Tab Menu

Followers

Sunday, November 27, 2011

Queen Control - Bab 23


ENCIK Johari meluru masuk ke wad kecemasan yang menempatkan Tiryaq. Dia melihat wajah muram Putri Tasnim yang duduk berteleku di sisi Tiryaq. Putri Tasnim meluru mendapatkan Encik Johari sebaik melihat papanya itu melangkah masuk. Putri Tasnim membenamkan wajahnya pada dada Encik Johari. Esakkan halusnya membuatkan hati Encik Johari merasa gundah. Encik Johari mengusap rambut Putri Tasnim yang sudah separas bahu itu.

            Encik Johari mengalih pandang melihat Tiryaq yang terbaring di atas katil putih itu. Ada bantuan penafasan di sambung pada hidung Tiryaq. Kecederaan yang Tiryaq alami itu bukan kecederaan yang ringan. Encik Johari sudah mendapat doktor yang merawat Tiryaq. Menurut doktor wanita yang bernama Mazni itu ada luka dalaman di dalam otak Tiryaq yang menyebabkan darah beku. Tiryaq perlu menjalani pembedahan untuk membuang darah beku tersebut. Alhamdulillah pembedahan itu berjaya walaupun berlakunya saat cemas yang mana Tiryaq mengalami tiba-tiba gangguan penafasan.
            “Sabar ya sayang…” Encik Johari memujuk anaknya.
            Putri Tasnim membisu. Dia masih memeluk tubuh papanya erat. Hati Putri Tasnim menjadi walang melihat keadaan Tiryaq itu. Dia sendiri tidak mengerti mengapa dia boleh menangis kerana Tiryaq. Apakah dia sudah jatuh sayang kepada lelaki yang sememangnya sudah sah menjadi suaminya itu.
            Encik Johari merenggang pelukannya. Dia membawa Putri Tasnim ke tempat duduknya semula. Encik Johari tidak menduga ada insiden yang bakal menimpa anak dan menantunya di malam itu.
            Kepala Tiryaq berbalut kemas. Lengan yang luka itu sudah di balut namun ada sisa darah masih kelihatan.
            “Papa…Tas takut dia tinggalkan Tas.” Putri Tasnim membuka mulutnya.
            “Shhhh…tiada apa-apa yang berlaku pada Tiryaq.” Encik Johari memhami apa yang anak gadisnya itu rasakan. Ini pertama kali dia melihat air mata Putri Tasnim menangis untuk seseorang. Air mata Putri Tasnim tidak menitis saat kematian arwah ibunya dan arwah Tazriq. Mungkin kali ini Putri Tasnim sudah tidak sanggup melihat orang kesayangannya hilang seorang demi seorang di depan matanya.
            “Papa…”
            “Doktor sudah cakap pada papa yang Tiryaq tidak akan apa-apa. Tas boleh mengecam lelaki-lelaki yang menyerang Tas dan Tiryaq?”
            Putri Tasnim menganggukkan kepala.
            “Tas cam dua dari kumpulan lelaki tu.”
            “Bagus. Kita akan buat laporan polis. Papa mahu Tas cerita secara detail di balai nanti.”
            Putri Tasnim menganggukkan kepala. Dia tidak akan melepaskan lelaki yang menyerang dan mencederakan Tiryaq itu. Putri Tasnim mengetap bibir.

