KEBELAKANGAN ini sikap Syed Ibtisyam telah banyak berubah. Syed Ibtisyam seakan mengelak dari Batrisyah. Sikap Syed Ibtisyam sedikit sebanyak mengecilkan hati Batrisyah. Balik ke Kuala Lumpur pun tidak dimaklumkan kepada Batrisyah. Baby Liyana juga menunjukkan sikap yang sama. Temannya menjauh diri. Apa yang berlaku? Hanya tanda soal ada di kepala Batrisyah.
Wajah suram Batrisyah menjadi tatapan mata redup Faliq. Dia tahu apa yang sedang dirasai oleh gadis itu. Majlis perkahwinan semakin hampir tetapi Syed Ibtisyam sudah buat perangai. Dia rela menggantikan tempat Syed Ibtisyam untuk menjadi suami gadis itu.
Faliq melayangkan tangan pada wajah Batrisyah. Gadis memang sedang mengelamun tanpa mempedulikan dia yang berada di depan matanya itu. Agak parah juga Batrisyah ini. Syed Ibtisyam memang jahat kerana mendera perasaan gadis itu.
“Risyah…Risyah…” panggilnya lembut.
Batrisyah tersentak. Pipinya merona merah. Malu kerana berkhayal di hadapan Faliq.
“Maaf…”
“Jauh betul awak berangan. Ada sampai ke Kutub Utara tak?” Faliq sempat berseloroh.
Batrisyah ketawa kecil.
“Maaflah sebab buat awak bercakap sendirian tadi.”
“Tahu tak apa.” Terjongket sebelah kening lebat Faliq. “Risyah…saya perasan kebelakangan ini Ib banyak berubah. Dia langsung tidak menumpukan perhatian pada awak. Maybe dia terlalu penat menguruskan hal syarikat.” Faliq cuba menyedapkan hati Batrisyah sedangkan dia tahu apa yang Syed Ibtisyam buat di belakang Batrisyah. Biarlah Batrisyah yang lihat sendiri dan bukan mendengar cerita dari mulutnya.
Sungguh Faliq tidak menduga Syed Ibtisyam mengkhianati kepercayaan Batrisyah. Apa yang buat hati Faliq marah melihat Syed Ibtisyam masuk ke rumah sewa milik Baby Liyana. Syed Ibtisyam tidak tahu hukum agama ke masuk ke rumah bukan muhrimnya? Bila diselidik dengan lebih teliti tahulah Faliq yang Syed Ibtisyam ada
hubungan sulit dengan Baby Liyana. Hati Batrisyah pasti hancur dengan pengkhianatan tunang dan kawan baiknya sendiri.
Dia dan Syed Ibtisyam bergaduh besar. Faliq berang dengan sikap Syed Ibtisyam. Dulu bukan main bersusah-payah memikat hati Batrisyah. Ini lain pula jadinya. Kini mereka tidak lagi bertegur sapa. Dia tiada niat mahu menjaga tepi kain teman baiknya itu. Perkara salah haruslah dia tegur.
“Thanks Faliq…”
“Untuk apa tu?”
“Sudi gantikan tempat Ib untuk lunch hari ini.” Batrisyah tersenyum. Dia banyak tersenyum apabila bersama Faliq. Itu yang dia baru disedari. Tidak seperti mula-mula perkenalan mereka dulu. Batrisyah bukan main lagi garang dengan dia.
Niat Batrisyah untuk menyuap nasi ayam kegemarannya mati apbila melihat pasangan yang berada di meja agak berdekatan. Pasangan yang tanpa segan-silu bermesra di khalyak ramai. Si lelaki menyuapak nasi untuk si gadis begitu jua dengan si gadis menyuapkan nasi untuk si lelaki.
Faliq tersentak. Cepatnya Tuhan mahu tunjukkan kebenaran depan mata. Reaksi wajah Batrisyah buat hati Faliq menjadi sayu. Dia tahu Batrisyah sedang kecewa melihat adegan pasangan berkenaan.
“Risyah…”
“Saya tak berseleralah Faliq. Kita balik.” Batrisyah memandang wajah Faliq.
“Baiklah.”
