Tab Menu

Followers

Friday, November 11, 2011

Takdir Cinta Luka - Bab 18

PERTEMUAN Faliq dan Syed Ibtisyam tidak berjalan dengan lancer seperti yang diharapkan. Syed Ibtisyam langsung tidak mahu mendengar penjelasan dari bibir Faliq begitu jua dengan Batrisyah. Acapkali Batrisyah menghubungi Syed Ibtisyam untuk memperbetulkan keadaan. Syed Ibtisyam tetap mempertahankan egonya. Dia terus-terusan menuduh Faliq kawan yang makan kawan. Faliq akui dia menyukai Batrisyah namun tidak sampai untuk merampas Batrisyah dari Syed Ibtisyam. Dia amat menghargai persahabatan mereka.
            Sikap sabar Faliq ada had. Kolar kemeja Syed Ibtisyam direntap kasar. Hatinya sakit apbila Syed Ibtisyam menuduh Batrisyah yang bukan-bukan. Ini semua angkara Baby Liyana yang pandai bermuka-muka. Depan baik belakang jadi racun. Mengapa Batrisyah masih bodoh membiarkan tingkah-laku Baby Liyana? Perempuan seperti Baby Liyana itu tidak layak untuk dimaafkan.
            “I mengaku I suka pada Risyah. Tapi I tidak melakukan perkara tidak senonoh dengan Risyah. I boleh bawa saksi untuk buat mmulut tutup.” Gerutu Faliq.
            “Kalau mahu sumbat duit untuk saksi you maka I pun boleh Iq. Kalau you nak sangat perempuan itu you ambillah!” Suara Syed Ibtisyam mula memetir.
            “You jangan menyesal jika I memiliki Risyah.”
            Syed Ibtisyam ketawa.
            “I nak menyesal? Pleaselah…lagipun I tidak perlukan perempuan yang memakai topeng seperti dia. Kalau tidak masakan masa majlis perkahwinan dia dulu dia lari.” 
            “You tidak tahu cerita sebenar. You hanya mendengar di sebelah pihak sahaja.” Faliq rasa mahu menumbuk saja muka Syed Ibtisyam. Bodoh! Tidak tahu membezakan antara intan dan permata.      
            “You fikir I mendengar dari mulut Yana saja ke? Kakak dan adik kandung dia ada menemui I. Mereka ceritakan semuanya pada I. Batrisyah itu perempuan sun…”
            Belum sempat Syed Ibtisyam menghabiskan ayatnya, muka suka sudah dimakan dengan buku lima milik Faliq. Bertambah lembam pipi kirinya itu. Sial punya Faliq!
            “Jaga mulut you, Ib. I lebih tahu tentang Batrisyah dari you.” Kemarahan Faliq sudah sampai kemuncaknya.
            “Huh! Kalau you mahukan sangat dia so you boleh ambil dia jadi perempuan you.” Getus Syed Ibtisyam berang. Dia mula menapak keluar dari pintu bilik pejabat Faliq itu.
            “You jangan menyesal Ib?”
            “I tidak akan jilat balik ludah I!” Syed Ibtisyam menghempaskan pintu bilik Faliq hingga membuatkan Farah yang baru ingin masuk ke bilik itu menjadi gugup sebentar.
            Farah mengurut dada. Dia sempat memandang sekilas wajah bengis sahabat baik ketuanya itu. Rupa macam orang lepas bergaduh. Dia mesti kena cepuk dengan Faliq. Agaknya fasal apa?
            Farah mengetuk pintu bilik Faliq.
            “Masuk!” Suara Faliq macam halilintar. Farah kecut perut.
            “Boss…jangan sembur pada I pulak.” Ujar Farah sebaik melangkah masuk. Dia pertama kali dia melihat wajah marah Faliq.
            “Maaf Farah. I teremosi sedikit.” Faliq melirikkan senyuman.
            “Boss ni….” Farah mendengus kecil. Farah meletakkan beberapa buah fail di atas meja Faliq untuk mendapatkan tandatangan lelaki itu.

