Tab Menu

Followers

Saturday, November 19, 2011

Takdir Cinta luka - Bab 33

“BATRISYAH!” Nama itu terpacul dari bibir Faliq.
Semua mata ke arahnya. Datin Seri Qistiana membulatkan biji matanya. Nama gadis itu masih lagi bermain di bibir Faliq. Bukankah Faliq sudah tiada laghi ingatan fasal gadis itu. Bagaimana Faliq masih menyebut nama ‘Batrisyah’. Mujur cincin pertunangan sudah tersarung di jari manis Dahiya. Tarikh perkahwinan jua telah ditetapkan oleh kedua-dua pihak. Faliq tidak boleh mengelakkan diri. Faliq harus mengahwini Dhiya!
“Maaf..” Faliq bingkas bangun. Dia memicit kepalanya yang berdenyut. Dia tidak menghiraukan lagi sesi bual bicara kedua-dua belah pihak.
Datin Seri Qistiana turut bangun mengikuti langkah Faliq. Lengan anak lelakinya itu ditarik.
“Iq mahu ke ma?’ soalnya gusar.
“Iq nak balik rumah.”
“Majlis belum selesai lagi Iq.”
“Cincin sudah sarungkan. Tarikh sudah ditetapkan. Iq nak balik berehat. Kepala Iq sakit.” Keras nada suara Faliq.
Datin Qistiana tersentap. Ini kali pertama dia mendengar Faliq meninggikan suara apabila bercakap dengannya. Dalam keadaan terpaksa Datin Seri Qistiana membiarkan Faliq beredar. Faliq masuk ke dalam kereta dan terus memecut laju.
Batrisyah…Batrisyah…mengapa nama itu yang bermain difikiranku. Faliq teringatkan seseorang yang mungkin dapat membantu dia.
Rumah banglo dua tingkat itu kosong. Penghuninya tiada di rumah. Panggilan yang dibuat jua tidak bersahut. Jiran sebelah mengatakan Puan Suria pergi ke rumah seorang temannya. Teman baiknya meninggal dunia.
Faliq merasa hampa. Dia terus memandu pulang ke rumahnya. Rumahnya sunyi dan sepi. Orang gajinya sahaja yang tinggal menjaga rumah. Faliq terus meluru masuk ke bilik. Dia mengeledeah biliknya itu mencari sesuatu.
Sekeping gambar kahwin telah memberikan persoalan pada persoalan yang bermain di fikiran Faliq. Gadis yang berbaju pengantin di dalam gambar itu mengingat-
kan Faliq pada gadis itu. Gadis yang mengatakan dia adalah isterinya. Dia juga tidak melupakan rembesan air mata gadis saat memberitahu yang dia tidak mengenalinya. Wajah mulus itu tampak sedih dan kecewa.
            Dia hanya memandang ibunya memaki hamun dan menghalau gadis itu tanpa sebarang perasaan. Faliq terduduk di birai katil. Dia usap-usap gambar itu perlahan. Satu-persatu fikirannya mula mengimbas kenangan yang dia lupai.
