Tab Menu

Followers

Thursday, November 17, 2011

Takdir Cinta luka - Bab 31

BATRISYAH terbaring lemah di atas katil. Kepalanya berbalut dan begitu juga dengan beberapa anggota badannya yang lain. Batrisyah sedaya mungkin mengukir senyuman di bibir. Qais menahan sebak di dada. Batrisyah masih boleh tersenyum dan berlagak biasa sedangkan dia tahu masanya begitu singkat di saat ini.
            “Malah bukan saja kami tidak dapat mengeluarkan darah beku dalam otaknya…anggota dalaman Batrisyah juga cedera teruk. Kami sudah cuba sedaya-upaya. Dia tidak dapat bertahan lebih dari sehari.” Itu kata Dr. Rashidi yang merawat Batrisyah. Batrisyah bersyukur kepada Tuhan anak dalam kandungannya dapat diselamatkan walau tidak cukup bulan.
            “Kakak…” Qais tidak mampu bersuara. Air mata sudah mengalir laju membasahi pipinya.
            “Mengapa adik akak menangis ni…malulah akak tengok.” Usik Batrisyah lembut. Dia bangun dari pembaringannya dengan bantuan Haji Sufian.
            “Risyah…Risyah dah tahukan keadaan Risyah?” Separuh berbisik Haji Sufian pada telinga Batrisyah. Batrisyah angguk dan tersenyum. Dia yang pinta Dr. Rashidi memberitahu keadaannya. Dia menerima dengan hati yang tenang.
            “Is tidak sanggup kehilangan kakak.” Qais memeluk tubuh Batrisyah erat. Ya…ALLAH jangan kau ragut nyawa kakakku. Jangan pisahkan dia dariku. Jangan kau pisah dia dari anak dan suaminya. Aku amat menyayangi dia…
            “Is tidak kehilangan kakak…sejauh mana kakak pergi kakak akan sentiasa berada dalam hati Is.” Batrisyah mengusap-usap rambut Qais tersisir rapi itu. Dia masih ingat ketika Qais membela rambut panjang sebaik tamat SPM. Batrisyah asyik meminta adiknya itu memotong rambut panjangnya. Rimas melihat Qais berambut seperti mat rockers. Puas dipujuk rayu oleh Qais baharulah dia mengalah. Syaratnya Qais mesti potong rambut apabila sambung belajar.
            “Is…” Haji Sufian menepuk lembut bahu Qais. Qais meleraikan pelukannya. Dia pandang pada wajah tenang ayahnya itu. Haji Sufian sedang menyembunyikan perasaan sedihnya di lubuk hati. Haji Sufian redha dengan ketentuan Ilahi andai sudah tiba masanya Batrisyah dibawa pergi.
            “Doktor…Saya ada satu permintaan terakhir…” mata Batrisyah berkalih pada Dr. Rashidi yang berdiri di birai katil. Lelaki itu melirik senyuman paksa dan menganggukkan kepalanya.
            “Beritahulah saya apa permintaan terakhir Risyah. Insya-ALLAH saya akan cuba tunaikannya.”
            “Saya mahu lihat pelangi petang. Sebelum itu saya mahu melihat permata hati saya.” Balas Batrisyah. Dia memalitkan senyuman. Terasa kesakitan yang amat sangat di seluruh tubuhnya. Batrisyah cuba bertahan selagi yang termampu. Qais tidak dapat menahan rasa. Faliq perlu diberitahu akan keadaan kakaknya itu. Dia meluru keluar dari wad Batrisyah. Telefon bimbit dikeluarkan.
            Qais menekan nombor telefon bimbit Faliq. Berulang-ulang kali dia menelefon namun telefon bimbit Faliq tidak berjawab. Sudahnya Qais menekan nombor telefon rumah lelaki itu. Itu pun dia dapat dari telefon bimbit Batrisyah. Bukan niat dia mahu mengganggu majlis pertunangan Faliq tapi sekadar mahu menunaikan hajat terakhir kakaknya. Qais pasti Batrisyah ingin menemui Faliq untuk kali terakhir tanpa perlu kakaknya itu mengeluarkan bicaranya. Batrisyah pernah memberitahu, jika sampai saat dipenghujung nyawa….sebelum matanya terpejam dia berharap dapat melihat wajah satu-satunya insan yang amat dia cintai. Puas Qais menunggu akhirnya panggilannya terjawab.
            “Assalamualaikum…”
            “Sekarang kami tengah sibuk. Boleh tak you telefon hari lain!” Salam tidak berjawab Datin Seri Qistiana terus menengking. Qais menelan air liur.
            “Boleh tak datin pinjam sedikit waktu untuk saya. Saya Qais adik kepada Nur Sufi Batrisyah. Boleh saya bercakap dengan Abang Faliq sebentar.”
            “Untuk apa? Faliq akan bertunang akan hari ini. Bukankah I sudah suruh kakak you jauhi Faliq!”
            “Saya tahu Datin. Tapi kakak saya sedang sakit tenat. Bolehkah Abang Faliq bertemu dengan kakak untuk kali terakhir.” Qais merayu.
            “I tidak akan termakan dengan lakonan awak dan kakak you itu! Biarlah dia nak mati atau apa pun I tidak peduli! Kalau dia mati lagi bagus! Kakak you  itu mennyusahkan keluarga I. Sebab kakak you itu hubungan anak I dengan bakal tunang –nya porak-peranda tahu tak! Dasar perempuan sial!” Datin Seri Qistiana menghempaskan ganggang telefon. Kejam! Itu perkataan yang keluar dari bibir Qais. Beginikah sikap orang kaya.
            Tidak tahukah Datin Seri Qistiana yang kakaknya itu adalah menantunya? Jika Faliq tidak hilang ingatan segalanya telah terbongkar. Kedudukan Batrisyah sebagai isteri Faliq tidak perlu lagi dirahsiakan.
            “Siapa yang call ibu?” soal Faliq yang sedang membetulkan butang baju melayunya. Dia perasan wajah ibunya berkerut-kerut ketika bercakap di talian sebentar tadi.
            “Orang salah nombor.” Balas Datin Seri Qistiana. “Anak ibu ni masih belum bersiap. Jangan biarkan pihak perempuan tertunggu-tunggu. Tak baik sayang.” Rambut Faliq diusap dengan penuh kasih sayang.
            “Faliq rasa macam tidak sedap hatilah ibu.” Suara Faliq.
Beberapa hari ini dia asyik termimpikan seorang gadis bernama Batrisyah. Puas dia cuba menyingkirkan wajah itu. Dia ingin benar mengetahui siapa Batrisyah? Mengapa wajah manis dan ayu yang menganggu fikirannya saban hari? Gadis itu yang dilihat saat dia tersedar dari koma. Gadis yang mengalirkan air mata di hadapannya tiak dia mengatakan dia tidak mengenali gadis itu. Gadis yang diherdik dan dihalau oleh ibunya.
            “Ala…Faliq cuma rasa gementar saja tu. Sudah pergi bersiap cepat!” Faliq meng-
atur langkah longlai.
 Dia menerima pertunangan ini setelah didesak oleh ibunya. Dia tidak begitu berkenan dengan gadis bernama Dhiya itu. Gadis itu menggeletis dan selalu membuatkan dia rasa mual dengan gelagatnya. Dia lebih tenang memandang wajah gadis di dalam mimpinya itu. Batrisyah…nama itu yang diseru-seru ketika dalam tidurnya. Faliq akan mencari gadis bernama Batrisyah itu? Faliq perlukan jawapan untuk persoalan yang berda di minda.