PETANG itu Batrisyah terpaksa pulang agak lewat kerana terpaksa menyiapkan dokumen tender yang baru bersama beberapa orang pekerja lanskap. Sedar tidak sedar pejabat sudah sunyi sepi. Cuma tinggal Batrisyah, Puan Suria, Azam dan Zila. Yang lain sudah lesap.
            “Aduh! Bill quantity masih belum betul lagi.” Zila mula mengaru kepalanya yang bertudung liput itu.
            “La…bahagian mana silap tu Zila?” Batrisyah bertanya. Zila menunjukkan kertas di tangannya.
            “Maintanance and children playground.” Balas Zila.
            “Tak mengapa. Biar saya betulkan. Kau baliklah dulu. Kau tu tengah sarat Zila. Kot meletup kat sini kami juga yang susah nanti. Kami semua tiada pengalaman jadi bidan.” Zila tersengih dengan kata-kata Batrisyah. Puan Suri dan Azam sudah pecah ketawa. Dalam kalut begini sempat juga Batrisyah buat lawak.
            “Anak I pun doktor yang sambut tahu.” Celah Puan Suria.
            “Aku tengok darah dah pitam.” Ujar Azam. Tangannya masih ligat bekerja di komputer. Zila mencebik.
            “Kau dah ada bini nanti tahulah.” Zila menjuihkan bibir. Dia melangkah keluar dari pejabat tersebut. Azam mengekeh ketawa.
            “Ketawa…ketawa jugak. Drawingnya sudah siap ke Zam?” Puan Suria bertanya.
            “Dah nak siap. Don’t worry…Ini memang kepakaran saya sebagai seorang draftsman.” Azam mengangkatkan keningnya. Puan Suria mendengus kecil. Tidak boleh dinafikan hasil kerja Azam adalah yang terbaik.
            “Puji diri sendiri tu.” Terjongket kening Batrisyah.
            “Tambah sikit pokok-pokok renek pada bahagian sini. Nampak kosong sangat kawasan tu?” Jari Puan Suria menunjuk pada drawing yang berada dalam komputer itu. Azam anggukkan kepala. Mereka begitu tekun menyiapkan kerja hinggalah wajah Zaim pekerja yang berada di tingkat atas pejabat mereka itu muncul depan pintu. Kejutan yang dibuat oleh Zaim nyaris meninggalkan kesan efek sakit jantung.
            “Mengapa kau berpeluh-peluh ni Zaim?” tegur Puan Suria seraya membuka pintu kaca tesebut.
            “Aku…aku…ada dengar bunyi orang ceroboh di bilik Encik Ibtisyam. Setahu aku semua staf sudah balik termasuklah boss aku tu. Aku stay kat ofis sebab ada kerja kena siapkan sebelum aku bercuti esok. Aku keluar pergi toilet sekejap buang air besar. Lepas keluar dari toilet aku terdengar suara dalam bilik Encik Ibtisyam.” Jelas Zaim agak tersekat-sekat.
            “Aku ada dengar di tingkat atas tu keras sikit. Entah-entah hantu kot.” Desis Azam. Dia sudah memeluk tubuh.
            “Cabul betul mulut kau Zam!” Marah Batrisyah. Seram sejuk di buatnya. “Entah-entah ada orang menceroboh bilik Ib.” Sambung Batrisyah untuk menyedapkan hati.
            “Mungkin jugak. Mana tahu ada orang dengkikan tunang kau itu Risyah.” Balas Puan Suria.
            “Jom kita pergi selidik.” Cadang Azam. Semua mata memandang ke arahnya.
Mereka berempat menuju ke bilik pejabat Syed Ibtisyam kerana bunyi itu datangnya dari bilik tersebut. Sebaik tiba di situ memang sah ada bunyi suara orang jelas kedengaran. Pintu bilik itu nampak sudah terkuak sedikit. Tanpa membuang masa Azam terus menolak daun pintu kerana pada masa yang sama mereka sudah memaklumkan kepada pengawal keselamatan di bawah supaya segera naik ke tingkat atas terbabit.
            Astagfirullah al azim… Ya TUHAN apa dah jadi ni? kata Azam. Zaim dan Puan Suria juga seperti tidak percaya apa yang berlaku depan mata. Batrisyah nampak tenang biarpun hatinya terhiris. Sungguh kecewa kerana dikhianati sedemikian rupa. Kelihatan Baby Liyana dan Syed Ibtisyam dalam keadaan separuh bogel di sofa bilik Syed Ibtisyam. Semuanya terkebil-kebil memandang satu sama lain, kebetulan juga pada waktu itu juga dua orang pengawal keselamatan sudah terpacak di sebelah mereka. Baby Liyana boleh tersenyum sinis. Seakan tidak kisah dengan perbuatan tidak senonohnya itu. Wajah Syed Ibtisyam pucat lesu. Ada insan yang terluka melihat adegan panasnya itu dengan Baby Liyana.
            Batrisyah tidak sanggup memandang lagi. Dia segera melangkah laju. Tidak menduga lelaki berpelajaran tinggi seperti Syed Ibtisyam boleh tunduk dengan godaan nafsu syaitan. Puan Suria mengekori dari belakang. Batrisyah duduk termenung di atas tangga. Segala persoalan yang membelenggu kini terjawab. Air mata laju menuruni kedua belah pipinya.
            “Akak tak sangka Ib sanggup khianati you, Risyah. Yana itu sahabat baik you. tergamak dia buat begitu pada you.” Puan Suria duduk di sisi Batrisyah. Dia usap-usap lembut belakang gadis itu.
            Batrisyah membisu. Dia tidak mampu untuk meluahkan kata. Dia menyapu air matanya yang mengalir. Tipulah kalau dia tidak punya sebarang perasaan terhadap Syed Ibtisyam. Cinta itu memang menyakitkan.

