Tab Menu

Followers

Thursday, November 10, 2011

Takdir Cinta Luka - Bab 17

“ALAMAK! Kunci kereta aku tertinggal di ofislah Yana.” Teraba-teraba Batrisyah mencari kunci keretanya dalam beg tangannya. Baby Liyana mencebik.
            “Cepatlah pegi ambil nanti lewat pulak you hantar I ke rumah. Muda-muda lagi sudah jadi pelupa.” Rungut Baby Liyana. Batrisyah tersenyum. Bergegas dia naik semula ke pejabatnya. Baby Liyana gelengkan kepala.
            Lampu di pejabat masih terang-benderang. Pastinya masih ada penghuni di pejabat itu. Batrisyah meletakkan kad ID nya pada pintu masuk. Sah memang ada orang yang masih belum pulang. Siapa lagi yang suka pulang lewat malam jika bukan boss mereka Encik Zulkifli.
            “Ada barang tertinggal ke Risyah?” tegur Encik Zulkifli yang muncul di muka pintu biliknya. Batrisyah tersengih dan mengangguk laju. Dia menuju ke arah meja mencari-cari kunci keretanya. Encik Zulkifli datang merapati. Berdebar-debar hati Batrisyah. Maklumlah Encik Zulkifli itu masih bujang terlanjak. Sudahlah mereka berdua sahaja dalam pejabat ini.
            “Boleh saya bantu awak Risyah?” Encik Zulkifli mempelawakan dirinya. “Awak tertinggal barang apa?”
            “Kunci kereta saya. Rasanya saya sudah letakkan dalam beg tangan saya.” Ujar Batrisyah. Encik Zulkifli gelengkan kepala.
            “Sejak bila awak jadi pelupa ni Risyah. Itulah asyik angau saja sejak mahu jadi pengantin baru ni.” Encik Zulkifli mengusik. Bukan selalu dapat mengusik gadis yang selalu berwajah serius itu. Gembira juga dia bila mendengar Batrisyah bakal menamatkan zaman bujangnya. Dia juga yang masih tersenarai gang kumpulan bujang tua.
            “Apa yang terbongkok-bongkok dengan tunang orang tu Zul?” Batrisyah tersentak.
Batrisyah angkat kepala. Bulat anak matanya memandang Faliq yang sedang berpeluk tubuh dengan sengihan panjang. Bila masa pulak lelaki itu berada di sini? Batrisyah mengerut dahi. Penampilan lelaki itu agak berbeza di depan mata Batrisyah. Faliq sekadar mengenakan T-Shirt berkolar warna biru tua dengan jeans warna yang sama. Kacak!
Encik Zulkifli ketawa kecil.
            “Kunci kereta Risyah hilang  so I bantu dia cari.” Balas Encik Zulkifli. “Apa kata you tolong gantikan I cari kunci kereta dia. I mahu ke toilet kejap.”
            “Ermmm…Okaylah.” Faliq terus bersetuju. Encik Zulkifli berlalu pergi. Kini hanya Batrisyah dan Faliq berada dalam bilik itu berdua. Batrisyah cuba melarikan anak matanya dari memandang Faliq.
            “Jangan takutlah. Bukan saya dan Zul saja ada di sini, Puan Suria, Zila, Farah pun ada sama di sini. we all ada discussion dalam bilik Zul.” Faliq perasan kegusaran pada raut wajah Batrisyah.
            “Ada ke saya cakap saya takutkan Encik Faliq?” Batrisyah mengerling lelaki itu. Dia cuba berlagak tenang bila berhadapan dengan lelaki ini. Faliq tertawa. Hatinya sayu bila memikirkan gadis itu bakal menjadi milik Syed Ibtisyam. Gadis itu sudah bertakhta di hatinya. Faliq hanya memendam rasa.