DI sudut lain. Dhiya sedang ketawa penuh angkuh. Kemenangan di pihaknya jelas terbukti. Tiada apa yang menggembirakan hati gadis bernama Dhiya Izzati ini melainkan berita kematian Batrisyah akan sampai di cuping telinganya. Dia yakin Batrisyah tidak akan hidup lebih lama. Gadis itu pasti dalam keadaan tenat. Siapa yang berani menjadi batu pernghalang akan dihapuskan.
            Dhiya mengayakan baju pertunangan di hadapan cermin. Dhiya tersenyum bangga. Faliq akan menjadi miliknya. Pertunangan itu hanya berlangsung tidak lebih dari dua bulan. Kemudian mereka akan diijab-kabulkan. Bangganya Dhiya dapat menjadi suri kepada lelaki sekacak dan sekaya Faliq. Apa yang penting dia dapat menutup aibnya. Faliq akan menjadi bapa kepada anak yang sedang dia kandungkan itu.
            “Hahahaha… Mampuslah kau Batrisyah! Ada hati mahu mendapatkan Abang Faliq. Padan dengan muka kau kerana berani merampas Abang Faliq dari aku.” Dhiya berbicara sendiri di depan cermin.
            “Lepas ini aku tidak perlu risau pasal kandungan aku ini lagi. Faliq akan bertanggungjawab menjadi bapanya bukan Javon. Lelaki tak guna itu berani tinggalkan aku menanggung semua ini sendirian. Faliq tidak akan mengesyaki apa-apa. Rahsia ini aku akan simpan baik-baik. Javon juga tidak tahu hal ini. Mujur saja dia masih berada di negaranya.” Makin lebar senyuman di bibir Dhiya. Segala yang dirancangkan berjalan dengan lancar. Itupun atas pertolongan dari Datin Seri Qistiana.
            “Abang Faliq dengan Dhiya adalah pasangan yang sungguh cocok sekali. Tidak sabar rasanya aku menanti hari bahagia aku bersama Abang Faliq. Lihatlah kemenangan aku, di dalam kubur kau Batrisyah.” Tawa Dhiya megah.
            Pintu bilik itu terkuak. Wajah mamanya terpacul di muka pintu. Dahi Puan Sri Dahlia berkerut melihat anak gadisnya yang masih belum bersiap. Bertuah punya budak! Pihak rombongan lagi sudah dalam perjalanan dia masih berlenggang-lenggang dalam bilik.
            “Lekas bersiap! Tuty sudah ada di bawah nak make-upkan Dhiya.” Gesa Puan Sri Dahlia.
            “Sorry mama…Dhiya excited sangat!” Dhiya tersengih.
            “Ini dah mandi ke belum?”
            “Belum lagilah mama.”
            “Budak ni….” Puan Sri Dahlia menjegilkan biji matanya. Dia menolak tubuh anak gadis nya itu ke bilik air. Dhiya hanya menurut.
            “Mandi lekas!” Arah Puan Sri Dahlia.
            Apa mahu jadi dnegan anak gadis yang seorang ini. Sudah besar panjang pun manjanya masih macam anak kecil. Puan Sri Dahlia berharap benar Faliq mampu mengawal Dhiya. Faliq seorang lelaki yang berfikiran matang dan bijak. Suaminya juga memandang tinggi kewibawaan Faliq dalam menguruskan perniagaan arwah ayahnya.

