Tab Menu

Followers

Tuesday, November 8, 2011

Takdir Cinta luka - Bab 15

“ABANG dengar kakak Fa nak berkahwin.” Ashraf memberanikan diri menyoal. Dia meletakkan briefcase atas meja sambil melonggar tali leher.
            Farisya mengerutkan dahi. Dia menyuakan botol susu kepada anaknya. Mata mencerlung ke arah Ashraf yang sudah duduk bersandar di sofa.
            “Kak Sya memang sudah lama berkahwin dengan Abang Izhamlah.” Desisnya.
            “Bukan Kak Sya tapi Batrisyah.” Ashraf merenung wajah Farisya yang mula berubah.
            “Amboi! Bukan main abang ambil tahu fasal bekas kekasih abang tu. Abang terasa sakit hati ke dia mahu berkahwin.” Bau-bau pertelingkahan seakan ingin terjadi. Ashraf menarik nafas panjang.
            “Fa…abang sudah cakap yang abang hanya cintakan Fa seorang. Abang sudah lupakan dia.” Tegas Ashraf. Dia tidak faham mengapa Farisya asyik mencemburui Batrisyah. Bukankah mereka saling mencintai. Ini yang Farisya mahukan dari dia sejak mereka menjalinkan perhubungan di belakang Batrisyah dulu.
            Farisya mencebik. Puteri Atheerah diletakkan semula di dalam buaian. Dia tahu yang Batrisyah sudah bertunang dengan lelaki yang tidak kurang hebatnya. Dia, Aksyah dan Syakila sudah sepakat tidak akan pulang pada majlis pertunangan dan majlis pekahwinan Batrisyah yang bakal berlangsung. Biarkan perempuan tidak sedar diri itu rasa apabila adik-beradik menyisihkan dia.
            Rasa benci Farisya pada Batrisyah tidak pernah padam. Dia masih merasakan Batrisyah masih mencintai suaminya. Batrisyah hanya berselindung di sebalik topeng dengan menerima pinangan lelaki itu. Batrisyah fikir dia akan dimaafkan jika mengahwini lelaki itu, Batrisyah silap. Dia tidak akan sebodoh abah dan Qais yang mudah termakan dengan lakonan palsu Batrisyah.
            “Fa tahu yang hati abang masih ada Batrisyah. Fa bukan bodoh!” Rengus Farisya.
            Ashraf menggelengkan kepala berkali-kali. Dia sudah pening kepala melayan kerenah Farisya saban waktu. Adakalanya dia hamper hilang kesabaran dengan Farisya yang asyik menuduh dia yang bukan-bukan. Farisya seakan tidak percayakan dia. Farisya buat Ashraf rasa tertekan.
            “Terpulanglah Fa mahu menuduh pada abang. Abang sudah tidak larat mahu melayan sikap keanak-anakkan Fa. Kalau abang tidak sayangkan Fa maka Atheerah tidak akan lahir.” Ashraf bingkas bangun mencapai briefcase meluru masuk ke dalam bilik. Kalau dia melayan Farisya lebih lama maka mereka akan bertelingkah. Entah mengapa Farisya asyik menjadikan Batrisyah punca pertengkaran mereka.
            “Huh! Fa tidak akan membiarkan bekas kekasih kesayangan abang itu hidup bahagia!” Ujar Farisya keras. Dia akan buat hidup Batrisyah porak-peranda. Dia akan buat Batrisyah tidak jadi berkahwin! Itu janji Farisya pada dirinya.
            Ashraf rasa dia silap memilih permata. Fikirnya dengan pengorbanan Batrisyah dia akan menemui bahagianya bersama Farisya yang dicintai. Mereka tidak pernah bahagia walaupun Puteri Atheerah telah dilahirkan. Inikah balasan Tuhan atas penipuan yang dia lakukan kepada Batrisyah.
            “Risyah…maafkan aku.” Hati Ashraf merintih pilu.
           
