Tab Menu

Followers

Tuesday, November 15, 2011

Takdir Cinta Luka - Bab 27

DATIN Seri Qistiana mengatur pertemuan dengan Batrisyah. Dia ingin melihat gadis yang buat hati Faliq berubah sehingga Dhiya yang dikenali sejak kecil itu dilupakan. Terpaku Datin Seri Qistiana melihat gadis yang berada depan matanya itu. Inikah gadis yang buat Dhiya menangis? Inikah gadis yang mengikat hati Faliq anak teruna tunggalnya itu? Ayu sememanganya ayu meskipun hanya berbaju kurung biasa dengan tudung yang melitupi rambutnya.
            Hotel mewah itu menjadi temujanji Batrisyah dengan ibu Faliq. wanita itu seakan menunjukkan kedududan dirinya pada Batrisyah. Batrisyah mengukir senyuman nipis di bibir. Dia terus melangkah merapati Datin Seri Qistiana yang sudah sedia menanti. Tidak sukar untuk mengenali wanita itu kerana wajahnya sering terpapar pada ruang majalah terkenal di Malaysia ini sebagai usahawan wanita berjaya.
            “Assalamualaikum…” Batrisyah menyapa lembut.
            “Silakan duduk. I Datin Sri Qistiana mama kepada Faliq. I tak tahu betul apa yang Faliq pandang pada perempuan kampung macam you ini.” Salam Batrisyah tidak dijawab. Datin Seri Qistina sudah menunjukkan keangkuhan dirinya.
            “Ya. Saya kenal Datin Seri.”
            “Faliq itu nampak lembut tapi hatinya keras. Faliq dan Dhiya sudah kenal sejak mereka kecil lagi. Faliq amat sayangkan Dhiya. Keakraban mereka buat I dan family Dhiya bersetuju untuk menyatukan mereka bila dewasa nanti. Kami tunangkan mereka dari kecil lagi. Dhiya sudah tamat belajar dan sepatutnya pertunangan mereka akan berlangsung secara rasmi. Tapi kemunculan you telah merosakkan segala yang diatur. You mengenali Faliq hanya beberapa bulan sahaja sedangkan Dhiya mengenali Faliq sudah bertahun-tahun. Dhiya lebih mengenali Faliq dari you.” Panjang lebar bicara Datin Seri Qistiana.
            Batrisyah begitu tenang sekali dan nampak tidak tertekan dengan kata-kata Datin Seri Qistiana. Dia sudah jelas wanita itu tidak menyukainya. Riak wajah wanita itu sudah mengungkapkannya awal-awal lagi.
            “Apa yang Datin Seri mahu dari saya?” soal Batrisyah.
            “Tingggalkan Faliq! You tidak layak untuk Faliq!” Tegas Datin Seri Qsitiana.
            “Apa yang saya dapat jika saya tinggalkan Faliq?” Batriyash menguji.
            “I akan bagi you wang. Berapa saja yang you pinta asalkan you tinggalkan Faliq.
Batrisyah…I hanya mahukan yang terbaik untuk Faliq. I mahu anak I bahagia. Bolehkah you duduk sama tinggi dengan Faliq? I tahu sangat perempuan macam you hanya mahukan wang.” Angkuh tutur kata Puan Sri Qistiana. Sampai Begitu sekali tanggapan wanita itu pada Batrisyah. Dia bukan gadis sekeji itu mengejar wang untuk hidup. Dia punya maruah diri.