Batrisyah dan Faliq bingkas bangun dari kerusi mereka. Batrisyah langsung tidak mencuit nasinya. Seleranya sudah mati. Tekaknya jadi pahit sangat.
“Risyah….saya belikan awak Mc Donald. Awak perlu isi perut kosong awak.” Ujar Faliq sebaik mereka berada di dalam perut kereta.
Batrisyah menganggukkan kepala.
“Risyah…” panggil Faliq lagi.
Batrisyah menoleh.
“Tabahkan hati. Sesuatu perkara itu pasti ada penjelasannya.”
“Terima kasih Faliq. Insya-Allah saya boleh menghadapinya.” Balas Batrisyah lembut.
“Tapi ingat…Jika awak mahu meluahkan perasaan, saya masih ada di sisi awak.” Faliq tidak mahu Batrisyah rasa keseorangan.
Batrisyah melemparkan senyuman manisnya buat Faliq. Kata-kata Faliq menyentuh telangkai hati Batrisyah. Faliq seorang teman yang baik. Biarpun adakala mereka bertelagah Faliq tidak sesekali mengambil kesempatan atas dirinya. Batrisyah amat menyenangi keperibadian Faliq. Bertuah gadis yang bertakhta di hati Faliq itu.
“AWAK betul-betul ikhlas mencintai saya, Ib?" soal Batrisyah. Hati Batrisyah mula meragui kasih Syed Ibtisyam. Mungkin kerana terserempak dengan Syed Ibtisyam bersama Baby Liyana di Restoran Chicken Rice beberapa hari yang lalu. Kemesraan yang dipamerkan oleh Syed Ibtisyam dengan Baby Liyana seakan bukan seperti seorang ketua dengan setiausahanya. Siap berpelukan dan berpegangan tangan. Tidak segan silu melakukan perbuatan seperti itu di khalayak ramai. Paling mengecewakan gadis bersama Syed Ibtisyam itu adalah sahabat baik Batrisyah sendiri.
"Of course sayang. I hanya mencintai you." Balas Syed Ibtisyam. Dia meramas lembut jari-jemari Batrisyah. Pantas Batrisyah menarik tangannya. Jegil matanya dengan perbuatan Syed Ibtisyam. Lelaki itu ketawa kecil. Ikatan pertunangan tidak menjanjikan untuk lelaki itu berhak melakukan perkara yang tidak dia sukai. Dia masih menjaga batas pergaulan dengan lelaki.
"Siapa perempuan yang bersama awak itu hari? Saya ada terserempak awak makan dengan seorang jelita di Chicken Rice kelmarin." Batrisyah menduga Syed Batisyam. Sedangkan dia sudah tahu siapa gadis tersebut.
"Oh! Perempuan itu anak kepada rakan seperniagaan father I. You janganlah cepat buat tanggapan. I dengan dia sudah berkawan dari kecil. I jumpa dia secara kebetulan. Lima tahun I tidak berjumpa dengan dia sejak dia melanjutkan pelajaran di United Kingdom." Jelas Syed Ibtisyam berbohong. Batrisyah berkecil hati dengan pembohongan lelaki itu. Dia tidak akan marah jika lelaki itu berterus-terang. Dia bukan jenis gadis yang mengongkong dengan siapa lelaki itu ingin berkawan.
“You jealous ya…"
“Sedikit sebanyak tu adalah sikit.” Jawab Batrisyah jujur. Dia menyimpan kekecewaan di hati.
“Risyah…boleh I cakap sesuatu.” Batrisyah anggukkan kepalanya. “Risyah…open mindedlah sikit. Setakat pegang tangan dan cium pipi tidak luaklah zaman siber sekarang.” Suara Syed Ibtisyam.
“Ib…saya bukan seorang hipokrit.” Batrisyah galas beg tangannya. Dia bingkas bangun meninggalkan Syed Ibtisyam yang terkebil-kebil. Adakah kata-kata itu ditujukan kepadanya. Kata yang lembut namun sinis sekali.