TUAN Megat Alam melangkah masuk tanpa disedari sesiapa. Dia merapati katil anaknya. Wajah Tiryaq yang tidak sedarkan diri itu dipandang lama. Tangannya ingin menyentuh wajah itu tetapi agak teragak-agak. Tuan Megat Alam menarik kembali tangannya. Dia melabuhkan punggungnya di sisi Tiryaq.
            Jika bukan kerana sikap terburu-burunya pasti Tiryaq sudah berada di bawah penguasaannya. Dengan adanya Tiryaq dia akan menjatuhkkan TIR Holdong’s dengan mudah. Tiryaq bukan mudah terpujuk hati seperti arwah adiknya Tazriq. Tazriq lebih mudah lembut hati berbanding Tiryaq.
            Kebijkasanaan Tiryaq diwarisi dari genetiknya juga. Kekacakan Tiryaq juga mewarisi wajah dia dan ibunya. Wanita yang menyusahkan hidupnya itu. Wanita bodoh yang sanggup mencintai lelaki lain yang kononnya lelaki itu berhati mulia. Tengku Irsyad….lelaki itu yang merampas Selena dari dia. Dia menduga yang Selena punya hubungan kasih dengan Tengku Irsyad sebelum mereka berkahwin. Selena adalah kekasih hati Tengku Irsyad. Mereka berpisah kerana kedudukan keluarga yang tidak setaraf. Selena mengahwini dia kerana keluarga. Selena tidak mencintai dia sehingga Tiryaq dan Tazriq dilahirkan hati wanita itu tetap setia kepada Tengku Irsyad. Tuan Megat Alam sakit hati kerana lelaki yang berada di dalam hati Selena merupakan musuh ketat perniagaannya.
            Bukan sahaja Tengku Irsyad merampas Selena malah lelaki itu juga merampas anak lelakinya Tiryaq. Tiryaq dibesarkan oleh lelaki itu. Dendam Tuan Megat Alam terhadap Tengku Irsyad tidak pernah padam. Tengku Irsyad adalah perosak kebahagiaan yang dia kecapi. Tengku Irysad dan Selena memang patut mati. Mereka yang mebutakan hatinya dengan dendam yang tidak pernah padam. Sungguh dia rasa tertipu dengan lakonan mereka selama ini.
            “Oh! Ini kerja kamu Selena! Kau berasmaradana dengan lelaki lain di bilik hotel!” Suara Tuan megat Alam memetir.
            Wajah Selena kecut. Dia menyorok di belakang tubuh sasa Tengku Irsyad.
            “Sabar Alam…sabar…biar aku jelaskan kedudukan sebenar.” Tengku Irsyad cuba menenangkan Tuan Megat Alam. Dia faham situasi mereka adalah sangat genting. Tuan Megat Alam seorang yang panas baran.
            “Kau mahu jelaskan apa lagi. Kalau sudah lelaki dan perempuan berdua-dua dalam bilik bukan benda tak elok yang korang buat. Kau sudah rampas projek aku kini kau mahu rampas isteri aku pula!” Hati Tuan Megat Alam mendidih. Dia kelam-kabut menuju ke hotel itu gara-gara mendapat panggilan telefon yang isterinya pengsan di hotel penginapan mereka.
            “Sabar Alam…sabar…ini bukan apa yang kau fikirkan. Aku tidak menafikan yang aku amat mencintai Selena. Tapi aku hormatkan dia sebagai isteri kau. Sumpah! Aku tiada niat mahu merampas dia dari kau.” Tengku Irsyad mempertahankan dirinya.
            “Cukuplah! Kau tidak payah berdolak-dalih. Selama ini aku butakan mata dan butakan hati melihat kemesraan kamu berdua di belakang aku. Aku cukup kecewa dengan kau Selena. Aku cukup kecewa dengan kau. Aku mencintai kau sepenuh hati aku dan aku sanggup memberikan segala kekayaan untuk kau. Aku ini bagaikan tiada makna untuk kau. Aku fikirkan kelahiran Tiryaq dan Tazriq akan merapatkan hubungan kita tetapi kau…” Tuan Megat Alam meraup wajahnya berkali-kali.
            Selena mengetap bibir. Dia salah. Dia memang mengecewakan Tuan Megat Alam. Dia tidak dapat menerima cinta lelaki itu di hatinya. Tubuhnya milik suaminya tetapi hatinya milik Tengku Irsyad. Dia berasa berdosa pada Tuan Megat Alam. Namun dia menyayangi kedua anak lelakinya.
            “Maafkan Ena, Tapi Ena tidak jemput Tengku Irsyad ke bilik Ena. Ada orang buat panggilan palsu. Tengku Irsyad …”
            “Aku tak mahu dengar alasan kamu!” Tuan Megat Alam memintas suara Selena. Selena menjadi gugup.
            “Alam…dengar dahulu penjelasan kami.”
            “Cukuplah aku bersabar selama ini! Cukuplah aku jadi lembu yang dicucuk hidung.” Amarah Tuan Megat Alam tidak dapat dibendung lagi. “Aku ceraikan kau, Selena dengan talak tiga!” Tuan Megat Alam melafazkan kata talak buat Selena di hadapan Tengku Irsyad,.
            Air mata Selena merembes keluar.
            “Alam…” Tengku Irsyad tersentak. Dia tidak menduga yang Tuan Megat Alam menggugurkan talak buat Selena.
            “Itu yang kau ingin dari aku agar korang dapat bersama kan. Kita jumpa di mahkamah!” Tuan Megat Alam berpaling. Dia tidak tegar mahu memandang wajah ayu Selena lagi. Dasar perempuan curang!
            Selena terduduk di atas lantai. Dia menangis teresak-esak memeluk tubuhnya. Tengku Irsyad sudah meluru keluar mengejar langkah Tuan Megat Alam.
            Fikirnya selepas dia menceraikan Selena, Tengku Irsyad akan mengambil Selena sebagai isteri. Ternyata dia silap. Tengku Irsyad berkahwin dengan Arfah, teman baik Selena. Selena dikatakan meninggal dunia akibat menderita sakit. Sakit apa? Tuan Megat Alam tidak ambil tahu. Khabrnya kehidupan Selena merempat dan menyebabkan anak lelakinya Tiryaq hidup melarat sebelum dipungut oleh Arfah. Tazriq di bawah jagaannya tetapi Tiryaq dilarikan oleh Selena.
“Tiryaq…ayah akan pastikan keturunan Tengku Irsyad tidak akan melihat dunia ini lagi. Ayah akan musnahkan TIR Holding’s. Ayah akan pastikan yang kau akan mengikut ayah selamanya…” Tuan Megat Alam berbulat tekad.