“IB!” Baby Liyana menjerit dari ruang tamu.
            Syed Ibtisyam yang sedang berbaring di dalam bilik itu bergegas turun tangga mendapatkan isterinya. Dia lihat Baby Liyana berwajah suram. Air mata isterinya itu bergenang.
            “Apa yang berlaku?”
            “Batrisyah Ib…”
            “Kenapa dengan Batrisyah?” Jantung Syed Ibtisyam berdengup kencang.
            “Batrisyah ditimpa kemalangan.” Baby Liyana memandang wajah suami dengan air mata yang mula membasahi pipinya. Batrisyah kemalangan setelah bertemu dengan mereka semalam. Orang yang menghubungi Baby Liyana adalah Qais.
            “You bersiap sekarang Yana.”
            Baby Liyana menganggukkan kepalanya. Syed Ibtisyam mencapai telefon bimbitnya yang terletak di atas meja tamu. Namun telefon bimbit Faliq dicari. Lelaki itu perlu dihubungi berhubung dengan kemalangan yang menimpa Batrisyah.
            Tiada deringan berbunyi hanya pesanan ringkas yang kedengaran. Faliq menutup telefonnya. Syed Ibtisyam mengetap bibir. Dia lupa yang hari ini Faliq akan bertunang dengan Dhiya. Segalanya telah dikawal rapi oleh ibu Faliq. Pastinya wanita angkuh itu yang menutup telefon Faliq.
            Datin Seri Qistiana sememangnya tekad mahu memisahkan Faliq dan Batrisyah! Masakan wanita itu mahu Faliq bersama Batrisyah untuk hidup bahagia. Percintaan Batrisyah tidak habis-habis diduga. Ini semua dari kesilapannya. Masa tidak akan dapat diulang semula. Segalanya telah tersurat. 

3 comments:

  1. pagi2 baca citer sedey
    aaaa khen dah nangesss
    ciannyer batrisyah uwaaaaa

    ReplyDelete
  2. alah sedihnya...
    kesiannya kat risyah...
    faliq cepatlah sedar...

    ReplyDelete