Tab Menu

Followers

Saturday, November 19, 2011

Takdir Cinta luka - Bab 35

DATIN Seri Qistiana macam orang histeria bila Faliq tidak tunjuk muka semasa majlis pernikahan yang berlangsung di masjid negara. Faliq menghilangakn diri dalam masa dua bulan ini. Malunya tidak terkata. Dan pihak yang menangung malu yang besar adalah dari pihak keluarga Dhiya. Majlis pernikahan tersebut terpaksa dibatalkan kerana tiada kehadiran dari pengantin lelaki. Meraung-raung Dhiya sambil ditenangkan oleh ibunya. Penjelasan dipinta dari pihak Datin Seri Qistiana. Wanita itu juga tidak tahu di mana Faliq berada, anaknya itu berada. Beberapa hari lepas Faliq ada pulang ke rumah. Datin Seri Qistiana ada mengingatkan Faliq tentang majlis pernikahan yang bakal berlangsung malah mengugut anak lelakinya itu. Faliq hanya dia membisu dan membiarkan ibunya menghamburkan kemarahan.
            Kemarahan Datin’ Seri Qistiana tidak dapat diperkatakan lagi. Dia ada mengarahkan orang-orangnya mencari Faliq. Faliq tidak diremui. Datin Seri Qsitiana tetap mahu meneruskan majlis kerana dia yakin Faliq akan tunjuk muka. Masakan Faliq akan memalukan ibunya ini. Faliq sayangkan dia. Tapi anak itu sudah cukup berani membantah kehendaknya. Perempuan yang sudah dimakan tanah itu juga yang Faliq masih tergila-gilakan.
            Ke manakah Faliq menghilang? Tiada sesiapa yang dapat meneka di mana dia berada. Kerana ketika ini Faliq sedang berteleku menahan syahdu di pusara isterinya, Batrisyah,  ditemani oleh Kak Nona. Hanya Kak Nona yang memahami isi hatinya. Faliq cukup segak memakai baju melayu berwarna putih. Baju melayu yang sepatutnya dipakai dalam majlis pernikahannya. Faliq mengusap-usap lembut batu nisan tersebut. Batrisyah meninggalkan dia dalam kesepian. Batrisyah meninggalkan tanda cinta mereka, Nur Sufi Imanina. Dia memandang sekilas bayi yang dikendong oleh Kak Nona itu. Puan Suria yang menjaga Imanina ketika anaknya dalam penjagaan rapi di hospital. Imanina lahir tidak cukup bulan dalam kemalangan yang meragut nyawa Batrisyah.
            “Risyah…abang datang sayang…”
Dia mengukir senyuman tawar di bibir. Kali ini dia ingin jujur pada dirinya sendiri. Jujur dengan perasaan cintanya. Dia tidak tegar mengahwini Dhiya, gadis yang membunuh cintanya. Dhiya tidak layak menjadi suri hatinya. Sungguh! Dia telah memaafkan Dhiya namun untuk hidup sebumbung dengan gadis tidak mungkin sama sekali.
            “Maafkan abang…maafkan abang, Risyah…abang sudah jadi anak derhaka. Tiada niat di hati abang mahu menyakiti hati ibu. Abang  ingin jujur dengan perasaan abang sendiri. Tiada mana-mana gadis dapat menggantikan Risyah di hati abang.” Faliq bersuara perlahan.
            “Risyah…abang tidak mungkin menerima kebahagiaan yang dicaturkan untuk abang. Apakah kebahagiaan itu boleh dibeli dengan wang ringgit. Bahagiakan abang nanti Risyah? Abang tidak akan bahagia Risyah. Abang hanya akan bahagia jika Risyah yang menjadi suri hati Faliq. I always love you…forever….
            “Faliq…” panggil Kak Nona lembut. Cinta Faliq sungguh tragis. Sebuah pengakhiran yang diiringi dengan tangisan air mata. “Kita balik ya Faliq…” pujuk Kak Nona. Kerap kali dia menemani Faliq menziarahi pusara Batrisyah. Imanina yang masih kecil itu akan dibawa bersama.
