Tab Menu

Followers

Saturday, November 19, 2011

Takdir Cinta luka - Bab 36

TERSENYUM Faliq melihat kebahagiaan yang dikecapi oleh Syed Ibtisyam dan Baby Liyana kini. Dia menghirup perlahan Nescafe yang dihidangkan oleh Baby Liyana. Matanya terarah pada perut Baby Liyana yang sudah membesar itu. Sekiranya Batrisyah masih bernafas pastinya mereka sudah memiliki lebih dari seorang cahaya mata. Cinta mereka hanya dipertengahan jalan. Faliq menahan sendu di hati bila mengingati isterinya. Batrisyah sudah pergi mengadap Ilahi meninggala dia dan Imanina. Perginya Batrisyah tidak akan kembali. Perginya Batrisyah membawa cinta yang terluka.
            Mereka-mereka yang memisahkan cinta antara dia dan Batrisyah telah menerima pembalasan yang setimpal. Faliq tidak ketawa atau bersorak dengan musibah yang menimpa ibu, Dhiya, Tan Sri Halim dan Puan Sri Dahlia. Tan Sri Halim dan Puan Sri Dahlia ditimpa kemalangan. Tan Sri Halim tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Namun… tidak kepada Puan Sri Dahlia. Wanita itu hidup bergantung kepada mesin hayat dan tidak tahu bila saluran nafas itu akan diputuskan oleh doktor.
 Ibunya pula lumpuh separuh badan. Ibu hanya duduk di atas kerusi roda. Teman-teman ibu yang dibanggakan sebelum ini meninggalkan ibu satu-persatu. Takut dengan keadaan ibu. Itukah kawan-kawan yang ibunya banggakan selama ini? Buruk baiknya Faliq tidak membuangkan ibunya. Dia tetap melayan ibunya dengan penuh kasih dan sayang tidak berbelah pagi. Faliq juga meminta Kak Nona bekerja semula di rumah agamnya. Dia mahu Kak Nona menjaga ibunya bila ketiadaaan dia. Imanina pula sering-kali ditinggalkan bersama pengasuh Puan Suria.
            Dhiya…gadis itu tidak menarik kata yang dijanjikan kepada Faliq. Dhiya menanti Faliq dengan pakaian ketika majlis pernikahan yang tidak jadi itu. Gadis itu berkurung di dalam bilik dan mengelar kedua belah pergelangan tangannya. Dhiya mengalami kehilangan darah yang banyak. Dhiya menghembuskan nafas terakhir sebelum sempat sampai di hospital. Tan Sri Halim menjadi sasau kehilangan satu-satunya anak tunggal kesayangannya itu. Nyaris saja senapang patahnya meletupkan kepala Javon jika tidak dihalang oleh Faliq. Faliq bersimpati atas kematian Dhiya yang tragik sekali.
“Bila due?” tanya Faliq lembut. Baby Liyana duduk di sisi suaminya. Syed Ibtisyam erat menggenggam jemari isterinya. Mereka saling berbalas senyuman.
“Lebih kurang sebulan dua lagi. Kalau dapat baby girl kami nak letak nama Nur Sufi Batrisyah. Jika baby boy kami letak nama Faliq Imtiyaz.” Balas Syed Ibtisyam. Senyuman terpalit di bibir Faliq.
“Sampai bila you mahu menduda, Faliq? Imanina perluka seorang ibu.” Baby Liyana mencelah. Sampai bila Faliq mahu bersendirian begini. Faliq perlukan seorang suri untuk melengkapkan kehidupannya yang kosong itu. Batrisyah sudah tiada. Faliq perlu meneruskan kehidupannya.
“I tengah tunggu Risyah.”