“I rasa Risyah nampak kita tempohari Ib.” Baby Liyana muncul di depan mata Syed Ibtisyam. Baby Liyana mengekori Batrisyah dan Syed Ibtisyam. Dia duduk tidak jauh dari pasangan berkenaan dengan memasang telinga setiap perbualan yang berlangsung sebentar tadi. Kehadirannya tidak disedari oleh Batrisyah.
“I sayangkan Risyah tapi…”
“Macam mana dengan I? You sudah lupa apa yang berlaku antara kita malam itu? Habis madu sepah di buang.” Baby Liyana hempas punggung atas kerusi bertentangan Syed Ibtisyam. Syed Ibtisyam meraup wajahnya berkali-kali. “You kena pilih antara I dengan Risyah! You tidak boleh pilih kedua-duanya Ib!” Tegas Baby Liyana. Dia sudah berikan segala-galanya kepada Syed Ibtisyam.
Masakan lelaki itu boleh lepaskan diri begitu saja. Syed Ibtisyam sudah terjerat dengan jerangkap yang dipasangnya. Baby Liyana lupa pada persahabatan yang terjalin antara dia dengan Batrisyah. Cinta membutakan hatinya. Dia tidak tegar mengalah dan membiarkan Syed Ibtisyam menjadi milik Batrisyah! Dia sanggup buat apa sahaja untuk memisahkan Syed Ibtisyam dari Batrisyah.
“I buntu.” Syed Ibtisyam mengeluh kecil. Ketelanjuran bersama Baby Liyana amat disesali.
“Lepaskan Risyah. You kena kahwin dengan I. You tak takut kalau ada janin you dalam perut I nanti.” Baby Liyana mendesak.
Syed Ibtisyam termangu. Jika dia melepaskan Batrisyah maka Faliq ada peluang untuk memiliki gadis itu. Syed Ibtisyam menjadi tidak keruan. Hatinya mula berbelah bagi.
“Ib…tak perlu serabutkan fikirannya you lagi. You fikir Batrisyah sukakan you. You tahu tak Batrisyah rapat benar dengan Faliq. Dan you tahu yang Faliq memang sukakan Batrsiyah. Faliq mengaku depan I.” Baby Liyana memainkan peranan dengan
menyuntik racun ke kepala Syed Ibtisyam.
“I tahu Faliq sukakan Risyah. Risyah rapat dengan Faliq pasal kerja dan Faliq itu sahabat baik I.”
“You yang bodoh. Depan you mereka cover line. Belakang you bukan main lagi. Teman tapi mesra.” Baby Liyana mencebik. Syed Ibtisyam ingat Batrisyah itu perempuan yang baik-baik. Ala…perempuan seorang itu hanya pandai berlakon. “You tak tahu lagi kisah lama dia. Dia pernah hilangkan dia masa majlis perkahwinan dia sampai adiknya terpaksa jadi pengganti untuk menutup malu. Dia bukan perempuan yang baik Ib.”
Wajah Syed Ibtisyam berubah. Benarkah? Dia tidak tahu pun pasal cerita itu. Syed Ibtisyam merenung wajah Baby Liyana.
saya suka sangat semua karya-karya kamu....cepat2 smbung ye...
ReplyDeleteseriously, terbaekkk ! thumbs up, dear ;)
ReplyDeletexpe2,ko kawenla ng babi liyana tuh! bia risyah ng faliq!
ReplyDeletekak...bia risyah ngn faliq!!benci ib!huh!!
ReplyDeleteRisya dgn faliq plisss
ReplyDeleteTq sebab suka karya akak terutamanya TCL ini :)
ReplyDeletekesiannya kat risyah...
ReplyDeletekenapa diorang x bagi risyah bahagia..
kawan tikam kawan..burukkan kawan sendiri kerana sorang lelaki...
hmmm....tabahkan hati risyah
i luv this story...
thanks sis ilya
sy suka novel ni...
ReplyDeleteblh ke sy dptkan di pasaran?
bukulah....menarik...tak kisahlah sad ending..
ReplyDeletekesian dkt risyah...rsa macam nak cekik2 j baby liyana tuh..
ReplyDeletesuka semua e-nvl Ilya...xkira..sedih,happy n seram...
ReplyDeletejangan berhenti menulis!!..
tq Kak Nur Asiah
ReplyDelete