            Faliq bingkas bangun. Dia pandang wajah Kak Nona. Kepalanya dianggukkan perlahan. Buat ketika ini dia menumpang di rumah keluarga Kak Nona bersama anaknya. Mujur saja keluarga Kak Nona menerima dengan besar hati tanpa ada persaaan benci atau marah. Penghinaan yang diberikan oleh ibu kepada Kak Nona dilupai begitu saja. Faliq jadi malu.
 Langkah Faliq dan Kak Nona terhenti. Mata Faliq terpaku melihat wajah Datin Seri Qistiana yang bengis sekali di hadapannya. Datin Seri Qistiana sudah mengagak Faliq akan berada di pusara perempuan sial itu. Sudah mati pun masih mengikat hati anaknya. Faliq mengalih pandang. Dia tidak ada langsung rasa bersalah di hati membiarkan majlis pernikahan tersebut.
            Faliq ingin beredar namun dihalang oleh Datin Seri Qistiana. Berkerut-kerut wajah ibunya itu menahan kemarahan di hati. Dia kerling Kak Nona yang sedang mengendong bayi kecil berada di sebelah Faliq. Wanita itu sememangnya peyokong setia anaknya. Tahulah dia di mana tempat Faliq berteduh beberapa hari ini. Faliq pastinya akan mendapatkan perlindungan dari Kak Nona.
            “Faliq sudah memalukan ibu! Faliq tahu apa yang Faliq sudah buat pada ibu!” Tempelak Datin Seri Qistiana.
            “Ibu…sini kawasan perkuburan. Sila hormat sikit dengan penghuni-penghuni di sini.” Suara Faliq lembut. Wajah tenang Faliq menaikkan suhu kemarahan Datin Seri Qistiana.
            “Kau pula berani sorokkan anak aku Nona! Berani kau campuri urusan keluarga aku lagi!” Datin Seri Qistiana menunding jari pada muka Kak Nona.
            “Datin saya tidak bermaksud….”
            “Ibu…Kak Nona tidak kena-mengena dalam pertelingkahan kita. Dalam soal ini Faliq yang melibatkan Kak Nona sekali. Ibu nak marah ibu marah pada Faliq seorang saja.” Faliq memintas. Kak Nona menunduk.
            “Perempuan yang sudah mati itu kau masih tergila-gilakan Faliq! Kau masih tidak
dapat lupakan perempuan sial itu. Sanggup kau mahu memalukan ibu! Kau malukan keluargsa Dhiya! Semuanya kerana perempuan yang sudah dimamah tanah tu!” Datin Seri Qistiana melenting. Dia menjuihkan bibir pada pusara Batrisyah.
            “Ibu…jangan menghina isteri Faliq. Walau dia dia sudah tiada Faliq tidak akan mengikut kehendak ibu. Apa-apahal kita bercakap di tempat lain. Tidak elok kita bercakap di sini.” Faliq memaut bahu ibunya. Datin Seri Qistiana menepis kasar. Datin Seri Qistiana sudah dikawal oleh perasaan.
            “Jangan kau nak mengajar ibu! Kau sudah tidak hormatkan ibu lagi! Ibu besarkan kau! Ibu berikan kau kemewahan tapi ini yang kau balas pada ibu! Ibu patutnya bunuh kau sejak kau dari dalam perut lagi. Ibu tidak patut lahirkan kau!”
            “Bertenang ibu. Bertenang….kita bercakap di tempat lain ya.” Faliq memujuk. Pengunjung lain di tanah perkuburan itu mula memerhatikan mereka.
            “Datin....beristiqfar banyak-banyak datin. Jangan ikutkan hati dan perasaan. Kita berbicara di tempat yang sepatutnya. Tidak elok kita mengganggu penghuni-penghuni yang bersemadi di sini.” Kak Nona turut memujuk.
