Tab Menu

Followers

Sunday, November 13, 2011

Takdir Cinta luka - Bab 19

 “PAPA rasa malu dengan Ib!” Suara Dato’ Syed Mukhlis memetir. Anak yang ditatang dengan minyak yang penuh itu menconteng arang ke muka. Mujur saja dia berjaya menutup mulut orang luar. Majlis perkahwinan bakal berlangsung tetapi anak terunanya itu buat perangai tidak senonoh dengan teman baik tuning sendiri.
            “Benda sudah berlaku papa. Lagipun apa kurangnya Baby Liyana…dia anak dari golongan baik-baik juga.” Syed Ibtisyam merpertahankan diri. Majlis perkahwinan akan diteruskan tetapi pengantin perempuannya bukan Batrisyah tetapi Baby Liyana.
            “Baiknya kalau mengajak buat maksiat!” Dato’ Syed Mukhlis meninggikan suara. Dia tidak menduga Iman Syed Ibtisyam nipis dengan godaan.
            “Huh! Perempuan yang nampak baik itu lagi dahsyat dari yana!”
            “Kau fikir papa tdaik tahu apa yang berlaku antara kau dengan Batrisyah. Faliq sudah memberitahu papa segalanya. Kau yang suka memnuduh tanpa usul periksa. Cemburu buta!” Telapak tangan Dato’ Syed Mukhlis mahu saja menampar muka anaknya itu. Kemarahannya sukar dikawal dengan aib yang anak itu lakukan. Fikirnya didikan agama yang diberikan sudah cukup untuk diisi ke dalam dada Syed Ibtisyam.
            “Faliq itu bukan kawan yang boleh dipercayai papa. Kawan makan kawan!” Gerutu Syed Ibtisyam. Papa dan mamanya memang tidak berpihak pada dia.
            “Papa lebih percayakan Faliq dari kau, Ib. Eloklah kalau Faliq berada di samping Batrisyah. Dia lebih layak memiliki gadis itu kau! Ada akal tetapi letak atas lutut.” Kata-kata Dato’ Syed Mukhlis berbaur sindiran. Dia tahu Faliq jua sukakan Batrisyah. Renungan mata Faliq sudah dapat dibaca.
            “Apa pun kita kena kahwinkan Ib dengan yan. Kalau perut Yana tu mengembung kita lagi bertambah malu, bang.” Celah Datin Aisyah. Hati tuanya rasa kesal kerana terpaksa memutuskan pertunangan Syed Ibtisyam dengan Batrisyah. Dia sudah sukakan Batrisyah.
            “Pandai buat pandai dia tanggung sendiri!”
            “Bang! Maruah keluarga kita bang.” Datin Aisyah memujuk suaminya.
            Dato’ Syed Mukhlis merenung wajah Syed Ibtisyam. Tiada riak bersalah pada wajah anaknya itu.
            “Awak uruskan seorang perkahwinan anak awak ini. Saya malas nak masuk campur fasal budak tak sedar diuntung ni!” Dato’ Syed Mukhlis beredar.
Dua adik lelakib Syed Ibtisyam yang sedari tadi hanya berdiam mendengar pertelingkahan papa dan abang sulung mereka turut mengangkat punggung. Mereka juga rasa meluat dengan perbuatan abang mereka.
Datin Aisyah tidak terkata apa. Kata-kata suaminya itu ada kebenarannya. Kali ini Syed Ibtisyam memang melampau. Sudah dapat gadis yang baik-baik dipersiakan kerana mengikut hati.
            “Mama…”
            Datin Aisyah mengalihkan pandangan. Dia merengus kecil. Dia mengenali setiausaha anak lelakinya itu. Bukan dia tidak menyukai gadis itu tetapi dia tidak gemar sikap bersosial Baby Liyana. Taraf dan kedudukan bukan pilihan Datin Aisyah. Apa yang penting adalah hati dan budi pekertinya.
            “Mama kecewa dengan Ib.” Datin Aisyah tutur menuruti langkah suaminya.
            Syed Ibtisyam terkedu. Dia tiada penyokong kuat dengan tindakannya itu.

DATIN Seri Qistiana meletakkan dengan sopan sawan kopinya di atas meja. Kebelakangan ini Faliq, anak lelaki tunggalnya itu jarang sekali melekat di rumah. Ada saja halnya di luar sana sampaikan tiada masa bersamanya. Kedatangan Dhiya juga tidak diendahkan. Dhiya mencebik. Mengapa Faliq tidak pernah mahu memandang dirinya yang canik ini?
            “Iq mahu ke mana?” tegur Datin Seri Qistiana sebaik melihat Faliq sudah mencapai kunci keretanya.
            “Iq nak keluar sebentar.” Balas Faliq lembut.
            “Iq sudah tidak sudi bersarapan dengan ibu dulu. Dhiya pun ada ada sekali ni.” Datin Seri Qistiana mengerling sekilas pada Dhiya yang sudah malu-malu kucing itu. Dhiya adalah anak kepada salah seorang ahli perniagaan yang pernah menjadi teman baik kepada arwah suaminya dulu.
            Faliq menghela nafas kecil.
            “Iq minta maaf. Iq ada hal kecemasan. Lain kali kita bersarapan sama.” Faliq terus meluru keluar.
            Datin Seri Qistiana mengetap bibir. Entah hal apa yang dikejarkan Faliq hingga bersikap terburu-buru begitu?
            Faliq memecutk keretanya laju. Dari apa yang dia dengari pertunangan antara Batrisyah dan Syed Ibtisyam telah diputuskan. Majlis perkahwinan tetap diteruskan namun Baby Liyana yang bakl menjadi suri di hati Syed Ibtisyam. Dia amat risaukan keadaan Batrisyah. Gadis tampak saja keras di luar namun rapuh di dalam. Dia masih teringat bicara kata dari bibir Puan Suria.
            “Faliq…I tahu you amat sukakan Risyah. I rasa dia hanya akan mendengar kata-kata you. Risyah selalu tunjuk diri kuat dan kental tapi hati dia amat rapuh. Dia selalu berserah pada takdir dan asyik memikirkan hal orang lain.”
            “I sanggup berikan kebahagiaan untuk Risyah.” Suara Faliq penuh yakin.
            “Faliq…I tahu dia sayangkan Risyah. You inginkan dia bahagia tapi…” Puan Suria seperti risaukan sesuatu. Dan Faliq boleh menduga perkara yang Puan Suria risaukan itu.
            “Fasal ibu I kan?”
            Puan Suria mengangguk perlahan. Siapa yang tidak kenal dengan sikap bongkak ibu Faliq. Wanita itu yang memporak-perandakan rumahtangganya dulu.
            “I akan pertahankan cinta I sampai mati. Itu janji I.”
            “Jangan mudah membuat janji Faliq. I tidak mahu melihat air mata Risyah lagi. I tidak mahu dia asyik terluka kerana janji dari insan bernama lelaki ini.” Bunyinya tegas namun Puan Suria sekadar mahu mengingatkan Faliq.
            “I tahu. Cinta I pada Risyah bukan hingga ke nafas terakhir I. Cinta I adalah untuk selama-lamanya.”
           
