Tab Menu

Followers

Thursday, November 17, 2011

Takdir Cinta luka - Bab 24

DATIN Seri Qistiana mundar-mandir di dalam bilik anaknya, Faliq. Dia tidak senang hati kerana Faliq sudah jauh berubah. Dia ingin sekali bertemu dengan gadis bernama Batrisyah yang mengikat tangkai hati Faliq. Segala tentang gadis itu telah disiasat malah dia yang menyuruh Dhiya mencari gadis itu di tempat kerjanya. Hati tua sakit apabila Faliq hadir untuk memblea gadis itu. Malah perhubungan mereka seperti amat rapat sekali seakan Faliq ada menyembunyikan sesuatu darinya.
            Masakan Faliq dan gadis itu sudah…Tak mungkin? Tak mungkin? Faliq tidak akan sesekali membelakangi dia. Dia kenal dengan anaknya itu. Datin Seri Qistiana tekad akan memisahkan Faliq dengan gadis itu. Dia tidak merestui perhubungan mereka. Apa yang gadis itu miliki. Gadis kampung yang agak kolot dan tidak berpendidikan tinggi. Bekas tunang kepada teman baik Faliq sendiri. Macam salin tikar pulak!
            Datin Seri Qistiana memicit kepalanya. Dia merenung gambarnya bersama arwah suaminya dan Faliq. Faliq memang amat rapat dengan arwah suaminya. Dia hanya tahu mengawal tindak-tanduk Faliq. Saat arwah suaminya meninggal dunia, dia tidak menitiskan air mata. Dia tidak pernah pedulikan kesihatan suami melain Faliq yang rajin sekali menemaninya papanya.
            “Kak Nona!” Datin Seri Qistiana mula memekik.
            Terkocoh-kocoh Kak Nona masuk ke bilik Datin Seri Qistiana. Wajah Datin Seri Qistiana yang menyinga itu menakutkan Kak Nona.
            “Kau pekakkah Nona? Kau nak aku pecat kau!” Datin Seri Qistiana melenting.
            Kak Nona menelan air liur.
            “Maaf Datin Seri...” balasnya gugup.
            Kak Nona menundukkan kepala. Dia tidak berani mahu memandang wajah Datin Seri Qistiana. Gerun!  Entah apalah yang diamukkan oleh wanita anggun ini?
            “Kamu tahu Faliq ke mana?” soalnya keras. Dia tahu Faliq amat rapat dengan Kak Nona. Kak Nona pendengar setia anaknya itu. Kak Nona pasti tahu rahsia Faliq.
            Kak Nona menggeleng laju.
            “Saya tidak tahu Datin Seri.”
            “Kamu bohong!” Datin Seri Qistiana meninggikan suaranya.
            “Benar…saya tidak tahu Datin Seri.” Kak Nona terpaksa berbohong. Dia tidak mahu menimbulkan masalah pada Faliq. Tidak mengapa jika dimarahi oleh Datin Seri Qistiana.
            “Kamu sentiasa bersubahat dengan Faliq. Kamu fikir aku tak tahu! Mana Faliq?” Datin Seri Qistiana menjegil mata.
            Kak Nona tetap menggelengkan kepala.
            “Saya memang tidak tahu Datin Seri.” Jawapan yang sama diberikan.
            “Saya bagi kamu pilihan. Kamu mahu beritahu di mana Faliq berada atau kamu mahu saya pecat kamu dan suami kamu seklai!” Datin Seri Qistiana memberikan pilihan buat Kak Nona. Dia amat yakin Kak Nona tahu segalanya. Kak Nona berdiam untuk melindungi Faliq. Kak Nona lebih penting pada Faliq berbanding dia sebagai ibunya.
            “Terpulang pada Datin Seri. Saya tetap mengatakan saya tidak tahu di mana Faliq?” Kak Nona juga amat tegas dengan prinsipnya. Dia sudah berjanji dengan Faliq. Janji itu yang dia pegang.
            “Nona! Aku berikan peluang terakhir kepada kamu. Cakap cepat pada aku di mana Faliq berada?” Datin Seri Qistiana mendesak.
            Kak Nona bukan jenis manusia yang memungkari janji. Jawapan di bibirnya tetap sama.
            “Maaf Datin Seri…Saya tidak tahu.”
            Datin Seri Qistiana membeliakkan biji matanya. Geram dengan kedegilan orang gajinya yang tidak mahu mendengar kata.
            “Kamu kemas kain baju kamu sekarang. Kamu dan suami kamu berambus dari rumah aku! Aku tidak suka ada tali barut dalam rumah aku!” Arah Datin Seri Qistiana.
            “Baik Datin Seri.” Kak Nona tidak membantah. Khidmatnya tidak diperlukan lagi. Dia jua tidak betah untuk bekerja dengan wanita angkuh seperti Datin Seri Qistiana yang ingin mengawal seluruh hidup Faliq itu. Dia bersimpati dengan Faliq kerana mempunyai seorang yang tidak mempunyai perasaan. Datin Seri Qistiana adalah wanita yang miskin dengan cinta dan kasih sayang meskipun dia kaya dengan harta benda.
            Datin Seri Qistiana mengetap bibir. Dia ahrus fikiran jalan untuk membuang gadis itu dari hidup Faliq. Masakan dia akan bermenantukan seorang gadis desa yang tidak berpelajaran tinggi itu. Mana dia mahu letakkan muka di depan teman-teman seangkatan.
Lagipun dia sudah mengumumkan pada teman-temannya yang Faliq akan bertunang dengan Dhiya. Bagus sekali jika Faliq dan Dhiya disatukan. Tan Sri Halim dan isterinya, Puan Sri Dahlia pun memang sukakan Faliq menjadi menantu mereka. Dia tidak peduli lagi. Faliq harus mengikut katanya tanpa sebarang bantahan.