            “Persetan dengan semua itu!” Bentak Datin Seri Qistiana. Dia tolak tubuh Kak Nona. Hampir saja wanita jatuh terjelepuk atas tanah. Mujur si kecil itu tidak terjaga dari tidurnya. Datin Seri Qistiana menghampiri pusara Batrisyah. Ditundingkan jari telunjuknya pada batu nisan Batrisyah. Riak wajahnya begitu angkuh sekali.
            “Perempuan sial! Kau dah mati pun masih mengikat hati anak aku! Aku sudah buat macam-macam untuk pisahkan kau dengan Faliq. Aku sanggup bunuh kau untuk dapatkan anak aku semula dari kau! Sampai kau dah mati masih Faliq masih tergila-gilakan kau! Kau memang sial!” Pekik Datin Seri Qistiana. Kenyataan yang keluar dari mulut Datin Seri Qistiana buat hati Faliq tersentap. Kak Nona turut memberika reaksi seperti Faliq.
            “Ibu…”
            “Ya…ibu yang bunuh Batrisyah. Ibu hasut Dhiya supaya langgar Batrisyah. Ibu lakukan untuk Faliq. Ibu tidak akan biarkan perempuan sial itu rampas anak ibu dari ibu. Ibu tidak mahu kehilangan Faliq. Ibu benar-benar sayangkan Faliq. Tapi Faliq tetap kecewakan Ibu!”
            Faliq tergamam. Kemalangan yang menimpa Batrisyah adalah berpunca dari ibunya. Ibu telah meragut nyawa Batrisyah yang tidak pernah bersalah pada mereka.
            “Sampai hati ibu. Apa dosa Batrisyah pada ibu? Apa dosa anak kami pada ibu? Faliq hampir kehilangan anak Faliq juga kerana Ibu. Dia sanggupkan korbankan cintanya kerana ibu. Dia biarkan hatinya terluka demi kebahagiaan Faliq. Kejamnya ibu!” Manik-manik jernih mula bertakung dalam kelopak mata Faliq. Inikah wanita yang dia hormatkan selama ini. Wanita yang dipanggil ibu!
            “Batrisyah rampas Faliq dari ibu!” Datin Seri Qistiana menjegilkan biji matanya. Dia berpaling. “Suka atau tidak Faliq mesti bernikah dengan Dhiya! Dengar Batrisyah! Faliq tidak layak untuk perempuan sial macam engkau! Engkau memang selayaknya dimamah tanah. Dimakan ulat!”
            “Ibu…” Faliq rasa terkilan. Sungguh tidak bersopan kata-kata Datin Seri Qistiana itu. Tidakkah dia sedar suatu masanya akan tiba jua saat nyawanya ditarik oleh malaikat maut. Dia juga akan dimamah oleh tanah. Dimakan ulat. Kak Nona beristiqfar panjang. Wanita itu sudah tersasar jauh dari landasan agama.
            Faliq memengang batu nisan Batrisyah. “Risyah…maafkan ibu atas ketidaksopanan kata-kata ibu pada Risyah. Abang dan Imanina minta diri dulu. Abang mahu Risyah tahu yang cintakan Risyah, sampai bila-bila cinta itu tidak akan berubah.” Faliq bingkas mengatur langkah tanpa mempedulikan ibunya.
Kak Nona mengekori dari belakang. Wajah Faliq sugul. Nyata lelaki itu terhiris dengan sikap ibunya yang masih ego dan agkuh dengan kemewahan duniawi.
“Faliq!” Datin Seri Qistiana mula mengejar namun kedua kakinya menjadi
kejang.
Seluruh tubuh Datin Seri Qistiana bagaikan lumpuh hingga tubuh itu jatuh menyimbah bumi. Dentuman kedengaran di langit yang tadinya cerah disinari matahari. Hujan turun dengan lebatnya. Datin Seri Qistiana mula mengesotkan badannya. Dia cuba melaungkan nama Faliq namun suaranya seakan tersekat di tekak.
