Tab Menu

Followers

Monday, November 7, 2011

Takdir Cinta luka - Bab 14

BATRISYAH hanya membisu ketika mereka berdua di dalam kereta. Faliq hanya mengerling sekilas pada gadis yang dicintai dalam diam. Makin hari makin manis gadis di sebelahnya itu. Faliq tidak keruan apabila bersua dengan Batrisyah. Mengapalah dia boleh jatuh hati pada gadis yang sama dengan teman baiknya.
            Rasa janggal pula tidak mendengar coleteh Batrisyah. Gadis itu bila buka mulut boleh tahan juga pedas kata-katanya.
            “Bolah saya Tanya satu soalan pada awak?” Faliq bersuara memecahkan keheningan antara mereka. Batrisyah menoleh.
            “Awak cintakan Ib sepertimana Ib mencintai awak.” Sambung Faliq.
            Batrisyah melempaskan senyuman nipis.
            “Saya akan belajar menyukai dia.” Balas Batrisyah.
            “Bukan takat menyukai saja tau tetapi kena mencintai dan menyayangi kawan baik saya itu.” Tokok Faliq.
            Batrisyah mengetap bibir.
            “Awak memang penyibuk.”
            “Saya memang kaki sibuk. Awak baru tahukah?” Faliq sudah ketawa kecil.
            Batrisyah gelengkan kepala. Faliq ini sama saja kepalanya dengan Syed Ibtisyam. Dua-dua kaki menyakat.
            “Faliq…”
            “Ya saya…”
            “Terima kasih.”
            Dahi Faliq berkerut. “Untuk apa?”
            “Menjadi teman baik saya.” Batrisyah seraya etrsenyum manis. Apabila Syed Ibtisyam tiada di sisi Faliq akan setia menemani. Faliq seorang teman yang sudi berkongsi cerita.
            “Habislah…makin kuat cemburu Ib nanti.” Faliq sengaja berkeluh-kesah.
            “Faliq…”
            “Hahaha…bila saya bersama awak rasa hilang segala beban masalah dalam kepala otak saya, Risyah. Tak sihat pun boleh jadi sihat.” Faliq tersengih.
            Faliq kalau buat ayat meruntun jiwa memang diserahkan pada dia.
“Carilah isteri…boleh dia jaga makan dan minum awak. Jaga sakit dan pening awak.” Ujar Batrisyah lembut. Faliq ada rupa pasti ramai gadis di luar sana yang terpikat.
            “Itulah yang susahnya. Saya memang sudah sukakan seseorang itu tepi dia bakal menjadi milik orang pula. Melepas saya.” Faliq berkias.
            “Kenapa mahu dikacau yang sudah berpunya? Awak sengaja mahu cari nahas.” Batrisyah mengerling Faliq. Kata orang sarang tebuan jangan dijolok.
            “Love first sight. Jangan bimbang saya tidak merampas dia dari lelaki itu kecuali jika dia telah ditinggalkan atau dikhianati maka saya tidak teragak-agak untuk mendapat dia.” Faliq berkias lagi. Nada berbaur serius dengan kenyataan yang dibuat.
            “Awak memang baik hati. Pasti awak sangat mencintai dia.”
            Batrisyah tidak mengetahui gadis yang dimaksudkan oleh Faliq adalah dirinya. Faliq menganggukkan kepalanya.
            “Ya. Saya amat mencintai dia.” Bibir basah itu mengulum senyuman.
            “Bertuahnya gadis itu…” Siapa yang tidak bertuah jika dicintai oleh lelaki sebaik Faliq.
            Faliq menghantar Batrisyah hingga ke depan pintu pagar rumah ghadis itu. Faliq turut turun dari perut keretanya. Beraninya Batrisyah tinggal sendirian di rumah teres dua tingkat ini. Mengapa Batrisyah tidak mencari teman serumah untuk tinggal bersama? Risau hatinya melihat Batrisyah tinggal sendirian. Bagiamana jika berlaku perkara yang tidak baik pada Batrisyah? Siapa akan tahu?
            Batrisyah rasa dia tahu apa yang difikirkan oleh Faliq. Syed Ibtisyam pun ada menyuarakan ketidakpuashatinya dengan sikap keras kepala Batrisyah yang tidak mahu mencari teman serumah.
            “Risyah sudah biasa tinggal sendiri.” Batrisyah merenung wajah Faliq.
            “Risyah…kan elok Risyah cari teman untuk meyewa serumah dengan Risyah.” Cadangan sama seperti Syed Ibtisyam. Batrisyah geleng laju.
            “Risyah lebih suka sendiri. Lagipun Risyah ini cerewet sedikit.”
            “Alasan saja tu. Apa kata Faliq tinggal serumah dengan Risyah. Boleh tak?”
            “Faliq!” Batrisyah menjegilkan biji matanya. Faliq ketawa.
            “Kalau kena tangkap basah dengan Risyah pun tak apa. Faliq lagi suka.” Sakat
Faliq lagi.
            “Faliq!” Ikutkan hati mahu saja Batrisyah hentak beg tangannya atas kepala Faliq. Geram sungguh!
            “Jangan marah sangat nanti muka tak berseri-seri masa naik pelamin.” Geramnya pipi gebu Batrisyah. Faliq rasa mahu cubit-cubit saja. Mujurlah dia lelaki yang masih menjaga etika pergaulan dengan perempuan.
            “Tak manis kita lama-lama di luar ini. Nanti apa jiran-jiran kata pula. Risyah masuk dulu, Faliq.” Batrisyah meminta diri.
            “Silakan…”
            “Assalamualaikum…ingat makan ubat nati. Sebelum tidur basuh kaki dan ambil wuduk. Baca ayat kursi.” Pesan Batrisyah.
            “Waalaikumusalam…baik Cik Nur Sufi Batrisyah.” Sikap ambil berat Batrisyah sudah cukup bikin hati Faliq dihiasi bunga-bunga indah.
            Faliq masuk ke dalam perut kereta sebaik Batrisyah hilang dari pandangan mata. BMW milik Faliq meluncur laju dalam kepekatan malam.