PUTRI Tasnim memaut kemas jemari kasar Tiryaq. Sehari semalam dia berjaga demi Tiryaq sebaik pulang bersama papanya mebuat laporan polis. Polis sedang membuat siasatan dan mencari lelaki-lelaki terbabit. Dia puas meneliti wajah Tiryaq yang masih terbaring di atas katil itu. Sebelum ini dia melihat Tiryaq seperti dia melihat Tazriq. Kini dia melihat Tazriq dan Tiryaq adalah lelaki yang berbeza. Dia telah membuat laporan polis dan memberikan gambaran lelaki yang menyerang mereka.
            Awak…bukalah mata awak. Saya rasa rindu mahu bertekak dengan awak. Awak tahukan yang sudah terbiasa hidup dengan awak. Siapa yang mahu mengemas rumah saya, memasak untuk saya, men...cuci pakaian saya, pergi pasar untuk saya…hati Putri Tasnim berbisik. Air matanya menitis.
            Putri Tasnim terasa jari-jari kasar Tiryaq mula mengenggam jemari halusnya. Tiyaq membuka kelopak matanya perlahan. Dia memandang kiri dan kanan. Namun matanya terpaku pada wajah Putri Tasnim yang sudah dibasahi air mata itu.
            “Jangan menangis sayang…saya tak mati lagi…” suaranya perlahan. Sakit di kepalanya masih berdenyut. Agaknya entah berapa lama dia tertidur di sini.
            “Siapa benarkan you panggil I sayang?” Putri Tasnim melepaskan pautan tangannya. Dia mengesat sisa air matanya.
            Dalam keadaan yang masih sakit Tiryaq masih mamhu memalitkan senyuman di bibirnya.
            “Tapi…saya ada dengar suara awak memanggil-manggil nama saya. Syahdu tau…”
            “Tidak kuasa I mahu memanggil nama you lah.” Putri Tasnim berselindung.
            “Tapi tadi awak genggam erat tangan saya macam tak mahu nak lepas.” Sengihan Tiryaq makin lebar.
            “Kalau sakit buat cara sakit tahu!” Desis Putri Tasnim. Mukanya sudah kemerah-merahan.
Putri Tasnim bingkas bangun dari dduuknya. Sebelum dia beredar dia sempat mengucup dahi Tiryaq lembut. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia pelu berbuat demikian.
            Putri Tasnim hilang di balik pintu wad berkenaan. Tiryaq cuba bangun dari pembaringannya. Dia meraba-raba belakang kepalanya yang sakit itu. Kuat hentaman lelaki itu hingga buat dia mengalami cedera teruk. Lengannya yang luka itu tidak terasa sakit lagi berbanding kecederaan di kepala.
            Mata Putri Tasnim membulat besar melihat kehadiran Jamie dan Cherly di hospital itu. Siapa pula yang menyampaikan berita eksiden yang menimpa dia dan Tiryaq itu kepada budak dua ekor ini. Ini mesti kerja orang tua yang seorang itu. Siapa lagi kalau bukan papanya.
            Siapa bawa buah tangan dan bunga sekali. Amboi bukan main lagi kedua orang pekerja ini mengambil berat fasal Tiryaq. Bukan setakat Jamie dan Cherly malah Datin Khalida dan ahli mesyuarat tingkap pun turut serta sekali.
            “We all datang mahu melawat suami you, Tas.” Datin Khalida bertindak sebagai ketua.
            “Kedatangnan you all tidak dialu-alukan.” Gerutu Putri Tasnim. Setakat kehadiran Jamie dan Cherly bolehlah diterima lagi.
            “You ni kedekutlah Tas. Apasalah kami mehu melawat suami you yang maco dan seksi itu. Tak luak pun.” Datin Khalida mencebik.
            “Siapa kata tak luak? Pada I sangat luak!” Putri Tasnim menjegilkan biji matanya. Dia menolak tubuh Jamie dan Cherly masuk ke wad Tiryaq. Pantas dia mengunci pintu dari dalam.
            Datin Khalida dan ahli mesyuarat tingkapnya itu hanya menyemakkan bilik wad suaminya itu. Kecoh Datin Khalida di luar bilik wad berkenaan. Biarlah perempuan itu membebel panjang. Kalau mulut sudah letih tahulah dia behenti membebel nanti.

4 comments:

  1. oh... itulah sebabnya Tuan Megat Alam tu nak sangat ambik Tiryaq...hmm... nice kak writer!

    ReplyDelete
  2. Yup...Tiryaq amat penting pada dia...

    ReplyDelete
  3. Tas dah ada hati dengan Tiyraq...
    malu nak mengaku ek...
    hehehe...best akak

    ReplyDelete
  4. cayalah tas...
    syg giler kat tiyraq..
    sampai tak kasi ahli2 mesyuarat tingkap dy jenguk tiyraq..

    ReplyDelete