Tab Menu

Followers

Sunday, November 13, 2011

Takdir Cinta luka - Bab 21


TIGA bulan telah berlalu. Batrisyah nampak muram sejak berpisah dengan Syed Ibtisyam. Gadis itu menjadi bertambah pendiam. Tubuh Batrisyah juga sedikit mengurus dan wajah putih bersih itu agak cengkung. Risau Faliq melihat keadaan gadis kesayangannya itu. Batrisyah mengatakan dia tidak apa-apa namun jelas gadis itu menahan kelukaan di hati. Batrisyah bukan mudah berkongsi cerita dengan orang lain. Dia lebih suka memendamkan perasaannya. Batrisyah rela beralah dan membiarkan kebahagiaan sendiri tercalar.
            “Kalau mahu menangis lebih baik awak menangis sekarang. Tak guna pendamkan dalam hati. Risyah…lepaskan semuanya.” Suara Faliq setelah lama menunggu bibir Batrisyah membuka mulut. Batrisyah menjeling lelaki yang datangnya tidak pernah diundang itu.
            “Siapa yang nak menangis?” desis Batrisyah. Faliq tersenyum.
            “Tak perlu malu dengan saya. Bahu saya sedia menjadi tempat untuk awak basahkan dengan air mata awak.” Faliq menunjukkan bahunya.
            “Jangan nak mengarut.” Batrisyah menolak tubuh sasa Faliq dari duduk rapat di sisinya. Meletus tawa di bibir Faliq. Bila Batrisyah sudah bercakap kasar begitu tandanya Batrisyah sudah beransur pulih seperti sedia kala.
            “Risyah…awak tidak keseorangan. Masih ada yang sudi berkongsi kesedihan dengan awak. Masih ada orang yang menyayangi awak lebih dari Ib.” Nada suara Faliq sedikit bergentar. Batrisyah terdiam. Jika benar ada orang menyayangi dirinya mengapa mereka meninggalkan dia. Manik-manik jernih mula bertakung pada kelopak matanya. Berkali-kali dia menahan kelukaan di hati.
            “Faliq…terima kasih.”
            Bila cintanya pada Ashraf telah dapat dikikis dari ingatan hadir pula Syed Ibtisyam mengisi kekosongan hatinya. Perasaan cinta yang mula malap kembali bercahaya. Usikkan demi usikkan rupanya mencabahkan kasih antara mereka. Lamaran Syed Ibtisyam menyentuh tangkai hati Batrisyah. Dia belajar mencintai dan menyayangi lelaki itu. Tapi inikah balasan kesetiaan yang dia berikan. Syed Ibtisyam tidak tegar mempertahankan cinta mereka sepertimana jua dengan Ashraf. Mereka tergoda dengan pujukan nafsu. Batrisyah kecewa. Mungkin kerana dia tidak bersosial dan berfikiran terbuka menyebabkan lelaki mudah bosan dengannya. Batrisyah tidak mahu jadi hipokrit.
Hubungan antara lelaki dan perempuan perlu ada batasan. Dia menjaga pergaulan dan maruah seorang wanita. Dia bukan jenis gadis berpeleseran.
“Dalam pertemuan pasti ada perpisahan. Dan tidak juga orang yang kita sayang dan kita cintai itu jodoh kita.” Batrisyah bersuara perlahan.
“Saya faham maksud awak itu tapi di sini awak yang dilukai, Risyah. Awak kena beri peluang kepada diri kamu juga untuk memperolehi kebahagiaan awak sendiri.”