Sukar untuk melupakan gadis seperti Batrisyah. Mengapa dia lewat dipertemukan dengan gadis ini. Jika Syed Ibtisyam tidak memulakan langkah lebih awal pasti dia sudah memikat hati Batrisyah.
            “Aik! Bila bertukar balik jadi encik ni.” Faliq menjeling Batrisyah.
            “Kat ofis kenalah ikut pangkatkan.”
            “No..,no…saya mahu awak panggil saya, Faliq macam biasa. Lagipun sini bukan ofis saya tau.” Faliq mengoyangkan jari telunjuknya.
            Batrisyah mendengus kecil. Ada-ada saja si Faliq ini. Dulu kata masa di ofis panggil formal.
            “Macam mana dengan persiapan perkahwinan awak? Lagi dua minggukan?”
            “Alhamdulillah…berjalan dengan lancar. Kad jemputan pun sudah siap ditempah tinggal nak edarkan saja. Ib tu boleh tahan cerewetnya. Banyak kali tukar kad jemputan. Naik pening kepala saya dengan dia.” Batrisyah sebenarnya berselindung. Dia saja yang sibuk menguruskan majlis perkahwinan yang bakal berlangsung. Syed Ibtisyam macam tidak ambil kisah. Tingkah-laku Syed Ibtisyam seperti Ashraf dulu. Batrisyah sudah bersedia jika perkahwinan kali ini juga tidak menjadi.
            “Bila awak duduk bersama nanti awak akan lebih banyak tahu dengan perangai Ib. Tapi rasanya awak saja boleh control Ib.”
            “Saya buka jenis queen control…
            “Saya tidak maksudkan begitu. Bertuah Ib dapat gadis seperti awak. Rasanya tiada masalah untuk saya melepaskan awak pada Ib.” Di penghujung ayat Faliq mengendurkan sedikit suaranya.
            “Awak cakap tadi?” Batrisyah menjegilkan biji matanya. Rasanya dia ada dengar sesuatu dari mulut lelaki itu.
            “Tiada apa-apalah.” Faliq cepat-cepat menunduk. “Hah! Sudah jumpa kunci kereta awak.” Kunci yang ada keychain patung Doraemon itu diangkat. Batrisyah menarik nafas lega. Jumpa juga akhirnya.
            “Terima kasih.” Batrisyah menarik nafas lega.
            Saat itu telefon bimbitnya berbunyi. Baby Liyana yang menelefon. Dia sudah agak lama meninggalkan temannya itu di tempat parkir kereta.
            “Assalamualaikum…Maaf Yana. Aku baru jumpa kunci kereta aku.” Ujar Batrisyah. Dia sempat menjeling sekilas ke arah Faliq yang sudah duduk di kerusinya.
            “Waalaikumusalam…cepat sikit kau turun bawah. Aku dah seram sejuk ni.” Baby Liyana mengarah.
            “Okay dear…kejap, aku nak halau Faliq keluar dulu.”
            Faliq menjegilkan matanya mendengar kata-kata Batrisyah itu. Batrisyah hanya tersenyum kecil.
            “Faliq ada bersama kau?” Baby Liyana menyoal dengan wajah yang berkerut.
            “Dia tolong aku carikan kunci kereta. Kau jangan…” Belum sempat Batrisyah menghabiskan ayatnya, talian sudah diputuskan. Agaknya bateri telefon bimbit Baby Liyana sudah ‘kong’.
            Baby Liyana memalit senyuman sinis di hujung bibir. Aku dah agak dah Batrisyah dan Faliq ada perhubungan sulit. Muka Batrisyah itu nampak saja baik. Batrisyah hanya pandai berlakon.
            Dia mula menekan-nekan nombor telefon bimbit Syed Ibtisyam. Dia mahu Syed Ibtisyam lihat sendiri sandiwara tunang kesayangnya itu.