            “Saya tidak tamakkan wang ringgit Datin Seri. Saya bukan hamba kepada duit. Apa yang saya inginkan saya akan dapatkan dengan titik peluh saya sendiri. Tidak perlu saya meminta sedekah dari orang seperti Datin Seri. Jangan hina maruah saya terlalu rendah Datin Seri! Saya sedar siapa diri saya. Saya gadis kampung tidak berpendidikan tinggi tapi apa yang capai hari ini adalah usaha saya bukan meminta simpati orang lain. Mencintai dunia hanya sementara berbanding mencintai akhirat yang kekal abadi.” Tukas Batrisyah dengan lembut namun nadanya berbaur keras. Datin Seri Qistiana tergamam.
            “Biar saya tunjukkan keikhlasan cinta saya pada ank Datin Seri. Seperti kata Datin Seri tadi, Datin Seri mahukan kebahagiaan Faliq saya juga mahu melihat kebahagiaan dia. Jika Dhiya dapat memberikan kebahagiaan buat Faliq saya rela lepaskan cinta itu pergi. Pada saya sudah cukup melihat orang yang saya cintai dan saya kasihi bahagia biarpun saya tidak dapat bersamanya. Ibu mana yang tidak mahu melihat anak bahagia Datin Seri. Saya faham perasaan Datin Seri itu. Datin Seri mahukan yang terbaik untuk Faliq.”
            Sekali lagi Datin Seri Qistiana tergamam. Kerongkong seakan tersekat. Batrisyah bingkas bangun. Pengorbanan yang dipinta dan pengorbanan jua yang dia berikan. Bahagiakah perkahwinan itu tanpa restu dari orang tua.
            “Batrisyah….” agak tersekat-sekat Datin Seri Qistiana memanggil nama gadis itu. Batrisyah berpaling.
            “Jauhi Faliq. Tolong Jauhi Faliq demi I. Lagiupun Faliq sudah tidak mengenali you. Dia sudah melupakan you!” Pinta Datin Seri Qistiana.
            Hati Batrisyah dipagut pilu. Ya..Falis, suaminya itu sudah tidak kenal dirinya lagi. Dia benar-benar sudah terbuang. Perkahwinan dia dan Faliq masih dalam rahsia. Batrisyah memasih memengang janjinya pada Faliq.
            “Saya bukan seorang yang kejam Datin Seri. Saya berikan janji saya pada Datin Seri. Saya akan tinggalkan Faliq….itu janji saya.” Batrisyah tersenyum pahit. Dia mengatur langkah meninggalkan Datin Seri Qistiana yang sudah meleret senyuman puas.
            Air mata Batrisyah laju menuruni pipinya. Dia terus memandu tanpa arah. Beginikah kesudahan cinta dan kasih buat dia dan Faliq. Cinta itu baru berputik namun layu sebelum kebahagiaan itu sampai ke kemuncaknya. Faliq…maafkan Risyah…maafkan Risyah Faliq….Batrisyah merintih sendiri.
Semua ini adalah takdir. Semua ini telah ditentukan. Semuanya bermula tanpa kesudahan. Semua cinta tinggal mimpi. Semua kenangan tinggal di hati. Batrisyah memandang ke arah lautan yang terbentang luas. dia memeluk tubuh yang di sapa angin dingin. Perpisahan ialah kedukaan yang manis. Selamat tinggal cinta. Batrisyah berbisik di dalam hati.

