Tab Menu

Followers

Wednesday, March 2, 2011

566 Hari Mencari Cinta Akan Datang APRIL Ini!!!

ALHAMDULILLAH....Akhirnya...akhirnya 566 Hari Mencari Cinta keluar di pasaran! Aku benar-benar berterima kasih kepada KAKI NOVEL ENTERPRISE dan para pembaca setia di blog dan P2U. Happy sangat novel ketiga aku akhirnya bakal keluar. Semoga novel ketiga ini mendapat sambutan menggalakkan lebih dari CNS hehehehe....Tapi aku tahu CNS tetap di hati peminat tambahan pula CNS II juga bakal keluar. Sekarang aku sibuk menyiapkan manuskrip CNS II dan sekaligus dengan manuskrip Queen Control. Selepas kedua-dua manuskrip ini siap aku nak rehat sekejap dengan menulis citer dalam blog Musim Bulan Cinta. Dalam blog tu aku sekadar menulis suka-suki sahaja. InsyaALLAH semua citer akan aku habiskan hehehehe

Sinopsis:-

Dalam tempoh 566 hari, Firdayu diwajibkan mencari cinta sejatinya demi perjanjian yang telah dimeterai dengan neneknya. Jika dia berjaya mencari cinta sejati, segala harta nenek akan jatuh ke tangannya. Jika sebaliknya yang berlaku, hartanya pula yang bakal jatuh ke tangan nenek. Firdayu tidak rela segala hasil titik peluhnya selama ini tergadai. Dia tidak sanggup memulakan semula segala-galanya dengan sifar.

Pelbagai kaedah dan taktik yang telah digunakan. Pelbagai jenis lelaki yang telah ditemuinya. Namun, tiada seorang pun yang berjaya menakluk hatinya Kepada Kid segala-galanya disandarkan. Pembantu peribadi Firdayu yang setia menurut perintah, juga seorang manusia yang misteri.

Tatkala Kid menyepi tanpa berita, kenapa Firdayu terasa kehilangan?

Apa bezanya di antara mencari cinta dan bermain dengan cinta? 566 Hari Mencari Cinta ada jawapannya.

Jika nak baca 566 HMC dari Bab 1 - Bab 20 layari lanalia.blogspot.com dalam P2U hanya ada sampai baba 15 sahaja sebab citer ni telah diedit dan diubahasuai sepenuhnya. Ramai yang ternanti-nantikan kesudahan cerita ini. Siapa lelaki yang akan menakluki hati Firdayu? Ianya menjadi tanda tanya.

Coretan:
Ilya...><

4 comments:

  1. wahhh
    kena suruh my sis beli la
    horayyyyy!

    ReplyDelete
  2. waaa. bestnye . tapi kan teringin nak tgk cover novel dia mcm mana ....

    ReplyDelete
  3. Akan WC terjah ke blog kak Ilya utk membacanya... Sblom ni x pnh bace lg..

    ReplyDelete
  4. Hehehehee dalam blog lanalia.blogspot.com :H:

    ReplyDelete