“RISYAH…” bisik Haji Sufian pada cuping telinga Batrisyah. “Risyah masih boleh dengar suara abahkan?” Batrisyah tersenyum dan mengangguk lemah.
“Kakak…” Qais merapati. Air mata lelakinya sudah menitis. Dia tidak setabah abah yang masih tenang di sisi Batrisyah. Setitis air mata abah pun tidak tumpah. Abah begitu kuat.
“Abah dah maafkan semua salah Risyah dari hujung rambut sampai hujung kaki. Abah tahu Risyah anak yang baik.” Haji Sufian megusap-usap kepala Batrisyah yang selendang itu.
Senyuman masih terpalit di bibir Batrisyah. Faliq…di kala ini aku begitu ingin sekali menatap wajah mu sebelum mata ini ku pejamkan. Kalaulah kau tahu betapa aku mencintai kau dan menyayangi kau. Sayang…cinta itu hanya satu persinggahan. Maafkan aku kerana meninggalkan dirimu. Bukan niatku mahu berpisah denganmu.
“Faliq…” Nama itu menghiasi di bibir pucatnya. Perlahan tapi jelas dalam pendengaran Qais. Qais mengetap bibir. Kejamnya cinta! Kejamnya takdir itu! Tidak berhakkah kakak memperolehi walau sekelumit kebahagiaan untuknya. Kenapa bahagia kakak yang seketika cuma.
Kakak…maafkan Is…maafkan Is…Is tidak dapat membawa Abang Faliq untuk kakak…Is tahu kakak ingin benar bertemu dengan Abang Faliq untuk kali terakhir walau kakak tidak mengungkapkannya. Melepaskan segala rindu yang membebani hati kakak…Maafkan Is kakak…bisik hati kecil Qais.
“Abah…terima kasih atas segala pengorbanan abah pada Risyah…Risyah banyak melukakan hati abah. Risyah anak yang degil. Tapi Risyah tidak pernah membuat perkara yang menyalahi agama. Tolong jagakan anak Risyah dan serahkan surat ini kepada Puan Suria.” Batrisyah terbatuk-batuk kecil. Haji Sufian mengangguk perlahan. Darah mengalir dari celahan bucu bibirnya. “Doktor Rashidi…terima kasih kerana benarkan Risyah menghabiskan waktu-waktu terakhir Risyah di sini.”
Dr. Rashidi anggukkan kepalanya. Batrisyah tersenyum. Dia sandarkan kepalanya pada bahu Haji Sufian. Manakala sebelah tangannya memaut jari-jemari Qias. Mereka duduk sambil memandang keindahan pelangi petang di tepi pantai itu.
“Qais…sampaikan salam terakhir kakak buat Abang Faliq. Katakan…padanya…tidak ada secebis kebencian atas takdir cinta yang terluka dan…” Halus bisikkan kata-kata itu disampaikan pada telinga Qais. Qais hanya anggukkan kepala.
“Abah…Risyah rasa penat sangat. Risyah mahu tidur di bahu abah. Bolehkan abah?” Pinta Batrisyah lembut.
Haji Sufian menganggukkan kepalanya.
Bunyi desiran ombak sayup-sayup kedengaran. Kicauan burung-burung camar yang terbang di langit. Sunyi dan sepi….Batrisyah memejamkan matanya rapat-rapat. Dia sudah terlalu letih. Dia ingin berehat sepuas-puasnya. Mungkin tidurnya kali ini tidak akan diganggu lagi. Tiada lagi hari esok atau hari-hari yang seterusnya untuk dia. Setitis air mata mengalir dari kelopak mata yang tertutup itu. Batrisyah mengukir senyuman. Faliq...hingga ke nafas terakhirku, cintamu tetap mekar di hatiku selamanya….Jagalah anak kita baik-baik….
Suasana petang di pantai itu sunyi dan sepi. Angin membelai wajah. Dalam kedinginan seakan menyapa dan menyampaikan berita.
“Abah…” panggil Qais.
Dia sudah merasai permergian kakaknya. Genggaman erat kakaknya itu tidak lagi kukuh. Haji Sufian membisu. Wajah tua itu tenang menghadap pelangi petang yang masih bersisa. Dia tahu hembusan nafas Batrisyah sudah terhenti. Dia tahu Batrisyah sudah pergi…Tenang sekali wajah itu yang lena bersandar di bahunya. Batrisyah…bersemadilah dengan tenang di sana nak….abah sentiasa mendoakan kau bahagia di dunia dan akhirat…segala penderitaan mu berakhir sudah…
“Kak Risyah…” Esak Qais. Hati Qais terkilan kerana tidak dapat membawa Faliq ke pangkuan kakaknya untuk kali terakhir.
Doktor Rashidi memaut lembut bahu Qais. Yang hidup pasti akan mati.
JENAZAH Batrisyah yang sudah diselimut putih itu buat lutut kaki Syed Ibtisyam terasa lemah. Baby Liyana sempat memaut tubuh suaminya itu dari terjelepuk atas lantai. Dia papah Syed Ibtisyam merapati jenazah Batrisyah. Terketar-ketar tangan Syed Ibtiysam menyelak kain selimut putih itu. Hatinya sebak melihat wajah Batrisyah yang seakan sedang tidur itu. Syed Ibtisyam memeluk isterinya. Teresak-esak dia menangis dalam pangkuan Baby Liyana.