            “Batrisyah…Batrisyah…” Air mata Faliq menitis. Mengapa dia boleh melupakan gadis yang begitu penting di dalam hati. Gadis yang dia cintai dan sayangi. Batrisyah…isteri kesayangannya.
            Dia sudah mengingatinya. Dia sudah tahu siapa gadis yang bernama Batrisyah itu. Faliq tidak betah untuk berlama di biliknya. Dia perlu mencari Batrisyah. Ya! Dia harus mendapatkan semula isterinya!
            “Faliq! Faliq!” Suara Datin Seri Qistiana bergema di ruang tamu. Hatinya tidak sedap melihat reaksi Faliq. Dia amat takut Faliq ingatan Faliq pulih dan mengingati semula gadis itu.
            Datin Seri Qistiana melirik senyuman melihat Faliq menuruni anak tangga. Dia meluru mendapatkan Faliq. Wajah Faliq diusap lembut.
            “Ibu risaukan Iq. Iq seperti tidak sihat. Iq mahu ibu panggilkan doktor.” Raut wajah Faliq pucat sedikit seperti ornag tidak sihat.
            “Iq mahu cari Risyah.”
            Mata Datin Seri Qistiana terbeliak besar. Dia menjarakkan sedikit tubuhnya dari Faliq. Matanya tertacap pada gambar yang di pegang oleh Faliq itu. Gambar Faliq berpakaian pengantin bersama gadis itu.
            “Cukup Faliq! Jangan kau nak buat hal dengan ibu.”
            “Faliq mahukan Batrisyah! Batrisyah isteri Faliq!”
            Dengupan jantung Datin Seri Qistiana seperti mahu behenti mendengar kata-kata Faliq itu.
            “Iq…jangan bergurau dengan ibu!”
            “Iq sudah ingat semuanya. Iq sudah ingat siapa Risyah. Risyah adalah isteri Iq yang sah. Kami berkahwin secara rahsia. Iq kemalangan ketika mahu memberitahu ibu tentang perkahwinan Iq dengan Risyah.” Faliq menarik nafas panjang.
            “Tidak! Mustahil! Iq berbohong pada ibu.” Datin Seri Qistiana menjadi tidak keruan. Dia tenung tajah wajah Faliq.
            “Iq mahu cari Risyah. Isteri dan anak Iq pasti sedang menunggu Iq.” Faliq melepasi ibunya.
            Isteri? Anak? Batrisyah yang adalah isteri Faliq? Satu hakikat yang sukar diterima oleh akal Datin Seri Qistiana. Faliq benar-benar telah membelakangkan dia. Bibir Datin Seri Qistiana tersenyum sinis. Walau Faliq sudah dapat mencari Batrisyah? Walau Faliq sudah mengingati Batrisyah? Mereka tetap tidak dapat bersama kembali? Batrisyah sudah berada dalam tanah. Batrisyah sudah tidak bernafas lagi. Faliq akan tetap akan berkahwin dengan Dhiya.