“Tak mungkin ada cinta tulus untuk saya. Mungkin sudah tiba masanya saya menutup pintu hati saya untuk cinta.”
“Apakah awak langsung tidak mahu berikan peluang kepada saya.” Kali ini Faliq berterung-terang dengan perasaan sendiri. Dia tidak akan membiarkan Batrisyah dilumpuri dengan kesedihan dan air mata. Batrisyah berhak mendapatkan kebahagiaan untuknya. Dia akan berikan Batrisyah cinta yang tulus dan ikhlas. Dia akan bahagiakan gadis itu.
“Faliq…masih ramai gadis-gadis di luar sana yang sama padan dan sama taraf dengan awak. Saya hanya gadis biasa.” Batrisyah merendah diri. Kata ornag pipit sama pipit masakan akan terbang bersama enggang.
“Tapi saya tetap akan memilih Cik Nur Sufi Batrisyah. Jangan awak kata awak tidak memahami isi hati saya. Saya yakin yang awak tahu saya sukakan sejak pertama kali saya bertemu dengan awak.” Wajah serius Faliq menggentarkan hati Batrisyah. Lelaki ini seringkali memberikan dia perasaan yang tidak selesa.
“Awak buat lawakkan?” Batrisyah menyembunyikan kegelisahan di hati. Dia mengalihkan pandangan matanya dari Faliq.
“Risyah…I’m seriously. Saya sukakan awak. Berikan peluang kepada saya, Risyah.” Faliq tetap mahu merenung ke dalam mata Batrisyah.
Batrisyah termangu seketika. Faliq sengaja mahu menguji isi hatinya. Dia tidak berani untuk memberikan jawapan kepada Faliq. Perasaan Batrisyah berbelah bagi.
“Awak takut untuk terbang sama seperti enggang.” Faliq seakan dapat membaca apa yang ada di fikiran Batrisyah. “Risyah…berikan peluang untuk saya membahagiakan awak. Kita kahwin.”
Sekali lagi Faliq memberikan kejutan buat Batrisyah. Batrisyah makin kaku dengan bicara luahan perasaan dari Faliq.
“Faliq…” Air mata Batrisyah bergenang.
Faliq mencapai jari manis Batrisyah. Cincin emas bertakhta pertama putih itu disarungkan pada jari gadis itu. Dia mahu Batrisyah tahu yang dia serius ingin melamar gadis itu sabagai permaisuri hatinya. Mungkin tindakannya terlalu tergesa-gesa namun dia sudah berbulat tekad untuk memiliki Batrisyah.
Apa jua halangan dia akan pastikan Batrisyah adalah suri hatinya. Dia sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku. Ibu pasti akan membantah keras dengan pilihannya kerana Dhiya adalah pilihan ibu.
            “Nur Sufi Batrisyah Binti Sufian sudikah kau menerima lamaran dari saya Faliq Imtiyaz Bin Nasaruddin.” Bisik Faliq dengan nada Romantis. Muka Batrisyah merona merah. Dia menekup mulut bagaikan tidak percaya. Saat hatinya sedang terluka ada insan lain yang sudi mengubati luka di hati ini. Dan orang itu berada di depan matanya.
            Apakah keputusan yang wajar dia lakukan? Perlukah dia memberikan masa untuk menerima lamaran dari Faliq?
           