“MAAF Risyah. Ib kena tinggal di penang dalam 2 atau 3 hari lagi. Ib tak dapat mahu temankan Risyah ke butik pengantin. Apa kata Risyah pergi dengan Faliq.” Suara Syed Ibtisyam di talian.
            Batrisyah menghela nafas kecil. Masakan dia akan mendesak Syed Ibtisyam. Lagipun masalah yang dihadapi oleh cawangan syarikat Syed Ibtisyam agak berat. Namun dia agak berat mahu menerima cadangan Syed Ibtisyam itu. Perlukah Faliq disusahkan demi majlis perkahwinan mereka yang bakal berlangsung tidak lebih dari tiga bulan itu.
            Kebelakangan ini Batrisyah rasa tidak sedap hati. Semoga tidak ada apa-apa yang berlaku kepada Syed Ibtisyam. Batrisyah sentiasa mendoakan kesejahteraan Syed Ibtisyam. Sedikit sebanyak ada perasaan kasih dan sayang tumbuh di hati Batrisyah buat Syed Ibtisyam.
            “Baiklah. Risyah harap semuanya baik-baik di sana.” Balas Batrisyah lembut.
            “Insya-ALLAH…Risyah pun jangan jeling-jeling Faliq pula. Ib tahulah yang Faliq itu lagi hensem dari Ib.”
            “Apa Ib cakap ni? Risyah bukannya pandang paras rupa.” Batrisyah mendengus. Hatinya berdebar tatkala Syed Ibtisyam menyebut nama Faliq.
            “Ib tahu Risyah memang sayang pada Ib. Tapi jangan lebih-lebih layan si Faliq tu. Nanti dia naik lemak.” Syed Ibtisyam ketawa kecil. Pasti muka Batrsiyah kemerah-merahan disakatnya.
            “Ib!” Ini yang Batrisyah geram. Perangai mamat seorang ini masih ada yang belum matangnya. Malah adakalanya lebih keanak-anakkan.
            “Risyah…Ib ada kerja mahu disambung sedikit. Malam nanti Ib call Risyah.”
            “Baiklah…Assalam…” Belum sempat Batrisyah mengucapkan salam talian telah dimatikan oleh Syed Ibtisyam.
            Syed Ibtisyam memandang longgokan fail yang berada di atas mejanya. Dari malam tadi dia bersengkang mata menyemak fail-fail tersebut dibantu oleh Baby Liyana. Gadis itu lena beralaskan lengannya. Syed Ibtisyam bingkas bangun dan menyelimutkan tubuh gadis itu dengan baju sejuk milik dia. Begitu setia Baby Liyana menemani dia. Baby Liyana ini manis jua orangnya. Anak datuk tetapi tidak merasa rendah diri bekerja sebagai setiausaha. Baby Liyana boleh menjawat jawatan tinggi di syarikat milik papanya. Mengapa gadis itu masih mahu bekerja di bawahnya?
            Gadis itu mula menggerakkan tubuhnya. Syed Ibtisyam bergegas meluru kelur dari bilik itu. Dia mahu mencari secawan kopi panas. Tekaknya memang terasa dahaga. Perutnya juga mula berkeroncong.
            Terpisat-pisat Baby Liyana menggosok-gosokkan matanya. Syed Ibtisyam sudah tiada di tempat duduk hadapan. Pasti lelaki itu sudah keluar. Dia menyentuh baju sejuk yang tersarung pada tubuhnya. Baby Liyana memalitkan senyuman. Baju sejuk itu milik Syed Ibtisyam. Dia cium baju sejuk itu. Bau Syed Ibtisyam sentiasa menyenangkan hati Baby Liyana.