FARISYA meraung bila mengetahui kebenaran yang disimpan kemas oleh suaminya itu. Mengapa baru hari ini Ashraf membuka mulut setelah begitu lama Batrisyah menangung menderita sendiri. Batrisyah mengorbankan cintanya demi dia. Batrisyah beralah kerana cintanya. Batrisyah dibenci kerana dia. Dia…dia tidak pernah menghargai pengorbanan kakaknya itu. Dia tidak ambil tahu soal hati dan perasaan Batrisyah. Farisya dia dibayangi sejuta penyelasan.
            “Abang minta maaf sayang.” Ashraf memaut bahu Farisya lembut namun Farisya menepis kasar. Rasa meluat dengan suaminya itu sendiri. Mengapa Ashraf biarkan dia membenci kakaknya sendiri. Ashraf langsung tidak menghargai pengorbanan Batrisyah. Bukankah Batrisyah wanita pertama bertakhta dalam hatinya.
            “Abang terpaksa menyakiti Batrisyah demi cinta abang pada Fa. Abang yang pinta Batrisyah gagalkan perkahwinan itu. Abang lukakan hatinya. Abang memang kejam.” Lirih Ashraf.
            “Tergamak abang buat begini pada kakak Risyah. Abang buat Fa membenci kakak Fa sendiri. Berdosanya Fa pada kakak.”
            Farisya jatuh cinta pada Ashraf tanpa disedari. Keprihatinan lelaki itu mengusik hati wanitanya. Dia lupa Ashraf adalah kekasih dan tunang kepada kakaknya. Perasaan itu tidak dibelenggu makin hari ke sehari. Apabila Ashraf meluahkan perasaan yang turut dirasainya, Farisya terasa amat girang sekali. Mereka menjalinkan hubungan kekasih hinggalah suatu hari itu foto Batrisyah dilihat dalam dompet duit Ashraf. Farisya mula sedar yang Ashraf masih terikat dengan kakaknya. Selepas tamat kontrak Ashraf akan pulang dan mengahwini kakaknya. Hakikat itu yang tidak dapat Farisya terima. Dia tidak dapat berundur laginya. Bermain cinta dengan kekasih dan tunang kakak sendiri.
            “Abang yang berdosa pada Risyah. Abang khianati janji abang dan ikrar cinta abang. Abang tahu dia terluka tapi abang tidak peduli asalkan abang dapatkan Fa. Abang tidak boleh hidup tanpa Fa.” Ashraf meluahkan rasa hati. “Tapi abang silap. Abang ingat perasaan ababng pada Batrisyah sudah mati. Bila Faliq muncul abang mula tidak tentu arah. Abang seakan cemburukan Faliq. Abang mencintai Fa tapi pada waktu yang sama abang juga tidak dapat menerima Batrisyah mempunyai cinta lain.”
            Farisya termangu. Inikah pembalasan perbuatan dia pada Batrisyah. Dia mengkhianati kepercayaan kakaknya.
            “Fa tidak dapat maafkan abang!” Farisya berlari masuk ke dalam biliknya. Dia mengemaskan pakaiannya di dalam almari. Dia tidak sanggup untuk hidup pada lelaki yang tidak utuh pada cinta yang satu. Lelaki yang menyebabkan dia berlaku kejam pada kakaknya sendiri.
            “Fa mahu ke mana?” Ashraf berkerut dahi melihat Farisyah mengemaskan pakaiannya.
            “Fa mahu balik kampung. Faakan bawa Atheerah bersama Fa sekali. Fa tidak betah untuk duduk sebumbung dengan abang lagi.”
            “Fa…abangsudah minta maaf. Abang tahu abang salah tapi tolong jangan pergi Fa.” Ashraf memaut lengan Farisya.
            “Fa…Fa sukar  nak memaafkan abang. Apa yang abang pada kakak Fa dan pada Fa sungguh melampau! Izinkan Fa pergi Rafabang. Fa… Fa menyampah mahu lihat muka abang!” Farisya menarik lengannya.
            “Fa….”
            Telefon bimbit Farisya berbunyi. Farisya mengangkat telefon setelah melihat nombor telefon di kampung naik di permukaan skrin telefon. Berubah wajah Farisya serta-merta. Dia terduduk di birai katil sambil menekup mulutnya. Ashraf mula tertanya-tanya. Berita apa yang dikhabarkan kepada Farisya hingga isterinya itu beraksi sedemikian.
            “Kenapa Fa?” soal Ashraf lembut.
            “Kak Risyah!” Farisya meraung. Terbayang segala perbuatannya terhadap Batrisyah. Dia begitu banyak melukakan hati kakaknya itu. Batrisyah sentiasa menerima layanan buruknya tanpa kerenah. Malah dia juga yang merosakkan kebahagian kakaknya itu dengan Syed Ibtisyam. Sesalnya tidak berpenghujung.