FALIQ mengiringi Batrisyah keluar. Encik Zukifli sudah lesap amsuk ke biliknya. Lelaki yang seorang itu memang sengaja memberikan peluang untuk Faliq berdua-duaan dengan
Batrisyah. Satu ofis tahu Faliq memang sukakan Batrisyah. Batrsiyah saja yang tidak mahu ambil tahu. Pada mereka Batrisyah lebih sesuai dengan Faliq.
            Bukan main gentlemen Faliq membuka pintu untuk Batrisyah. Macam Batrisyah tidak membuka pintu sendiri. Dia ada anggota badan yang masih sempurna. Tapi bila sampai di pintu lif, Faliq pula yang masuk dulu. Konon mahu tekankan butang lif untuk Batrisyah.
            “Saya hantar awak sampai tempat parkirlah. Hari pun sudah gelap.”
            “It’s Fine.” Rasanya mata empat Batrisyah masih cerah.
            “Risyah…awak tu perempuan. Kawasan sini pun sunyi sepi. Kalau ada peragut dan perogol terkam awak nahas nanti. Saya temankan awak ya.” Agak keras nada suara Faliq. Satu alas an yang cukup kukuh.
            “Ikut suka awaklah.” Balas Batrisyah.
            “Risyah!” Suara yang bergema mengejutkan Batrisyah. Entah bila Syed Ibtisyam ada di depan matanya bersama Baby Liyana.
            “Ib…”
            Wajah bengis Syed Ibtisyam mengentarkan hati Batrisyah. Bagai ada benda tidak baik aakn berlaku. Tanpa diduga Syed Ibtisyam meluru dan menumbuk muka Faliq. Mereka mula bergomol. Baby liyana hanya melirik senyuman. Batrisyah naik risau dengan perkelahian dua lelaki itu. Dua-dua muka sudah lembam.
            “Cukup! Behenti!” Batrisyah memekik lantang.
            Faliq melepaskan kolar kemeja Syed Ibtisyam. Dia tidak tahu-menahu apa punca Syed Ibtisyam menyerang dia secara melulu tanpa penjelasan. Faliq mengerling Baby Liyana yang masih tegak berdiri di tempat dia berpijak.
            “Betul kata Yana. You perempuan yang hanya tahu berlakon baik.” Rengus Syed Ibtisyam. Dia mengesat darah yang mengalir di hujung bibir.
            Tandan dahi Batrisyah berkerut.
            “Apa maksud awak? Apa yang awak kata pada Ib, Yana?” Fikiran Batrisyah mula bercelaru.
            “Sudahlah! Jom balik Yana!” Syed Ibtisyam menarik pergelangan tangan Baby Liyana.
            “Ib!” Batrisyah memanggil. Syed Ibtisyam pekakkan telinga.
            Syed Ibtisyam membawa Baby Liyana masuk ke dalam keretanya. Dia menghidupkan enjin lalu memecut laju.
            Batrisyah terkedu dengan sikap Syed Ibtisyam dan Baby Liyana. Hatinya sakit dan pedih sekali. Air matanya ditahan agar tidak gugur menyimbah wajah. Mengapa dia perlu menempuh dugaan sebegini. Benarkah tiada kebahagiaan untuknya lagi.
            Faliq sudah dapat mengagak apa yang berlaku. Fikiran Syed Ibtisyam sudah diracuni oleh Baby Liyana yang kononnya teman baik Batrisyah itu. Syed Ibtisyam memang buta tuli membuat pertuduhan tanpa usal periksa. Kata perempuan seorang itu yang lebih dipercayai. Faliq mesti bersemuka dengan Syed Ibtisyam dua mata. Perbincangan antara lelaki dengan lelaki.

9 comments:

  1. dik akak nak beli novel ni..tlg reservekan akak..mlm karang akak buat transaction..ilya..why not you buat form kat blog u ni..utk order novel U ..lagi senang kami..ini hanya cadangan..jgn kecik hati ek..

    ReplyDelete
  2. Tg Ida just buku skrap je...heheheehe saya tak reti nak formlah kak ida...

    ReplyDelete
  3. buku skrap pun..lakaran novel adik.. nilai valuenya..tinggi tau..tak boleh nak dapat kat mana mana..it's yr blue print dari idea U ..nanti sat lagi akak buat transaction ek..akak masih kat luar ni ..mengharungi jammed..giler kat highway ni..sambil sambil belek
    h/phone..

    ReplyDelete
  4. hmmm...ib ni suka dengar cakap orang
    memang x matang langsung...
    tu nampak nak tutup kesalahan la tu.
    kesian kat faliq...huhuhu

    ReplyDelete
  5. mcam ne nk beli buku scrap ni?

    ReplyDelete
  6. Ala pendeknye..yup mcmana nk bli buku scrap ni..sy nk bli

    ReplyDelete