“BATRISYAH…you sudah fikirkan semasak-masaknya. Mengapa you mahu behenti kerja sedangkan you sudah bernaung bawah syarikat ini selama 3 tahun. Jawatan yang you pegang sekarang bermula dari usaha gigih you dari bawah.” Encik Zulkifli memandang Batrisyah dan surat perletakkan di atas mejanya. Batrisyah tersenyum. Dia bulat tekad untuk meninggalkan Lavender’s Associates. Dia tidak mahu Faliq mencarinya lagi di sini apabila kelak ingatan suaminya itu pulih. Dia mahu lari jauh dari lelaki itu. Lari dari kedukaan cinta. Dia tidak layak buat lelaki sekaya Faliq. Dia hanya seekor burung pipit yang tidak punya apa-apa.
            “Saya sudah bulat tekad Encik Zul. Sampai di sini saja khidmat saya di Lavender’s Associates. Saya mahu berehat untuk selama-lamanya. Saya mahu anak membesar di tempat lain.”
            “Kalau you mahukan rehat I boleh berikan you cuti panjang. Fikirkan semula Risyah. Fikirkan masa depan untuk anak you nanti. Faliq mungkin akan pulih semula Risyah. You isteri dia.”
 Batrisyah gelengkan kepala.
            “Saya tetap tidak berganjak dari keputusan saya Encik Zul. Maafkan saya. Lagipun otak saya sudah letih mengadap kerja dan mendengar bebelan Encik Zul dan Puan Suria.” Desis Batrisyah dalam gurauan. Biarlah dia pergi. Dia tidak mahu melibat-kan mereka dalam soal masalahnya. Encik Zulkifli gelengkan kepala. Batrisyah memang degis dan keras kepala.
            “Nampaknya tiada guna lagi saya memujuk awak Risyah. Namun jika awak mahu bekerja semula di sini saya tetap mengalu-alukan kedatangan awak. Syarikat ini sentiasa terbuka untuk awak Risyah.”
            “Terima kasih Encik Zul.” Ucap Batrisyah. Dia bingkas bangun.
Perletakkan jawatannya sudah diketahui umum. Orang yang bersedih adalah Puan Suria.  Batrisyah amat rapat dengan dia. Batrisyah seorang gadis yang memahami. Puan Suria tahu Batrisyah behenti kerja kerna wanita itu. Rasa kesal kerana dia tidak berjaya untuk membantu Batrisyah. Batrisyah sepatutnya memberitahu status dirinya. Batrisyah adalah isteri Faliq! Puan Suria tidak tahan melihat kesengsaraan Batrisyah. Batrisyah tersenyum namun hatinya penuh kelukaan.
            “Risyah…”
            “Ini jalan yang terbaik buat Risyah. Kakak tidak perlu meyalahkan diri akak.”
            “You tidak patut dihukum begini Risyah. Mengapa you perlu lari Risyah? Faliq hak you. Dia cintakan you. I percaya dia akan mengingati you semula” Puan Suria memujuk. Batrisyah tersenyum.
            “Dalam soal cinta tidak semuanya berakhir dengan kebahagiaan kak. Risyah pergi bukan bermakna Risyah tidak sayangkan suami Risyah. Tapi siapalah Risyah pada dia. Risyah tidak layak lagi berada di sisi dia. Risyah rasa sakit hati kerana hanya Risyah yang tidak kenali. Cukup kejam dugaan Tuhan pada Risyah.”
            “Adakalanya kita perlu menjadi kejam Risyah. Merebut kebahagiaan untuk diri kita sendiri.”
            “Tapi saya tidak sekejam itu kak. Saya bukan manusia yang tamak.  Biarlah cinta dan kasih Faliq menjadi kenangan terindah buat saya. Saya amat bahagia menjadi isteri Faliq dan saya bahagia kerana kasih kami sedang membesar di dalam rahim saya.” Air mata Batrisyah mengalir laju.
            Puan Suria memeluk tubuh Batrisyah. Batrisyah kau memang selalu emgalah. Kau selalu mengetepikan perasaan kau. Kau tidak boleh menyerah begini. Kau kena kuat! Kau kena kental! Kau fikir Faliq akan bahagia tanpa kau di sisi. Dia akn menderita Risyah. Dia akan menderita kelak apabila dia mengingati kau!
            Batrisyah mengesat air matanya. Dia nekad untuk meninggalkan segala kebahagiaan di sini. Dia sudah memberitahu abah atas kepulangannya ke kampong. Dia juga memberitahu abah perihal Faliq. Abah jua menasihatinya agar bersabar dan cekal. Abah jua sudah puas memujuk. Semua orang sudah puas memujuk dia.
            “You kena jaga diri baik-baik. Ingatkan kandungan you. Apa-apa masalah nanti you mesti cari I. Ingat masih ramai yang sayang dan prihatin pada you.” Puan Suria mencubit pipi Batrisyah yang kian berisi itu.
            “Saya mahu Puan Suria janji satu perkara pada saya.” Batrisyah mengenggam jemari Puan Suria.
            “Jika ada sesuatu berlaku pada saya nanti, saya mahu Puan Suria  tolong tengokkan anak saya dan abah saya. Dan satu perkara lagi saya perlukan bantuan Puan Suria.” Dia teringatkan tanah kebun abah yang masih belum ditebus itu. Dia mahu dapatkan tanah itu kembali untuk abah.
            “Jika mampu I akan bantu you, Risyah.” Dengan Batrisyah dia tidak pernah berkira.
            “Terima kasih.” Sekali lagi tubuh Puan Suria dipeluk. Esakkan tangisan Batrisyah kedengaran.

5 comments:

  1. Jangan komen dulu sebab ada masalah dengn blog sebab entry ni saja okay..

    ReplyDelete
  2. oo..ya ke..
    heheeh...baru je nak komen..
    kenapa terus ke 27..akak dah bagi penjelasan

    ReplyDelete
  3. Yup...sepatutnya dah amsuk semua bab tapi blog tiba2 jam. Tapi ni memang entry bab 27

    ReplyDelete
  4. SERIOUSLY BEST SNGAT!!!!!...KALAU DAH SIAP SY SANGGUP BELI WALAU BRP PUN HARGANYA

    ReplyDelete
  5. Tq...:) mlm ni akak betulkan semua entry semula

    ReplyDelete