“ALLAH lebih sayangkan dia Ib.” Baby Liyana mengusap-usap lembut belakang suaminya. Tidak menduga kelmarin adalah pertemuan terakhir antara mereka. Syed Ibtisyam dan Baby Liyana melangkah keluar. Qais memandang Syed Ibtisyam sayu. Matanya masih merah dek kerana air mata yang tidak putus-putus mengalir. Syed Ibtisyam memeluk bahu Qais.
“Kakak telah lama maafkan Abang Ib. Hanya Is sukar untuk menerima apa yang Abang Ib buat pada kakak.” suara Qais perlahan.
“Kakak Is adalah wanita paling baik yang pernah abang jumpa. Abang menyesal kerana mengkhianati cinta tulusnya. Maafkan abang biarpun telah telah terlewat untuk abang ungkapnya.” Syed Ibtisyam mengangkat kepalnya. Matanya bersatu dengan Baby Liyana. Titisan air mata mengalir dari kelopak mata isterinya itu. Qais memeluk tubuh Syed Ibtisyam.
“Is…Faliq sudah dimaklumkan yang Batrisyah sudah tiada?” soal Baby Liyana lembut. Qais gelengkan kepalanya. Syed Ibtisyam dan Baby Liyana saling berpandangan. Syed Ibtisyam mengetap bibir. Dia juga tidak dapat menghubungi Faliq kerana hari ini merupakan majlis pertunangan Faliq dengan Dhiya.
“Abang pergi cari Faliq.” Syed Ibtisyam bingkas bangun. Pantas Qais menarik lengan lelaki itu. Qais gelengkan kepalanya.
“Tak perlu lagi Abang Ib. Puas Is menelefon Abang Faliq. Satu panggilan pun tidak berjawab. Malah ibunya menganggap kematian kakak adalah satu lakonan.” Syed Ibtsiyam mengetap bibir.
“Abang Ib akan heret Faliq ke sini!”
Qais menggelengkan kepalanya. Dia tidak mahu menerima hinaan dari ibu Faliq lagi.
“Kak Yan…” Qais mengalihkan pandangan ke arah Baby Liyana. “Is ada sesuatu yang minta tolong pada Kak Yana.”
Baby Liyana anggukkan kepala. “Apa yang boleh akak bantu Is?”
“Kak Yana tahu nombor telefon Puan Suria?”
Baby Liyana anggukkan kepalanya lagi.
“Boleh Kak Yana hubungi Puan Suria?”
“Baiklah.” Baby Liyana mengelurkan telefon bimbitnya dari beg tangan. Dia menekan-nekan nombor telefon Puan Suria. Nombor wanita itu masih tersimpan kemas dalam telefonnya.
Suara Puan Suria kedengaran di talian.
“You mahu apa call, I Yana? Tak cukupkah apa yang you buat pada Batrisyah!” Baby Liyana terus disembur oleh Puan Suria.
“Maaf…I call kerana Qais minta I hubungi you, Puan Suria. Lagipun ianya berkaitan dnegan Batrisyah…” Baby Liyana mula merasa sebak. Dia menyerahkan telefonnya kepada Qais.
“Assalamualaikum…Puan Suria ke?”
“Waalaikumusalam. Ini Qais adik Batrisyah kan…”
“Ya. Saya yang pinta Kak Yana untuk menghubungi Puan Suria. Ada perkara yang perlu sampaikan kepada Puan Suria. Pesanan terakhir dari kak Risyah.” Qais cuba menguatkan hatinya.
“Pesanan terakhir dari Batrisyah…” suara Puan Suria bergentar. Apa maksud Qais itu?
“Kakak sudah tiada lagi.”
Barisan ayat Qais itu buat Puan Suria terpaku seketika. Beberapa hari yang lalu Batrisyah ada membuat panggilan bertanyakan khabarnya. Malah Batrisyah seakan ceria bersembang mengenai anaknya yang bakal lahir dan juga ceritanya di Mekah bersama abah dan Qais.
“Ya Allah…” Air mata Puan tanpa disedari mengalir laju. Faliq…Faliq…isterimu telah tiada lagi Faliq. Isteri yang kau cintai dan kau kasihi sudah meninggalkan alam fana ini. Faliq sedarlah…sedarlah Faliq…
Puan Suria mematikan talian telefonnya sebaik Qais memberitahu lokasi hospital di mana Batrisyah ditempatkan. Puan Suria menangis teresak-esak di atas sofa itu. Batrisyah pergi setelah kasih dan sayangnya tidak sampai ke penghujung. Pergi Batrisyah dalam kesedihan dan kelukaan.
Hati Puan Suria semakin benci dengan Datin Seri Qistiana. Sikap wanita angkuh itu yang memisahkan cinta antara Batrisyah dan Faliq. Dia pasti Faliq kecewa apabila
mengetahui hakikat sebenarnya. Faliq tidak akan menghukum ibunya. Puan Suria tahu isi hati Faliq. Faliq dan Batrisyah sama sahaja. Mereka mudah memaafkan orang lain. Tiada dendam dan kebencian.
really2 sad..i cry when read diz entry..gud job..
ReplyDeletememang sedey arhh kisah hidup risyah...bermacm dugaan yg dhadapi sehingga akhir hayatnya....
ReplyDeletenak lg cpt sambung.so sad
ReplyDeletekesian kat risyah...sehingga ke nafas yang terakhir pun dia tak dapat berjumpa dengan faliq
ReplyDeletehuhuhu