 Kak Nona berlari masuk ke perut kereta Faliq bersama Imanina. Faliq sudah berada di tempat pemanduan. Dia tidak menoleh lagi. Hati Faliq telah cukup terluka. Kak Nona membisu. Dia memahami perasaan Faliq. Hati mana yang tidak sakit apabila kebahagiaannya itu dicalar oleh ibu sendiri.

“YOU memang sengaja malukan I.” Dhiya melenting di dalam bilik pejabat Faliq.
Apa tidaknya berita perikahan tidak jadi itu tersebar satu Malaysia. Lebih hebat dari berita perkahwinan artis dengan datuk. Wartawan akan memburunya setiap masa untuk mendapatkan cerita. Di mana anak hartawan sepertinya mahu menyorok muka. Lebih-lebih lagi bila Javon membuat kenyataan yang dia sedang mengandungkan anak lelaki itu. Dia tidak menduga yang Javon datang ke Malaysia mencarinya. Bertambah hangatlah cerita mengenai Dhihya diperkatakan. Papanya naik angin. Perut dia makin memboyot. Tidak boleh disorokan lagi. Untuk menggugurkan anak yang dikandungkan itu Dhiya tidak sanggup mengambil risiko. Dia sudah tiga kali gugurkan kandungannya. Faliq tidak masuk ke dalam jerat yang dipasang.
            “You yang malukan diri you sendiri Dhiya. You tidak pandai menjaga maruah you sebagai seorang wanita. You wanita yang berpelajaran. Ada akal fikiran. You patut tahu hukum halal dan haram di sisi agama.” Tukas Faliq.
            “I bukan kolot seperti perempuan yang sudah mampus itu, Abang Faliq. Jangan you nak beri ceramah agama pada I. Father and mother I bukan jenis tidak tahu mendidik anak. Soal ada dara atau tidak bukan isu yang penting pada I. I bebas buat apa yang I suka.” Tempik Dhiya.
Faliq beristiqfar panjang. Beginikah gadis yang dipuji melangit oleh ibunya. Gadis yang tidak punya harga diri. Maruah Dhiya jauh lebih rendah dari seorang pelacur.
            “I tidak suka you menghina arwah isteri I. Risyah adalah gadis yang bertakhta di hati I dan tiada galang gantinya. I minta maaf Dhiya atas apa yang berlaku. Namun I tidak dapat mengahwini you. I tidak dapat memperisterikan you. Namun I yakin arwah Risyah sudah memaafkan you. I juga telah memaafkan you Dhiya.”
            “Nama perempuan yang yang sudah mati itu juga yang you asyik sebut-sebutkan. Betul kata auntie yang you masih tergila-gilakan perempuan yang dah mampus itu. Baik you pergi berubat Abang Faliq.”
            “You yang patut ubat pemikiran you, Dhiya. You patut bertaubat atas perbuatan you. Membunuh dengan niat adalah salah satu dari dosa-dosa besar.”
            “Apa yang you merepek ni Faliq.” Wajah Dhiya mulai dibasahi peluh dingin. Dia mengeletar. Apakah Faliq tahu dia yang melanggar Batrisyah.
            “Ikutkan hati I….you and mother I meringkuk dalam bilik longkap. Tapi I tidak sekejam you. Arwah isteri I juga tidak sekejam you. Baliklah Dhiya. Jangan you rayu cinta dari I. Hati I hanya milik Batrisyah.” Faliq yang sentiasa berlemut itu mengeraskan suaranya. Dia cukup kecewa dengan orang-orang yang disayanginya. Dia kecewa dengan ibu! Dia kecewa dengan Dhiya yang disayangi bagai adik kandung sendiri.
            Mulut Dhiya terkunci rapat. Bagaimana Faliq tahu dia yang melanggar Batrisyah? Tiada sesiapa yang tahu akan hal tersebut kecuali Datin Seri Qistiana. Masakan Datin Seri Qsitiana yang membongkorkan sendiri perbuatannya.
