PUTRI Tasim tidak kepingin untuk bermalam di rumah papanya. Dia sudah hadir untuk makan malam bersama sudah kira baik. Putri Tasnim malas bertegang urat dengan ibu tirinya jika mereka bersua muka. Dia memang pantang bersua muka dengan wanita itu. Sakit hatinya pada ibu tirinya itu masih membahang.
Tiryaq tidak memaksa isterinya. Biarlah secara perlahan-lahan Putri Tasnim berbaik semula dengan papanya. Encik Johari juga seorang yang memahami. Hati tuanya lega kerana Putri Tasnim mendapat suami sebaik Tiryaq. Baguslah jika Putri Tasnim sudah dapat melupakan arwah Tazriq. Dia mahu anak gadisnya itu membina hidup baru.
Pada pandangan mata Encik Joharilah Tiryaq dan Putri Tasnim adalah pasangan yang secocok. Dia keserasian pada mereka. Tiryaq seperti lelaki yang mampu meruntuhkan ego anak gadisnya itu. Namun ada sedikit kemusykilan di hati Encik Johari. Wajah Tiryaq itu seperti pernah dilihat. Dia dapat merasakan yang Tiryaq bukan lelaki sebarangan. Encik Johari akan menyelidik latar belakang Tiryaq. Dia tidak merasakan Tiryaq punya agenda yang tidak baik. Sukar untuk Encik Johari gambarkan keperibadian lelaki ini.
“Kami minta diri dulu papa.” Putri Tasnim mengucup tangan papanya. Anak gadis itu masih ada rasa hormat pada dia.
Tiryaq turut sama menyalami Encik Johari. Bahu Encik Johari ditepuk lembut. Tiryaq melemparkan senyuman penuh makna.
“Jangan risau. Saya akan melindungi Tasnim dengan nyawa saya. Dan saya tidak akan mengapa-apakan anak pakcik.” Tiryaq berbisik perlahan.
Wajah Encik Johari berubah mendengar kata-kata Tiryaq yang akhir itu. Apa maksud Tiryaq? Encik Johari merenung Tiryaq yang masih melirik senyuman manisnya itu. Namun naluri hati Encik Johari kuat mengatakan yang Tiryaq lelaki yang boleh dipercayai.
Tiryaq tidak kisah jika Encik Johari ada syak-wasangka terhadap dirinya. Dia juga yakin Encik Johari pasti akan menyelidik latar belakangnya. Tiryaq sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang perkahwinan rahsianya bersama Putri Tasnim akan tersebar jua. Dia tidak akan bersa terancam selagi pun melibatkan namanya dalam TIR Holding’s. Tiryaq dan Putri Tasnim masuk ke dalam perut kereta.
Kereta mereka mula menyusuri jalan dan meninggal banglo milik Encik Johari itu. Putri Tasnim hanya membisu ketika berada di dalam kereta. Dia tidak selera ber-
bual dengan Tiryaq tika ini.
“Seburuk-buruknya dia tetap papa awak.”
“You ni memang kaki penyibuk.” Desisi Putri Tasnim.
“Saya memang sentiasa menyibukkan diri untuk awak. Awak baru tahu ke?” Tiryaq mengangkatkan keningnya yang lebat itu.
Putri Tasnim mencebik. Sukar untuk dia bertekak dengan orang yang tahu membidas kata seperti Tiryaq ini.
“Terima kasih kerana menumpangkan I untuk menangis di dada bidang you.” Agak perlahan kata-kata itu disuarakan oleh Putri Tasnim.
“Benda kecil saja. Saya kan suami awak. Saya mestilah kena mendengar luahan hati awak. Awak tidak keseorangan dan jangan berlagak yang awak itu sangat tabah.” Balas Tiryaq. Putri Tasnim mengetap bibir.
“Hmmm….I nak you singgah ke seven-eleven sekejap. I amhu beli panadol.” Ujar Putri Tasnim seraya menghalakan jarinya pada kedai 24 jam yang semakin mereka hampiri itu.
Tiryaq memnberikan isyarat di sebelah kanan untuk menyusur masuk ke arah kedai berkenaan. Tiryaq meletakkan memarkirkan kereta di akwasan yang agak terceruk. Putri Tasnim melangkah keluar begitu jua dnegan Tiryaq. Mereka jalan beriringan menuju ke kedai 24 jam itu.