“AKU terima nikahnya Nur Sufi Batrisyah Binti Sufian…” Lafaz untuk kali yang ketiga baru Batrisyah sah menjadi isteri Faliq. Faliq terlalu gemuruh tika itu. Raut wajah kacak itu bermandikan peluh dingin.
            Majlis perkahwinan mereka hanya ada masjlis akad nikah dan kenduri doa selamat. Faliq merahsiakan perkahwinannya dengan Batrisyah dari pengetahuan ibunya. Dia meminta bantuan dari Dato’ Syed Mukhlis dan Datin Aisyah. Puan Suria menitiskan air mata saat Batrisyah bergelar isteri Faliq.
            Faliq menyarungkan sebentuk cincin dalam upacara membatalkan air sembahyang. Dahi Batrisyah yang berbaju kurung berwarna ungu itu dikucup lembut. Batrisyah turut mengucup tangan suaminya. Dia sendiri tidak menduga dia boleh menerima lamaran dari Faliq. Abah dan Qais juga tidak membantah atas perkahwinan rahsia ini.
            Qais adalah orang yang paling gembira sekali. Dia yakin Faliq mampu menjaga kakak kesayangannya. Faliq tidak seperti Syed Ibtisyam yang mula berpaling arah. Dia
sentiasa mendoakan kebahagiaan kakaknya. Kakak dan Faliq memang sepadan.
            Batrisyah memeluk Puan Suria dan Zila. Hatinya sebak. Atas nasihat kedua temannya itu dia membuka hatinya menerima cinta dan lamaran Faliq. Dia rela menanggung risiko untuk bersama Faliq.
            “Tahniah Risyah! Akhirnya you berkahwin jua.” Puan Suria merenggangkan pelukannya. Dia usap-usap waah manis Batrisyah yang lengkap berpakaian pengantin. Baju itu yang menjadi pilihan Faliq dulu. Warna yang sedondong dengan baju melayu milik Faliq.
            “Kau memang cantik Risyah. Beruntung Faliq.” Celah Zila. Bodohnya Syed Ibtisyam kerana melepaskan Batrisyah.
            Entah apa cerita Syed Ibtisyam. Lelaki menghilang sejak berkahwin dengan Baby Liyana. Syarikatnya kini diterajui adik lelakinya Syed Saifudin. Syed Saifudin itu lain sikit dari abangnya. Orangnya tegas dan lebih berkaliber. Jika dikenali dengan lebih rapatnya Syed Saifudin itu peramah orangnya.
            “Faliq…you kena jaga Risyah baik-baik. Sekali you sakitkan hati dia tahulah you.” Puan Suria memberikan amaran kepada Faliq.
            Faliq ketawa kecil.
            “Faliq…kini tanggungjawab Risyah diserahkan kepada Faliq. Risyah itu degil tetapi dia punya hati yang tulus. Abah mahu kau sayang dan jaga Risyah sepertimana abah sayang dan jaga dia.” Haji Sufian seakan sayu mahu melepaskan Batrisyah. Dia bersetuju menerima Faliq kerana dia yakin lelaki itu akan membahagiakan anaknya.
            “Insya-ALLAH abah.”
            Datin Aisyah merasa sebak. Hajat untuk melihat Batrisyah menjadi menantu di dalam rumahnya tidak kesampaian. Bagaimana pun dia turut berkongsi kegembiraan melihat Batrisyah dan Faliq. Batrisyah gadis yang baik. Gadis itu masih sudi memaafkan apa yang dilakukan oleh Syed Ibtisyam.
            Apa yang Datin Aisyah takutkan adalah penerimaan Datin Seri Qistiana dengan perkahwinan Faliq. Rahsia yang disimpan akan bocor jua suatu hari nanti. Bukan Datin Aisyah tidak kenal dengan sikap angkuh Datin Seri Qistiana. Katanya saja yang betul. Dia mengaturkan hidup Faliq sejak anak muda itu kecil. Apa saja kemahuannya harus dituruti cuma kali ini Faliq mengikut pendirian.
            “Akhirnya bakal menantu uncle kena rampas.” Dato’ Syed Mukhlis memeluk Faliq. Dia tepuk belakang Faliq.
 Faliq sudah dianggap seperti anak sendiri. Hatinya tua sedih dengan sikap anak sendiri. Jauh di sudut hati dia tidak pernah membuang Syed Ibtisyam. Baik dan buruk Syed Ibtisyam tetap anak sedarah sedagingnya.
“Rasa bersalah pula Iq bila uncle cakap begitu.”
Uncle tahu silap anak uncle sendiri. Ingat…Iq kena jaga Risyah baik-baik. Ingat pesan uncle.” Alangkah baiknya sekiranya masa itu dapat diputarkan semula. Dia akan memperbetulkan semula keadaan.
Air mata Batrisyah mengalir. Betul kata Faliq, masih ada orang di sekeliling yang menyayanginya. Faliq merangkul pinggang Batrisyah. Mereka beriringi menghantar tetamu yang hadir.
Jauh dari sudut pandangan rumah itu ada mata memerhati dengan penuh geram dan sakit hati. Bibirnya diketap. Dia berpaling dan mengaturkan langkah. Ada rasa seribu kesalan di raut wajahnya. Dia baru betapa sakitnya melihat orang pernah sayangi bersama dengan orang lain. Itulah yang dia rasai kini.

6 comments:

  1. sapa yang tengok dr jauh tuh...IB atau Asyraf..harap2 IB...biar padan muka dia..hihi..

    ReplyDelete
  2. siapa???
    alhamdullilah, Faliq dan kahwin dengan Risyah... gembira + terharu.. rasa tersentuh..
    tapi, saya tetap rasa sedih sebab kak Ilya cakap endingnya nanti sedih... dalam gembira ada sedih...
    apapun cerita ni memang best.. ^_^

    ReplyDelete
  3. akhirnya dorg kwen gkk...
    fuuhh...lega asenyaa...
    btw spe yg tgh tgk 2 ekk

    ReplyDelete
  4. akhirnya
    gembira rasanya bila faliq dan risyah dah kawin...teramat suka.....
    rasanya sapa ek yang intai dari jauh tu...

    ReplyDelete
  5. yes!..kawen gak diorg tu..

    ReplyDelete