Tab Menu

Followers

Sunday, November 13, 2011

Takdir Cinta luka - Bab 20

MAJLIS perkahwinan Syed Ibtisyam dan Baby Liyana berlangsung dengan meriah sekali. Kedua mempelai sama cantik dan sama padan. Dendangan lagu Selamat Pengantin Baru nyanyian Almarhum Saloma bergema di udara. Saudara-mara pihak pengantin lelaki dan perempuan bergilir-gilir naik ke atas pelamin merenjis pengantin. Kedua-dua mempelai secocok dan sedondong. Rata-rata tetamu yang hadir memuji pasangan berkenaan.
            Selesai makan beradat kedua mempelai menghantar sanak saudara sebelah pengantin lelaki dan perempuan ke muka pintu. Saat itu Faliq muncul bersama Batrisyah. Kehadiran mereka disedari oleh Syed Ibtisyam.
            "Risyah…"
            Faliq hanya tersenyum sinis. "Ikutkan hati memang I tak nak datang sini berjumpa you, Ib. I rasa menyampah mahu lihat muka sahabat baik yang melukakan hati perempuan yang I sayang." Batrisyah menjeling Faliq di sebelahnya.
            "Selamat pengantin baru Ib." Hadiah bertukar tangan. Batrisyah segera berpaling. Dia tidak mahu menunggu lebih lama di situ. Cukuplah dia melihat wajah kebahagiaan yang terpacar pada wajah Syed Ibtisyam.
            "You tentu sakit hatikan Risyah? Sepatutnya  hari ini majlis perkahwinan kita kan?" soal Syed Ibtisyam dengan penuh ego. Dia ingin sangat melihat wajah perit Batrisyah. Puas hatinya jika wajah itu disakiti.
            Batrisyah hanya membisu. Dia kerling ke arah Baby Liyana. Baby Liyana memalingkan wajah. Bay Liyana tidak menduga yang Batrisyah menghadirkan diri dalam majlis perkahwinannya bersama Syed Ibtisyam.
"You jangan nak sakitkan hati Risyah. You fikir diri you dan Yana baik sangat. Kalau you baik you tidak akan tidur dengan Yana. Buat maksiat dengan Yana!" Faliq menekan suaranya.
Wajah Baby Liyana berubah dengan kenyataan Faliq itu. Dirinya seakan disindir pedas.
“You jangan merosakkan majlis I.” Syed Ibtisyam merenung wajah Faliq. Mujur tiada sesiapa bersama mereka tika ini.
“Faliq…kita balik saja.” Batrisyah tidak mahu menimbul kekecohan di majlis Syed Ibtisyam.
            “You akan menyesal Ib. You akan menyesal kerana melepaskan Batrisyah.” Faliq masih tidak berganjak.
            “I tidak akan menyesal. I sudah katakana I tidak akan mejilat ludah I semula.” Sinis Syed Ibtisyam membela dirinya.
            “You butakan hati dan tidak mahu dengar penjelasan dari Risyah. You terus saja menghukum dia tapi you tidak nampak kesalahan diri you sendiri. I berani katakan you akan menyesal kelak. Semoga you bahagia.” Faliq membuka langkahnya begitu jua dengan Batrisyah. Langkah Batrisyah terhenti seketika. Dia berpaling.
            “Maafkan saya Ib kerana tidak sempurna pada awak. Doa saya sentiasa mengiringi awak dan Yana. Terima kasih atas segalanya. Salamkan salam Risyah pada pakcik dan makcik.” Batrisyah mengukir senyuman.
            Syed Ibtisyam tergamam. Wajah tenang itu membuatkan jantung Syed Ibtisyam berdengup kencang. Mengapa dia yang perlu merasa sakit hati. Saat itu dia terpandangkan sekeping surat bersampul putih diselitkan pada hadiah berkenaan.   Surat dari Batrisyah. Syed Ibtisyam teragak-agak membukanya.
            Surat Batrisyah digenggam erat. Ada sedikit kegusaran pada raut wajah Syed Ibtisyam. Baby Liyana mencebik. Lengan Syed Ibtisyam dipaut erat. Syed Ibtisyam membuka surat yang diberikan oleh Batrisyah. Hatinya bergentar kuat saat melihat isi kandungan dalam surat berkenaan.