Mereka melintasi sekumpulan lelaki yang sedang duduk melepak berdekatan tempat parkir kereta itu. Putri Tasnim tidak selesa dengan pandangan lelaki-lelaki itu. Mereka pandang semacam saja. Tidak semena-mena Putri Tasnim memaut lengan sasa Tiryaq. Tiryaq mengerling Putri Tasnim dengan ekor mata. Tahu puntakut isterinya itu.
Pintu kedai seven-eleven itu ditolak. Putri Tasnim segera mencari barang yang dikehendakinya. Tiryaq melirik senyuman lebar melihat Putri Tasnim mengambil sesuatu khas buat wanita di rak itu. Konon mahu panadol. Dengan suami sendiri pun mahu malu-malu. Putri Tasnim buat tidak nampak dengan senyuman Tiryaq. Menyampah!
Putri Tasnim meletakkan barangnya di atas meja kaunter pembayaran. Dia langsung tidak membuka beg tangannya. Dia mahu Tiryaq yang membayarnya. Tiryaq membuka dompetnya. Mata Putri Tasnim terbeliak melihat wang yang berkepal-kepal di dalam dompet Tiryaq. Bukan main banyak wang mamat seorang ini. Putri Tasnim mengusap dagu. Tiryaq menghulurkan wang not seratus ringgit.
“Abang ada duit kecil?” soal gadis di kaunter itu.
Tiryaq menggelengkan kepala.
“Maaf dik. Abang tiada duit kecil.” Jawabnya lembut.
“Maaf bang, kami kekurangan wang tukaran yang kecil.”
“Kalau begitu simpan bakinya.”
Gadis itu menjadi serba salah. Wang dalam mesin itu akan berlebihan jika dia menyimpan bakinya. Dia akan dituduh mengambil duit pelanggan pula nanti.
“You ni mahu menyusahkan dia pula. Nah! Akak bg wang kecil.” Putri Tasnim menyerahkan wang secukupnya kepada gadis itu.
Tiryaq tersengih. Dia terlupa mahu memecahkan wangnya. Putri Tasnim pasti akan menyoal siasatnya. Diakan pelukis jalanan. Masakan punya wang yang berkepal-kepal dalam dompet.
Saat Tiryaq menjejakkan kaki keluar dari pintu lengannya direntap kasar. Tiryaq nyaris jatuh terduduk. Salah seorangnya yang membawa kayu itu cuba menyerang Putri Tasnim namun dihadang oleh Tiryaq. Kayu itu mengenai belakang kepala Tiryaq. Putri Tasnim terpaku kerana terkejut. Mengapa kumpulan lelaki terbabit menyerang mereka secara mendadak.
Serangan demi serangan dilakukkan tetapi Tiryaq dapat menangkis dan menjatuhkan lawannya. Serangan hendap dari belakang menyebabkan Tiryaq tidak dapat mengelak dengan pantas menyebabkan parang itu hinggap pada lengannya. Mujur saja lukanya tidak dalam. Pedihnya saja yang terasa. Lelaki yang menetaknya itu terperanjat melihat lengan Tiryaq yang berdarah. Dia kelam-kabut mengarahkan teman-temannya melarikan diri. Ada kerutan di dahi Tiryaq.
“TIRYAQ!” Putri Tasnim menjerit lantang. Lantas dia meluru mendapat Tiryaq yang sudah terduduk di bahu jalan dengan lengan yang berdarah. “Ya Allah! Lengan you banyak darah ni.”
Putri Tasnim mengoyakkan lengan blausnya lalu membalut luka di lengan Tiryaq. Tindakan spontannya membuatkan Tiryaq mengukir senyuman di bibir. Putri Tasnim mengambil berat juga perihal dirinya.
“I bawa you ke hospital. Luka you perlu dirawat.” Putri Tasnim memaut bahu Tiryaq.
“Luka saya sikit saja. Tak perlulah sampai nak ke hospital.”
“I tetap kata kita ke hospital! I akan bawa you ke hospital. Muktamad!” Putri Tasnim menjegilkan biji matanya.
Tiryaq menjongket bahu. Jika Mem besar sudah memberikan arahan maka dia harus menurutnya.