13 comments:

  1. kaK cinta tu mmg myakitkanh!!nk ngis!

    ReplyDelete
  2. eeeiiiii kak rasa mcm nak rejam ngan batu biar sampai besepai muka IB ngan yana tuh...sabarrr risya..faliq adaaa...

    ReplyDelete
  3. jahat betul ib dengan baby liyana...
    sampai hati betul mereka buat kat risyah...
    sabar ya risya

    ReplyDelete
  4. Yes!ib dah kantoi.xpe risyah biar teluka sblm kawin dr luka lepas kawin.

    ReplyDelete
  5. xpa..biar Risyah nampk kebenaran. . . terluka awal baik dari makan hati lepas kawen..
    pa2 pun cian risyah...

    ReplyDelete
  6. kesiannya Risyah..kena tikam dari belakang ngan tunang dan kawan karib..pergh..satu dugaan yg maha hebat kerana majlis perkawenan tak lama lagi..nampaknya pengantin perempuan da jadi bibi liyana pulak kan..kesiannya dia..adakah hati Risyah akan jadi batu dan tembok tidak lagi akan mempercayai lelaki..dalam hidupnya..terajis betui cinta ni kan..
    Apa pulak perasaan faliq bila tahu kawan dia berzina dipejabat and caught red handed oleh Risyah dan stafnya..mmg akak tak faham ngan Ib ni..Harap Faliq ada utk merawat hati Risyah yg rawan..

    ReplyDelete
  7. Ya Allah, kak......
    sakitnya hati saya baca...
    Eeee....geram yang teramat sangat..
    Ib dengan Baby Liyana memang JAHAT!!

    ReplyDelete
  8. JGN LA SAD ENDING...BIARLAH FALIQ DGN RISYAH...SAYA SUKA SANGAT22 BACA SEMUA KARYA AKAK WALAU SIBUK DGN CAREER N THESIS MA...SYABAS AKAK!!!

    ReplyDelete
  9. Sy tbaca notes awk kt atas skali tuh pasal kisah cinta faliq dan risyah yg x kesampaian..ala jgnla sad ending plisss..

    ReplyDelete
  10. ilya banyak peminat TCL tak nak sad ending ni...mmg geram kat 2org tuuu...

    ReplyDelete
  11. ya Allah, smpai hati yana 2.sian risya : (
    -hudarosaz-

    ReplyDelete
  12. Owhh...once again !! So sad

    ReplyDelete