FALIQ menggelengkan kepala melihat baju nikah yang ditayangkan oleh Batrisyah. Dia pula yang terlebih cerewet dari Batrisyah. Batrisyah tidak banyak soal dan mengikut saja cadangan dari Faliq. Puan Suria jua agak kehairanan dengan gelagat Faliq dan Batrisyah. Entah mengapa hatinya bersependapat yang Faliq lebih sesuai menjadi pasangan Batrisyah.
            Satu butik ke satu butik mereka singgah untuk mencari baju yang sesuai. Batrisyah sudah naik letih melayan kerenah Faliq. Macam Faliq pula yang mahu berkahwin. Cerewet mengalahkan perempuan. Mujur saja Puan Suria sudi menemani bersama mereka.
            “Saya rasa baju kurung moden ini cantik. Risyah suka warna ungukan?” Faliq menayangkan baju di tangannya kepada Batrisyah dan Puan Suria.
            “Ermmm…memang cantik.” Puan Suria turut bersetuju dengan Faliq.
            “Ikut koranglah. Risyah sudah lenguh kaki.” Balas Batrisyah. Dia berharap sangat ini adalah butik terakhir yang mereka singgah.
            “Bagus. Kita beli yang ini saja.” Faliq mengenyitkan mata kepada Batrisyah. Batrisyah menganggukkan kepala. Ikut saja kemahuan lelaki itu. Syed Ibtisyam pun sudah serahkan bulat-bulat kepada Faliq untuk memilih pakaian pernikahan mereka.
            Lepas ini mereka perlu memilih untuk pakaian Syed Ibtisyam yang sedondon dengan bajunya. Mereka tidak sukar memilih pakaian Syed Ibtisyam kerana ketinggian dan bentuk saiz tubuh Syed Ibtisyam lebih kurang sama dengan Faliq.
            Batrisyah memuji dalam hati melihat kekacakan Faliq menyarung baju melayu cekak musang itu itu. Sungguh! Faliq memang kacak dan bergaya sekali seperti pengantin lelaki.
            “Risyah cuba you berdiri di sebelah Faliq.” Pinta Puan Suria.
            “Buat apa?” Batrisyah menyoal.
            “Ikut sajalah.” Puan Suria menolak tubuih Batrisyah yang turut lengkap dengan baju kurung moden ungunya.
            Dia berdiri di sebelah Faliq. Lagak mereka seperti pasangan pengantin yang sama cantik dan sama padan.
            KLIK! Puan Suria menekan punat kamera telefon bimbitnya. Apa lagi Batrisyah mula naik hantu kerana Puan Suria mengambil gambarnya bersama Faliq. Faliq sekadar ketawa melihat gelagat Batrisyah dan Puan Suria.

9 comments:

  1. Kak Ilya!!! huhuhu...
    macam mana ni?
    Faliq ke Ib? Harap Risyah buat keputusan yang tepat..
    Baby Liyana tu pula macam suka dekat Ib..
    akak sambung cepat ek?
    Faliq dengan Risyah memang sweet... kalau Ib dapat tahu, agak-agaknya dia marah tak? hehehe... ^_^

    ReplyDelete
  2. aku pon suke+admirer giler ngan si Faliq tu..cik writer,bg lar can Risyah n Faliq brsama...kjap pon jd la..kekekekee

    ReplyDelete
  3. hehehe...
    kan best kalau batrisyah dgn faliq..

    ReplyDelete
  4. Yup..like Batrisyah dengan Faliq only...

    ReplyDelete
  5. Semua suka Batrisyah dengan Faliq kan :)

    ReplyDelete