            “I cintakan you, Abang Faliq. I akan mati jika you tidak menjadi milik I. I sanggup lakukan apa saja untuk memiliki you. I separuh nanar kerana you. I tidak boleh menerima ada wanita lain di hati you. I tidak suka you anggap I seperti seorang adik. I mahu lebih dari itu, Abang Faliq.”
            “Cinta you tidak tulus Dhiya. If you cintakan I,  you tidak akan serahkan tubuh you pada lelaki yang bukan sah terhadap you. Cinta you kerana nafsu Dhiya. Batrisyah tidak setanding dengan you dari pelbagai segi tapi dia bukan seorang hipokrit seperti you. Dia mencintai I tanpa memandang apa yang I miliki. Cinta Batrisyah suci dan tulus ikhlas.”
            “Lagi-lagi you bandingkan I dengan Batrisyah! Batrisyah sudah mati! I yang berada depan mata you sekarang Abang Faliq!”
            Dhiya sudah bagaikan orang gila.
            “Batrisyah tidak mati di hati I.” Faliq bingkas bangun. Dia alihkan pandangan matanya dari menatap wajah Dhiya. Dhiya yang tidak mengerti. Keprihatinan yang ditunjukkan tidak bererti dia mencintai gadis itu. Kasih sayang yang diberikan bukan bererti dia jatuh hati. Dhiya salah mentafsirkan erti cinta itu.
            “Kalau you tidak mahu mengahwini I, I akan bunuh diri Abang Faliq. I akan buat apa yang I perkatakan. I bagi you tempoh dua puluh empat jam untuk memujuk I.” Dhiya hilang kewarasan. Dia mengugut Faliq untuk mengahwininya. Dhiya tidak kisah nyawa jadi galang taruhan kali ini. Apa yang dia mahu ialah Faliq.
            “Jangan buat satu keputusan yang tidak berfikir panjang Dhiya. Ugutan you tidak berkesan kepada I. Bunuh diri bukan penyelesaiannya. I so sorry Dhiya….soal hati dan perasaan tidak boleh dipaksa Dhiya. I tidak dapat menyintai you walaupun you sudah bunuh cinta I itu.”
            “I tidak akan tarik balik kata-kata I, Abang Faliq. I akan buktikan apa yang I katakan.  Jika you tidak datang, I akan lenyap dari dunia ini!” Dhiya tetap tidak mahu mengerti perasaan Faliq. Dhiya pentingkan dirinya sendiri. Faliq juga seorang yang tegas dengan kata hatinya.
            “Suka hati youlah.” Balas Faliq. Dhiya mencebikkan bibir. Keras pendirian Faliq. Agung sangatkah cinta Batrisyah kepada lelaki itu. Batrisyah…Argh! sudah mati pun namanya tidak putus-putus keluar dari bibir Faliq. Dhiya rasa tercalar. Faliq fikir dia akan bermain-main kata saja. Dia akan buat Faliq melutut di bawah kakinya. Merayu-rayu untuk mengahwininya.
            “I akan buktikannya pada you!” Dhiya mennghempaskan pintu bilik pejabat itu. Faliq menghela nafas panjang. Gadis seperti Dhiya tidak mungkin akan berani membunuh diri. Ugutan Dhiya tidak memberikan sebarang kesan kepada Faliq. Faliq memandang ke tirai jendela. Kelopak matanya berkaca-kaca. Wajah Batrisyah yang sedang tersenyum itu seakan muncul di ruang angkasa.
            “Risyah….abang rindukan mu sayang.” Dia mula mengimbau saat-saat indah memorinya bersama arwah isterinya itu.

1 comment:

  1. Setiap perbuatan manusia di atas muka bumi ini akan dibalas juga di atas muka bumi ini...
    itulah yang berlaku ke atas Datin Qistina...semoga beliau akan insaf

    ReplyDelete