“Faliq!” Jerit Syed Ibtisyam. Kerap benar nama Batrisyah lahir dari bibir Faliq kebelakangan ini. Faliq tertawa kecil. Dia menepuk-nepuk bahu Syed Ibtisyam namun tiada siapa tahu apa yang terkandung dalam isi hatinya. Faliq sentiasa tenang dan bersahaja. Ada juga Syed Ibtisyam memperkenalkan teman-temannya kepada Faliq. Faliq menolak secara sopan. Katanya… hati dia tidak terbuka lagi untuk mana-mana gadis ketika ini. Dia tidak mungkin mencari pengganti Batrisyah. Syed Ibtisyam tidak mahu mendesak.
“Faliq…mula-mula I lihat keadaan you I amat risaukan you. Kematian Risyah berikan you tamparan yang hebat. Bila lihat keadaan you sekarang…I rasa lega. I tahu you amat mencintai Risyah. Cinta I tidak kurang hebatnya seperti cinta you pada Risyah. Tapi I akur dalam hati Risyah hanya terpahat nama you.” Syed Ibtisyam mengerling Baby Liyana. Isterinya itu amat memahaminya bila dia berterus-terang begitu.
“Terima kasih kerana mengambil berat tentang I. I tidak apa-apa. I senang bersendirian Ib. Pusara cinta I bersama Batrisyah. Ib…Yana…I doakan kebahagiaan you sepertimana Risyah mendoakan you berdua. Kamu mesti saling menjaga antara satu sama lain. I harap you dapat kembar sepasang. Nama I dan Risyah akan disemadikan pada nama anak you. Untuk you berdua mengingati I bila I tiada nanti.”
“You bercakap macam you nak pergi jauh.”
“Memang I nak pergi Jauh. Pergi tidak kembali.” Syed Ibtisyam dan Baby Liyana terpana. Tutur kata Faliq begitu tenang dan seakan benar-benar dia akan ingin meninggalkan mereka. Faliq pecah ketawa bila melihat reaksi terkejut Syed Ibtisyam dan Baby Liyana.
“Faliq…jangan main-main okay. You menakutkan I dan Ib.” Marah Baby Liyana.
“Seronok sesekali menyakat you dan Ib. Lepas ini mana tahu I tidak dapat menyakat you berdua lagi.”
“Faliq…” jegil mata Syed Ibtisyam. Aneh dengan sikap Faliq hari ini.
“Ibu you apa khabar?” Baby Liyana mengubah tajuk perbualan. Dengarnya Datin Seri Qistiana tidak gah seperti dulu. Acapkali keluar masuk hospital akibat kesihatannya yang kian terjejas sejak ditimpa musibah itu. Wanita itu tidak sudah-sudah menunjukkan pernyesalannya atas kematian Batrisyah. Bila nama Batrisyah disebut pastinya wanita itu akan mengalirkan air mata tanpa henti. Penyesalan tidak berpenghujung.
“Alhamdulillah…setakat ini adalah perkembangan sikit. Dia sudah menggerakkan tubuhnya. Itupun atas usaha Kak Nona yang cuba berubat cara kampung.”
“You anak yang baik Faliq. Apa yang ibu you buat pad you, you boleh memaafkannya. Tapi kalau I berada di tempat you belum pasti I akan memaafkan perbuatan dia yang kejam itu.”
“I bukan manusia sempurna, Yana. Rasa marah dan terkilan itu ada di hati I. Tapi I tidak mahu jadi sekejam ibu. Sebagai seorang anak I perlu jalankan tanggungjawab I pada ibu I. Dia yang menlahirkan I dan mendidik I sehingga I dewasa.”
“Ada masa nanti I dan Ib akan melawat ibu you. I juga tidak lari dari membuat kesalahan. Bezanya Tuhan cepat menyedarkan kesalahan I. I juga kejam pada arwah Batrisyah.” Baby Liyana tunduk sayu. Sebutir air matanya menitis. Syed Ibtisyam memaut bahu Baby Liyana erat. Takdir mempertemukan mereka takdir juga memisahkan cinta antara mereka. Begitu jua dengan cinta Faliq terhadap Batrisyah.