FALIQ merenung wajah Puan Suria yang sedang cemberut di depan matanya itu. Dia tahu Puan Suria sedang bengang kerana Batrisyah masih tidak mendapat iktiraf secara rasmi sebagai menantu Datin Seri Qistiana. Mereka sudah berkahwin selama tiga bulan. Batrisyah sudah berbadan dua. Faliq masih tidak bercerita perihal statusnya dengan wanita angkuh itu. Faliq mahu tunggu perut Batrisyah membusung baru nak buka mulut. Orang yang tahu Batrisyah sudah berkahwin pun bukannya ramai. Orang yang tertentu sahaja. Dia tidak sedap hati kalau ada yang mencanang cerita yang Batrisyah mengandung tanpa suami.
            Batrisyah pula hanya mendengar cakap suaminya ini. Mereka saling sayang-menyayangi antara satu sama lain. Batrisyah amat ambil berat fasal Faliq begitu jua dengan Falih. Tambahan lagi sekarang Batrisyah sudah berbadan dua.
            “Faliq…I’m seriously!
            “I tahu. Berikan I sedikit masa lagi. I just takut ibu mengapa-apakan Risyah bila dia tahu Risyah itu menantu dia. You pun tahu siapa ibu I itu.” Faliq menarik nafas panjang.
            “You terlalu lembut hati sangat. I bukan mahu you emnerhaka pada ibu you tapi adakalanya kita mesti bertegas. You mahu Batrisyah jadi seperti I. I hilang suami kerana ibu you, Faliq. Hafsam tinggalkan I dan anak-anak kerana fitnah ibu you. Bila Hafsam tahu segalanya telah terlambat. I sendiri yang memangku tubuh suami saat dia menghembuskan nafas terakhir.” Wajah Puan Suria suram. Dia sudah rasa apa itu keperitan kehilangan orang yang disayangi.
            Faliq menghulurkan sapu tangannya. Dia faham akan perasaan Puan Suria. Wanita itu bukan sesiapa tetapi bekas isteri kepada arwah sepupunya. Dia yang menyatukan Puan Suria dengan Hafsam. Dia tidak menafikan yang Puan Suria lebih tua dari Hafsam naum itu faktor halangan untuk mereka mengecapi bahagia.
            “Suria…believe me…I tidak akan sesekali mempersiakan Risyah.”
            “I percayakan you, Faliq. Tapi I tidak sedap hati. I seakan terasa ada sesuatu yang tidak enak. I takut Risyah disakiti lagi. Sebelum ini I fikirkan Ib dapat membahagiakan Risyah. Tapi I silap. I tidak menduga Ib berubah hanya kerana fitnah Yana taburkan.” Puan Suria menyatakan kegusaran di hati.
            “I tahu. I akan melindungi Risyah.” Faliq tahu kesemua cerita yang dia dengari dari mulut abang ipar Batrisyah. Lelaki yang bernama Ku Izham itu menceritakan hujung pangkal. Kebetulan dia menemui Ku Izham ketika lelaki itu mencari Batrisyah di pejabat.
            Mereka berbual seketika hingga Ku Izham tanpa rasa sangsi menceritakan perihal Batrisyah kepadanya. Jelas Ku Izham begitu mengambil berat dengan Batrisyah. Sifat tidak puas hati manusia merosakkan masnusia yang lain. Itu yang terjadi pada Batrisyah. Namun Faliq tidak menyampaikan cerita Ku Izham kepada Batrisyah.
Dia yakin kakak dan adik Batrisyah akan sedar akan kesilapan mereka kelak. Dan dia berterima kasih kepada mereka. Cerita buruk mereka menyatukan dia dengan Batrisyah. Faliq tidak terniat untuk mendoakan perpisahan Batrisyah dan Syed Ibtisyam. Pertemuan dan jodoh itu di tangan Tuhan.
“Faliq! I sibuk bercakap you boleh berangan pula!” Suara Puan Suria mematikan lamunan Faliq.
Faliq tersengih.
I’m sorry…
“Banyak you punya sorry. I ni macam bercakap dengan tunggul kayu.” Desis Puan Suria. Ada pula yang makan pen nanti.
“You lupakan fasal ibu I itu. Sekarang ini I tengah excited baru jadi ayah.”
Faliq memang ligat menutup cerita.
“Anak pertama berseri-seri but jangan anak dah berderet nanti hilang seri pada muka hensem you. I tak nak tengok muka keluh kesah you.” Kandungan Batrisyah masih awal. Masa inilah Faliq kena menjaga isterinya itu baik-baik.
“I bukan jenis macam tu.” Faliq mencebik
“Kita tunggu dan lihat!” Puan Suria menyilangkan tangan. Bibirnya menguntum senyuman.

2 comments:

  1. jahat beltul pn qistina...
    kesian kat pn suria...rupanya dia ada kaitan dengan faliq...turut menjadi mangsa pn qistina...
    harap faliq dapat lindungi batrisyah

    ReplyDelete
  2. kak...sya tu nti beranak x..hua sedih klo x sempat beranak dye da mati..sian faliq<3 huhuhuhu

    ReplyDelete