Putri Tasnim mengambil tempat pemanduan. Dia segera menghidupkan enjin
kereta. Malah Putri Tasnim sempat menekan nombor telefon bimbit papanya.
“Assalamualaikum papa…”
“Waalaikumusalam. Tas call papa…macam tak percaya pula…cemas semacam suara Tas?”
“Kami kena serang tadi. Tiryaq tercedera. Kami sedang menuju ke hospital. Tas mahu papa datang datang ke hospital sekali.” Putri Tasnim menyatakan hospital yang mereka tujui kepada papanya.
Talian dimatikan dan Putri Tasnim kembali fokus kepada pemanduannya. Sesekali dia mengerling melihat keadaan Tiryaq di sebelah. Wajah lelaki itu agak pucat sedikit.
“Luka sedikit apanya kalau muka you pucat semacam.” Ujar Putri Tasnim.
“Saya…saya…” Kepala Tiryaq rasa pening semacam. Mata Tiryaq berpinar-pinar.
Putri Tasnim behenti mengejut di bahu jalan dan memberikan lampu kecemasan. Dia harus memeriksa keadaan Tiryaq. Tubuh Tiryaq digoncangkan. Lelaki itu sudah tidak bergerak lagi. Putri Tasnim menjadi panic. Masakan luka lengannya itu membuatkan Tiryaq pengsan. Putri Tasnim cuba mengangkat kepala Tiryaq. Dia terasa ada bendalir di telapak tangannya. Belakang kepala Tiryaq berdarah.
“Tiryaq…Tiryaq…” Putri Tasnim memeluk tubuh lelaki itu yang mula kedinginan. Air matanya mencurah laju.
“BODOH!” Tuan Megat Alam merenung tajam anak-anak buahnya itu. Berani mereka mencederakan Tiryaq. Dia hanya suruh mereka menyerang Putri Tasnim dan bukan sampai mencederakan mereka.
“Maafkan kami tuan.”
“Kalau sesuatu berlaku pada anak aku, maka kamu semua akan tanggung akibatnya!” Rengusnya kasar. “Keluar!”
Tuan Megat Alam bersandar pada kerusinya. Dia sudah kehilangan Tazriq dan dia tidak mahu kehilangan Tiryaq. Tiryaq mungkin degil dan keras hati namun dia amat menyayangi anaknya itu.
Tuan Megat Alam tidak boleh duduk mendiamkan diri begini. Dia perlu mencari Tiryaq. Dia perlu memastikan yang Tiryaq tidak apa-apa. Tuan Megat Alam menekan butang interkomnya.
“Ya, Tuan Megat.”
“Saya amhu awak buat panggilan seluruh hospital di Kuala Lumpur ini. Saya
mahu awak cari pesakit bernama Tiryaq Megat Alam.”
“Baik Tuan Megat.”
Tuan Megat Alam menghela nafas kecil. Dia agak bergentar sedikit apabila diberitahu yang Tiryaq telah dicederakan. Tiryaq tidak akan mengesyaki dia kerana Tiryaq mempunyai musuh lebih dari seorang di luar sana.
Tiryaq….Ayah tidak akan memaafkan orang yang mencederakan kau. Kau tahu betapa ayah menyayangi kau lebih dari arwah adik kau. Tuan Megat Alam meraup wajahnya.
harap2 tiryaq x apa2...
ReplyDeleteOMG~ love this.
ReplyDeletealahai ayahanda ni pun. dah dia yang sebabkan anak dia cedera, nak salahkan orang lain pulak~
Harap-harap begitulah dik...hehehehe...ayah dia kan jahat sikit
ReplyDeletesalam dik..kenapa Tuan Megat hendak mencederakan Putri Tasnim..itukan wife anaknya yg sgt dicintai oleh Tiryaq.. Kenapakah seorg ayah sanggup membunuh anak kandungnya sendiri..tidak ada rasa bersalah dan berdosakah dalam kamus hidup dia..
ReplyDeleteItulah kak...mungkin pada dia dengan mencederakan Putri Tasnim dia akan dapat mengawal Tiryaq dan Tiryaq akan emngikut katanya...jahatkan ayah Tiryaq tu..
ReplyDeletela angkara ayah tiyraq ke...
ReplyDeletesemoga tiyraq x apa2
tiyraq dan tazriq adik beradik ke
xkan tasnim x tau...
hmmm...sis blh explain