Assalamualaikum…
            Selamat pengantin baru Ib. Maaf kerana Risyah bukan gadis yang mampu membahagiakan Ib. Risyah hanya manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan. Risyah akui ada terselit rasa kasih dan sayang buat Ib tapi agaknya Risyah sudah terlambat untuk menyatakan perasaan Risyah pada Ib. Risyah terkilan dengan tuduhan Ib tanpa penjelasan dari Risyah. Risyah jua terkilan kerana Yana sanggup mengkhianati persahabatan kita kerana cinta sedangkan Risyah boleh mengundurkan diri jika Yana memberitahu yang Yana sukakan Ib. Risyah sayangkan Yana dan Risyah pentingkan persahabatan kita. Risyah rasa kecewa sekali…
            Mungkin sudah tertulis yang jodoh antara kita sampai setakat ini Ib. Ib adalah
milik Yana. Insya-ALLAH mungkin suatu hari Risyah akan bertemu dengan orang yang benar-benar menyayangi Risyah jika bukan di dunia ini mungkin di sana nanti.
            Dalam hati Risyah tiada dendam buat Ib dan Yana. Risyah redha dengan ketentuan ILAHI. Tiada jodoh antara kita yang tersurat. Risyah mendoakan Ib bahagia bersama Yana. Jika suatu hari kelak kita bersua, Risyah harap kita masih boleh berkawan Ib. Jangan ada benci antara kita. Dan Yana…kau tetap sahabat ku dunia dan akhirat.

Ikhlas dari,
Nur Sufi Batrisyah Sufian

            Tanpa disedari air mata Baby Liyana menitis. Bay Liyana menekuop mulut. Dia sudah berbuat jahat dengan Batrisyah namun Batrisyah masih mahu memaafkan dia. Batrisyah memang bodoh!

“PADAN muka! Akak dah agak yang Risyah itu perempuan jenis curang.” Syakila memuncungkan bibirnya.
            Farisya hanya tersenyum kecil. Plannya menjadi untuk memburukkan Batrisyah pada Syed Ibtisyam. Sekali lagi Batrisyah menconteng arang pada muka abah. Biar abah tahu yang Batrisyah itu bukan anak yang baik. Buruk perangai.
            “Dia fikir dia boleh berkahwin dengan anak datuk? Dia bermimpi di siang hari.” Farisya sudah bersumpah tidak akan membenarkan Batrisyah mendapat kebahagiaan. Dia mahu Batrisyah menderita!
            “Fa fikir dia akan serang kita tak bila dia tahu kita yang buruk-burukkan dia.” Syakila memandang adiknya itu tidak berkelip.
            “Dia tidak akan berani mahu serang kita, Kak Sya.”
            Batrisyah jenis mudah menyerah dan tidak melawan. Tapi orang yang banyak diam ini lebih menakutkan.
            “Akak boleh bayangkan muka Risyah di hari perkahwinan bekas tuning dia itu.” Syakila gelihati.
            “Oh! Kamu puncanya Risyah tidak berkahwin dengan Syed Ibtisyam.” Entah bila
Ku Izham berada di belakang Syakila dan Farisya.
            Muka Ku Izham membahang dengan sikap isteri dan adik iparnya. Manusia yang busuk hati. Apa lagi dosa Batrisyah pada mereka? Sanggup mereka merosakkan perhubungan Batrisyah dengan Syed Ibtisyam.
            “Abang…bila balik?” Syakila agak gugup. Ku Izham bukan seperti dahulu lagi. Suaminya itu lebih tegas padanya.
            “Elok betul perangai Sya sekarang. Hati busuk! Ingat Sya….Allah itu maha adil.” Ku Izham berlalu membawa briefcase masuk ke bilik.
            Syakila terkedu. Farisya berlagak selamba. Dia tidak akan menerima pembalasan. Batrisyah yang memang patut menerima pembalasan! Bencinya pada Batrisyah tidak pernah padam. Dia amat yakin Ashraf masih punya perasaan pada kakaknbya itu.

5 comments:

  1. hah..baru baby liyana tau..padan muka.!

    ReplyDelete
  2. cian kt risya...!!!
    baby liyana ni mmg jahat..!!

    ReplyDelete
  3. baby liyana baru sedar yg die dh silap..nsib baik die sdar, klu x sdr2 x tau la nk jdik ap..

    ReplyDelete
  4. kesian Risyah...huhuhu...
    tapi, dia memang tabah... harap Faliq mampu mengubat luka di hati Risyah..
    Yes! Ku Izham dengar dua si jahat tu bercakap.. harap lepas ni semuanya terbongkar dan dapat bersihkan nama Risyah...
    cepat sambung kak.. ^_^

    ReplyDelete
  5. x sangka ahli keluarga sendiri sanggup lukakan hati risyah...
    semoga risyah akan tabah menghadapi dugaan ini

    ReplyDelete