“FALIQ…Maafkan ibu.” Datin Seri Qistiana mengusap-usap wajah anak lelaki tunggalnya itu. Hanya tangan kanannya itu yang dapat digerak-gerakkan. Air mata bertakung pada kelopak mata Datin Seri Qistiana yang selama ini ego dan angkuh dengan kedudukan yang dia miliki. Kini keangkuhan dan keegoaan itu hilang sama sekali. Datin Seri Qistiana terlantar di atas kerusi roda seumur hidupnya.
            “Ibu sudah makan. Kalau belum Faliq suruh Kak Nona sediakan bubur untuk ibu.” Faliq mengubah topik perbualan. Bibirnya mengukir senyuman. Dikucup pipi ibunya seperti selalu. Faliq sudah bersiap-siap untuk ke pejabat. Air mata Datin Seri Qistiana gugur membasahi pipi tuanya. Mengingati perbuatan lalu dia sungguh kesal. Dia membunuh cinta anaknya. Dia yang hancurkan kebahagiaan Faliq bukan Batrisyah. Dia tidak pernah membiarkan Faliq menentukan masa depannya sendiri. Ibu apakan dia ini.
            “Faliq….” Faliq tidak pernah mengatakan dia memaafkan ibunya ini. Bila diucapkan kata maaf itu Faliq akan mendiamkan diri. Faliq hanya tersenyum dan mencium pipinya lembut.
            “Semua orang ada buat silap ibu. Faliq juga tidak lari dari buat silap ibu. Faliq tidak membenci ibu. Batrisyah juga tidak membenci ibu. Kadang-kala kita lupa asal usul kita ibu. Kita lupa yang kita juga pernah bersusah payah untuk menjadi senang seperti sekarang ini. Kemewahan mengaburi mata kita. Kita lupa untuk bersujud tanda syukur kepada DIA.” Faliq genggam erat jari-jemari ibunya. Datin Seri Qistiana mengangkat wajahnya. Dia tidak menafikan kata-kata Faliq itu. Bila jadi begini baru menyesal. Baru ingin mengingati Tuhan. Inilah lumrah kehidupan hambaNYA yang dipanggil manusia.
            “Ada…ada…adakah… Faliq sudah…me…memaafkan ibu…” tersekat-sekat bicara Datin Seri Qistiana.
            “Faliq yang ingin meminta maaf pada ibu dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum Faliq selama ini. Faliq tetap sayangkan ibu. Ibu mesti jaga diri ibu baik-baik. Faliq sayangkan ibu dan Imanina.” Faliq memeluk erat Datin Seri Qistiana. Bertalu-talu dia mengucup pipi ibunya itu. Lain yang ditanya lain yang dijawab. Hati Datin Seri Qistiana rasa lega sedikit. Bicara Faliq tidak lagi sepatah dua kata seperti sebelum ini.
            “Ibu sayangkan Faliq. Ibu juga sayang cucu ibu, Imanina.” Wajah comel Imanina saling tidak tumpah seperti ibunya.
            “Faliq perlu ke pejabat sekarang. Ibu jaga diri baik-baik bila Faliq tiada nanti. Jangan lupa makan ubat dan ikut nasihat doktor. Jaga diri baik-baik ibu. Kak Nona jaga ibu Faliq baik-baik. Assalamualaikum….” Kucupan terakhir pada pipi ibunya.
Kemudian dia segera mendapat si comelnya. Bertalu-talu Faliq mengucup wajah anaknya. Si comel itu tidak berkelip merenung wajah ayahnya. Wajah Faliq berseri-seri. Aneh sekali Faliq hari ini. Terasa debaran di hati Datin Seri Qistiana. Kak Nona juga perasan dengan perubahan lelaki itu. Berlainan dari hari-hari sebelum ini. Senyuman tidak lekang dari bibir Faliq.
Faliq menyerahkan semula Imanina kepada Kak Nona. Sekali lagi dia mengucup pipi montel Imanina. Imanina tidak akan lokek dengan kasih sayang. Adakalanya Faliq akan membawa Imanina pulang ke kampung melawat ayah mertuanya, Haji Sufian. Jika tidak Faliq maka Qais akan membawa Imanina bersamanya begitu jua dengan Syakila dan Farisya. Mereka akan bergilir-gilir menjaga permata hati Faliq dan Batrisyah itu.
            Farisya…adik ipar itu sedang berusaha memulihkan hubungannya dengan Ashraf. Farisya cuba menjadi seorang isteri yang terbaik buat Ashraf. Dia mahu membalas pengorbanan arwah kakaknya. Faliq tahu rasa sesal masih bersisa di hati Farisya.
            “Dia nampak ceria hari ini Nona?”
            “Syukurlah Datin…Faliq sudah kembali kepada diri Faliq yang dulu.”
            Air mata mengalir tanpa dipinta. Datin Seri Qistiana seolah-olah merasakan Faliq akan meninggalkan dia. Ciuman Faliq tadi seakan ciuman yang terakhir dari anak untuk ibunya. Masih terasa kehangatan pelukan Faliq.
            “Datin…mengapa ni?” soal Kak Nona lembut. Dia menolak kerusi roda Datin Seri Qistiana masuk ke dalam biliknya setelah Imanina tidur.
            “Saya rasa seperti Faliq mahu tinggalkan kita Nona.”
            “Jangan fikir yang bukan-bukanlah datin. Faliq hanya ke pejabat. Dia tidak akan tinggalkan Datin Seri dan Imanina.”  Kak Nona memapah Datin Seri Qistiana baring di atas katilnya. “Faliq sayangkan Datin Seri. Dia tidak akan tinggalkan Datin Seri.” Ulang Kak Nona lagi.
            “Entahlah Nona. Melihat bayangan belakang Faliq seakan melihat itu bayangan terakhir Faliq di mata saya. Apa pun saya tetap medoakan kebahagiaan Faliq di dunia dan di akhirat. Faliq anak yang baik.” Hati Datin Seri Qistiana semakin sayu. Dia memaut erat jemari Kak Nona. Datin Seri Qistiana memejamkan matanya. Ibu sudah memaafkan Faliq seperti mana Faliq memaafkan ibu. Bisiknya di dalam hati.