HAJI Sufian hanya membisu. Hatinya tuanya terlalu sakit dengan sikap anak-anaknya itu. Dia memalingkan kepala dari memandang Akasyah. Syakila dan Farisya. Pemergian Batrisyah dengan derita yang dipendam. Geran tanah yang telah ditebus itu erat dalam genggaman Haji Sufian. Batrisyah menghabiskan separuh wang simpanan demi menebus tanah itu kembali. Batrisyah tahu tanah itu amat bernilai buat abahnya ini. Tanah itu yang memberikan anak-anaknya kehidupan. Tanah itu juga nostalgia abah bersama arwah ibunya. Haji Sufian menahan sebak.
            “Puas hati kau orang semuakan! Puas hati sebab Kak Risyah yang kau orang benci sangat tu dah mati! Kak Fa memang selalu mendoakan Kak Risyah matikan! Sekarang doa Kak Fa dah makbul. Apa lagi soraklah! Orang kak Fa benci dah tertanam dalam tanah tu!” Meluap-luap kemarahan Qais. Selama ini dia cukup bersabar dengan sikap mereka yang tidak tahu menilai kasih sayang dan pergorbanan Batrisyah.
            “Apa yang Kak Risyah dapat dalam hidup Kak Risyah cuma air mata dan kelukaan. Tapi Kak Fa tidak pernah fikirkan penderitaan Kak Risyah…Kak Fa hanya tahu penderitaan Kak Fa! Dia sanggup menanggung duka demi kebahagiaan Kak Fa. Melepaskan cintanya demi orang-orang yang dia sayangi. Tapi Kak Risyah dituduh seorang yang kejam! Perosak! Penggoda!”
            “Cukup Is! Cukup! Kak Fa tahu kakak bersalah pada Kak Risyah. Tidak pernah menghormati dia sebagai kakak. Ego dan angkuh dengan kedudukan sendiri! Kak Fa menyesal Is. Kakak sungguh menyesal tuduh Kak Risyah macam-macam! Hukumlah Fa abah! Hukumlah Kak Fa Is!” Lirih Farisya sayu.
            “Menyesal? Menyesal pun tiada gunanya Kak Fa. Dah terlewat! Kak Risyah tidak akan hidup kembali.” Sela Qais sinis. Sesalan mereka apabila kakaknya itu sudah tiada. Kakaknya sudah pergi tidak kembali.
            “Mengapa abah tidak tunggu kami? Sampai hati abah tidak mahu kami menatap wajah Risyah buat kali terakhir.” Syakila yang sudah berjurai dengan air mata itu ber-
suara. Aksyah hanya diam tidak berkutik menahan sendu di hati. Dia pernah menghalau Batrisyah dari rumah ini. Dia juag berfikiran cetek seperti Syakila dan Farisya.
            Haji Sufian ketap bibir. Dia bingkas bangun. Bulat matanya merenung muka anak-anaknya itu.
            “Kau periksa telefon bimbit kau, Sya. Ada berapa panggilan dan pesanan yang abah tinggalkan untuk kau.” Haji Sufian melangkah masuk ke biliknya. Syakila terkedu. Dia pandang suaminya di sebelah.
            “Abang kecewa dengan Sya….” Ku Izham tundukkan kepalanya.
Dia berlalu keluar rumah. Ku Izham duduk di atas tangga kayu berukiran lama itu. Terbayang wajah Batrisyah dalam ruang matanya. Ketika menatap jenazah Batrisyah untuk kali terakhir, wajah Batrisyah amat tenang dan seakan sedang dibuai lena yang panjang. Bergegas dia pulang dari Johor ke Perak apabila diberitahu tentang berita sedih itu oleh Qais. Puas dia menghubungi Syakila. Isterinya itu menutup telefon. Ku Izham jadi berang. Rajuk Syakila tidak pernah kena tempat.
Allah lebih menyayangi Batrisyah.  Jika kebahagian di dunis bukan milik Batrisyah siapa tahu kebahagiaannya di akhirat kelak. Air mata Ku Izham luruh mengenang anak kecil yang lahir itu sudah tidak punya ibu. Wajah anak itu saling tidak tumpah seperti ibunya. Besarnya anak itu nanti tanpa belaian dan kasih sayang seorang ibu. Batrisyah meninggalkan permata yang cukup berharga.

3 comments:

  1. Alaa sedihnya menitik air mata bila
    baca. kesian dgn Risyah sampai
    keakhirnya tidak dpt mengecapkan
    kebahagian hinggalah keakhir dia
    menghembuskan nafas yg akhir. Beginikh ending ceritanya?

    ReplyDelete
  2. nak lg cpt sambung please..

    ReplyDelete
  3. alah sedihnya...
    faliq dah ingat tetapi x dapat jumpa dengan risyah...
    tahniah kak sebab novel akak ni dapat mengundang rasa sedih bila saya membacanya

    ReplyDelete