SYED Ibtisyam bergegas ke bilik Baby Liyana setelah gadis itu mengadu sakit perut. Sebaik dia sampai Baby Liyana sudah terjelepuk di atas lantai. Mujur saja pintu bilik ityu tidak berkunci. Syed Ibtisyam terpaksa mencapung tubuh kecil Baby Liyana ke atas katil. Pakaian yang di pakai oleh benar-benar membuatkan mata lelakinya jadi juling. Ini yang boleh menggugat iman Syed Ibtisyam. Lekuk tubuh Baby Liyana mengiurkan dengan baju tidur yang agak nipis itu.
Gaya Baby Liyana yang cukup menggoda itu menyesakkan nafas Syed Ibstisyam. Tambahan pula dengan haruman yang disemburkan pada tubuh Baby Liyana. Syed Ibtisyam cuba mengalihkan pandangan matanya. Baby Liyana sungguh seksi sekali. Dia perlu segera beredar dari bilik gadis itu. Ingat Faliq yang kamu bakal berkahwin. Kamu sudah ada Batrisyah.
Baby Liyana yang berpura-pura pengsan itu membuka kelopak matanya. Hatinya senang kerana Syed Ibtisyam termakan dengan jerat yang dipasang. Masakan lelaki seperti Syed Ibtisyam tidak boleh dilunturkan imannya. Lain pula dengan Faliq yang tidak mudah tergoda dengan pujuk rayu. Lelaki itu terlalu bodoh. Kalau sudah sukakan Batrisyah, rampas saja dari Syed Ibtisyam. Baby Liyana terpaksa melaksanakan nrancangannya untuk mendapatkan Syed Ibtisyam. Dia yang sabotaj fail-fail di cawangan ini. Kebetulan dia terpaksa ke penang atas permintaan Syed Ibtisyam untuk memantau projek di sana. Dia mahu mengambil peluang ini untuk menggoda Syed Ibtisyam. Malam ini Syed Ibtisyam akan jatuh ke dalam pelukan asmara Baby Liyana.
“You makan ubat sakit perut ini dan tidur. I mahu balik ke bilik I.” Syed Ibtisyam menyerahkan ubat ke telapak tangan Baby Liyana.
“Ib…you temankan I sekejap. Sekejap saja boleh.” Baby Liyana memujuk rayu.
“Pergi makan ubat tu cepat.” Arah Syed Ibtisyam.
Baby Liyana tersenyum.
“You ambilkan I air.”
Syed Ibtisyam menurut. Dia bingkas bangun mengambil Baby Liyana segelas air. Pada waktu yang sama lampu bilik itu terpadam. Syed Ibtisyam tersentak. Gelas minuman itu diletakkan semula atas meja.
“Yana…jangan you main-mainkan I.” Desisnya.
Baby Liyana merangkul leher Syed Ibtisyam. Syed Ibtisyam mula tidak keruan. Nafasnya turun naik.  
Ib…I love you.” Halus bisikan Baby Liyana pada telinga Syed Ibtisyam. Dia sengaja menghembuskan nafasnya pada telinga lelaki itu.
Syed Ibtisyam berpaling menghadap wajah Baby Liyana dalam keadaan yang samar-samar itu. Tangannya ligat memetik suis lampu kecil di situ. Tajam mata Syed Ibtisyam meratah susuk tubuh Baby Liyana.
“You cintakan I?”
“Ib…I tidak rela you berkahwin dengan Risyah. Apa kurangnya I. I sudah lama mencintai you. You saja yang tidak pandang I.” Baby Liyana bersuara manja. Tanpa segan silu dia memeluk tubuh sasa Syed Ibtisyam.
“You…youkan sahabat baik Risyah.”
“Ib…lupakan Risyah. I yang ada di depan mata you. Risyah hanya memberikan cinta pada you tapi I memberikan segala-galanya pada you.” Perlahan-lahan Baby Liyana menarik tangan Syed Ibtisyam menuju ke katil.
Hati Syed Ibtisyam mula bergelora hebat. Dia betul-betul tidak mampu mengawal nafsu yang ingin memiliki Baby Liyana. Wajah Baby Liyana diusap-usap lembut. Fikirannya kosong. Tiada bayangan Batrisyah kerana di matanya hanya ada Baby Liyana.
“Yana…”
“Peluklah I Ib…Peluklah I…” Baby mendepangkan kedua belah tangannya.
            Malam itu, Syed Ibtisyam hanyut dalam pelukan Baby Liyana. Baby Liyana ketawa kemenangan kerana berjaya menundukkan Syed Ibtisyam.
            Gelas minuman Batrisyah terlepas dan jatuh di lantai. Jarinya terluka dengan hirisan kaca gelas yang ingin dipungut itu.
            “Risyah!” Faliq datang menerpa.
            “Saya baik-baik saja.” Ujar Batrisyah lembut sedangkan hatinya berdebar kuat.
          “Jari awak luka tu.” Faliq membalut luka pada jari telunjuk Batrisyah dengan sapu tangannya.
            Batrisyah hanya diam tidak berkutik melihat keprihatinan Faliq. Dia tidak betah untuk berada lebih lama di majlis kesyukuran rumah Encik Zulkifli. Batrisyah tidak sedap hati. Tingkahnya itu disedari oleh Faliq.
            “Saya mahu balik.”
            “Saya hantar awak balik. Awak tumpang Puan Suria tadikan.”
            Batrisyah menganggukkan kepala.
            “Saya beritahu pada Puan Suria dahulu. Awak tunggu di sini.”
            Sekali lagi Batrisyah mengangguk tanpa berkata-kata.

13 comments:

  1. Sudah ku rasakan risyah ngan faliq tapi kesian jugak ngan ib yang tergoda ngan liyana...

    ReplyDelete
  2. oo...tidakkkkk....
    Ib dan baby liyana...
    sampai hati korang buat batrisyah macam ini....tidak...tidak...tidak...
    eee...ib ni x tahan digoda lah...

    ReplyDelete
  3. Patutkah jadi begini...
    tidakkkkk!

    ReplyDelete
  4. sian risyah...
    sengal la ib ni...

    ReplyDelete
  5. xsangka liyana jhat!batrisyah and faliq!hehe

    ReplyDelete
  6. Ib n Liyana,ermmmm...heheheeee..

    ReplyDelete
  7. Patah hati Batrisyah dengan kecurangan Ib yang mudah tunduk pada hawa nafsu...

    ReplyDelete
  8. nak batrisyah dgn faliq..hehehehe

    ReplyDelete
  9. sedihnya.. :(
    Ib curang!!!
    macam mana kalau Risyah dapat tahu? huhuhu... mesti kecewa yang teramat sangat..
    mengharapkan Faliq dengan Risyah..

    ReplyDelete
  10. lelaki yg baik utk wanita yg baik.... cian risyah... nape lah si ib ni boleh tergoda ngan yana... susah2 nak pikat risyah, bila dah bertunang terus buat peragai...eeee nyampah... biar je risyah ngan faliq... serasi gitu...yana xboleh dibuat kawan...jenis tikam belakang...selisih..

    ReplyDelete
  11. Itulah...sakit hati bila ditikam kawan dari belakang...kepercayaan kita dikhianati huhuhu...mcm diri sendiri gak

    ReplyDelete
  12. kesian risya..da la adik die amik tunang die..nie kwn baik plak amik tunang..xpe faliq adalah jodoh kamu risya..he is the best :)

    ReplyDelete