KAD jemputan perkahwinan itu dibelek berkali-kali. Pedih hatinya ini. Namun apalah dayanya. Undangan perkahwinan…Syed Ibtisyam Bin Dato’ Syed Mukhlis dan Baby Liyana Binti Datuk Bukhari! Dia menahan air mata dari menitis. Itu yang sewajarnya. Syed Ibtisyam harus menikahi Baby Liyana setelah apa berlaku tempohari. Sekali lagi dia mengundurkan diri dari persada cinta yag bukan miliknya. Tidak diketahui selama ini Baby Liyana menyimpan perasaan terhadap Syed Ibtisyam hingga sanggup mengkhianati persahabatan yang mereka bina selama bertahun-tahun ini. Tergamak Baby Liyana berbuat demikian demi merampas Syed Ibtisyam dari dia. Apakah persahabatan mereka selama ini hanya dusta belaka?
            Cinta memberikan Batrisyah kelukaan buat kali kedua. Demi maruah Batrisyah rela melepaskan Syed Ibtisyam kepada Baby Liyana. Mungkin ini pembalasan yang Syed Ibtisyam katakan semasa berlakunya salah faham antara mereka. Siapa yang curang siapa sudah jelas berada depan mata.
            “Saya minta maaf…” Faliq duduk di sisi gadis itu. Hatinya gelisah bila Batrisyah minta cuti sakit. Bila dirisik dari Puan Suria, gadis itu mahu menenangkan fikiran setelah apa yang berlaku pada hubungan dia dengan Syed Ibtisyam. Satu tempat yang dia tahu Batrisyah suka pergi adalah pantai. Pantai yang terdekat adalah di Pork Dickson. Telahan Faliq memang tepat.
            “Awak tidak buat apa salah pada saya. Mengapa perlu meminta maaf pulak.” Tiada orang lain yang khabarkan perihal dirinya pada Faliq jika bukan Puan Suria. Puan Suria memang orang pengantaraan Faliq.
            “Sedikit sebanyak saya juga punca hubungan awak dengan Ib berentakkan.”
            “Saya tidak salahkan awak. Kami memang ditakdir tidak ada jodoh. Mungkin silap itu berpunca dari saya sendiri. Saya tidak pandai ambil hati Ib. Saya tidak pandai menggoda dan bermanja macam Yana.”
            “Tapi awak tidak hipokrit.”
            Batrisyah tersenyum. Faliq mesti begini. Faliq selalu menyokongnya. Mungkin Faliq pernah merasai kelukaan yang dia rasa.
            “Iya ke? Saya rasa saya ini hanya seorang manusia yang memakai topeng me-
lindungi kelemahan sendiri. Orang macam saya tidak layak untuk dicintai.” Bunyi seperti orang patah hati.
            Faliq buntu mahu memujuk hati gadis itu. Dalam keadaan Batrisyah sedang bersedih masakan dia akan mahu meluahkan rasa cinta di hati. Masa yang tidak sesuai.
            “Pakai topeng tak semestinya orang jahat. Bandi Amuk tu pakai topeng.” Faliq berseloroh.
            Batrisyah tersenyum pahit. Faliq ini ada-ada saja.
            “Faliq…awak rasa patutkah saya datang ke majlis perkahwinan dia?”
            “Kalau awak rasa tak perlu untuk apa menghadirkan diri? Mereka pasti mahu me-
nunjuk-nunjuk awak nanti. Mereka mahu menyakitkan hati awak.” Faliq tidak bersetuju Batrisyah menghadiri majlis perkahwinan Syed Ibtisyam dan Baby Liyana. Cukuplah mereka buat Batrisyah terluka.
            “Awak boleh temankan saya pergi tak?” Batrisyah memandang Faliq.
            “Awak nak pergi juga?”
            Batrisyah tersenyum nipis.
            “Saya mahu tengok dia berkahwin.” Sayu bicara Batrisyah.
            “Risyah…” 

3 comments:

  1. Padan muka Ib... nak lepas ni biar ada sesuatu terjadi dan Ib menyesal.. padan muka!!!!

    kesian Risyah... Faliq mesti sentiasa di sisi Risyah... =)

    ReplyDelete
  2. jahat betul ib dan baby liyana..
    biar ib menyesal...

    ReplyDelete