Tiryaq sekadar tersenyum panjang.

TIDAK berkelip mata Putri Tasnim melihat makanan yang terhidang di atas meja. Tiryaq sakan tahu rutin sarapan paginya. Telur separuh masak, sandwich dan milo panas. Tawanya hampir meletus melihat Tiryaq yang sedang memakai apron itu. Lagak Tiryaq seperti seorang pembantu rumah. Tiryaq menarik kerusi untuk si tuan puteri. Dia hidangankan sandwich di hadapan Putri Tasnim.

            Sedap! Kata-kata itu yang terungkap di dalam hati Putri Tasnim. Dia sendiri tidak pandai memasak. Setakat buat roti bakar bolehlah. Dia lebih kerap bersarapan di luar. Wanita yang berkerjaya sepertinya mana ada masa untuk belajar memasak. Pejabat adalah rumah utamanya. 

            “You mesti rahsiakan perkahwinan kita!” 

            “Okay.”

            “You kena duduk di rumah!”

            “Okay.”

            “You tidak perlu melukis di Pasar Seni lagi!”

            “Okay.”

            “Kenapa semuanya okay pada you!” Berang pula Putri Tasnim dengan sikap selamba Tiryaq yang blur itu.

            Putri Tasnim bingkas bangun. Dia perlu pulang ke kota. Kerjanya masih tertangguh. Masalah datang bertimpa-timpa. Tempoh yang Mr. Don berikan sudah sampai ke kemuncak. Idea untuk visual iklan itu masih menemui jalan buntu. Bagaimana pula dengan lelaki ini? Pening! Pening! 

            Tiba-tiba Tiryaq hulurkan dua biji panadol kepadanya. Berkerut lagi muka Putri Tasnim. Dia tidak minta panadol. 

            “Kalau sakit kepala telan panadol.” Tiryaq letakkan dua biji panadol pada telapak tangan Putri Tasnim. Senyuman manis di bibir Tiryaq buat muka Putri Tasnim merah padam.

            Kau itu yang buat aku sakit kepala! Aku juga yang bodoh sebab termakan umpan lelaki ini. Kalaulah masa boleh diputarkan semula.

19 comments:

  1. kesian tasnim, mesti merana hidup.. tapi suka kat perangai selamba tiryaq ^_^

    ReplyDelete
  2. I like Tiryaq too...hehehehe...:D:

    ReplyDelete
  3. tiryaq..u're so cuten so slumber...hhahaha...best!!!

    ReplyDelete
  4. like tiryaq from starting agi!!sis..smbg cpt2

    ReplyDelete
  5. ada gak laki cmni...hihi

    ReplyDelete
  6. hehehe....
    rupanya rancangan tiryaq....
    memang tiryaq dah angau tahap melampau dah...tapi kesian kat tasnim
    akak nak lagi....

    ReplyDelete
  7. cool giler Tiryaq..^^
    smbung agi..ska sgt..hihi

    ReplyDelete
  8. wahaha.. ya Allah... best nyerr citer nie.. so sooo unique...

    ReplyDelete
  9. suka2....cpt2 cntinue ye ilya....can't wait...jln cerita yg baik=P

    ReplyDelete
  10. Tq atas komen semua dan meminati siri QC ini. Isu Queen Control masih ada dikalangan kita. :H:

    ReplyDelete
  11. Partt yang akan kian menyusl selepas ini. Bagaimana agaknya kisah rumahtangga pasangan ini agaknya ye.. :D:

    ReplyDelete
  12. nekad betul tiryaq tu..sian tasnim but perangai selamba tiryaq tu memang akan memikat hati tasnim plus dengan kehenseman tiryaq plus pandai masak pulak tu.hihihi

    ReplyDelete
  13. tiryaqq!!!
    u make me fdall in love with u...
    whahaahaa,,

    ReplyDelete
  14. best sangaaaaaaaaaaaat.
    dah jatuh cinta dgn Tiryaq!

    ReplyDelete
  15. best!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
    kan best lau jumpa cal0n mcm tiryaq..kompom xcari len dah..kikikii

    ReplyDelete