FALIQ tampak lebih tenang dari sebelumnya. Senyuman kian mekar di bibirnya. Tiada lagi wajah kusam yang sering termenung dan menangis. Satu perkara yang aneh bagi pekerja-pekerja dalam syarikat tersebut. Farah turut merasai keanehan Faliq. Secawan kopi o panas diletakkan pada meja Faliq.
            “Encik Faliq…you okay?” soal Farah lembut. “You lain benar hari ini. Senyuman memanjang saja I lihat. You tak sihatkah?” Farah tahu Faliq bersedih dengan kematian Batrisyah. Satu tamparan yang hebat untuk lelaki itu. Yang pergi tidak akan kembali. Jika Faliq sudah pulih dari belenggu kesedihan itu Farah bersyukur.
            “I sihatlah Farah. I tidak apa-apa.” Balas Faliq. “Terima kasih kerana begitu prihatin pada I.”
            “You’re my boss. Boss yang baik dan paling I senangi. Of course I risaukan you sebab you yang bayar gaji I. Kalau you sakit company tutup. I lost my job.” Farah berseloroh. Faliq ketawa kecil.
            “I’m fine, Farah.”
            “Okaylah. I must going back to do my job. And don’t forget about the meeting this morning at 11.00 am.”
            “I dah set dalam otak I Farah. I akan uruskan semuanya sebelum I pejam mata.”
            “Encik Faliqqqqqq…” Farah separuh menjerit. “Don’t talk like that.”
            “I bergurau saja.” Faliq tertawa. Merah muka Farah menahan marah. Melihat wajah Farah, terbayang wajah Batrisyah pada wajah Farah. Batrisyah…aku amat merindui mu.
            “I tahu you sayangkan dia.” Suara Farah perlahan. “I rasa dia juga tidak mahu lihat you asyik bersedih Encik Faliq. Tuhan lebih sayangkan dia. You kena redha Encik Faliq. Fikirkan tentang anak you.”
            “Terima kasih sekali lagi Farah. I mohon maaf kerana banyak menyusahkan you selama ini. I harap you akan terus berkhidmat di sini walaupun bukan I menerajuinya kelak.”
            “Selagi khidmat I diperlukan selagi itu I akan berkhidmat di sini. I keluar dulu Encik Faliq.” Farah menutup pintu bilik Faliq.                                              
            Faliq bingkas bangun dari kerusinya. Diari Batrisyah sentiasa berada bersama tidak kira jua di mana dia berada. Segala isi kandungan yang dibaca dalam diari itu sudah sampai ke penghujungnya. Faliq tersenyum.

TAMAT mesyuarat, Faliq melangkah masuk ke dalam biliknya. Dia bersandar pada kerusi eksklusifnya sambil memandang ke arah tirai jendela yang terbuka. Faliq ingin berehat dan tidak mahukan gangguan dari sesiapa ketika ini. Dia memberikan pesanan itu
kepada setiausahanya Farah. Faliq memeluk erat diari Batrisyah. Saat itu dia terbayang wajah wanita kesayangannya itu. Seakan bayang Batrisyah berada depan matanya.
            “Risyah…I always love you.” Bisik hati Faliq. Faliq memejamkan matanya. Berkatalah hati dalam suara yang bisu. Tentang sebuah cinta yang kehilangan sayang. Tentang sebuah janji sakti yang telah mati. Siapalah kita untuk tidak menangis. Meratap jenazah cinta kasih sayang yang diusung ke taman kemboja itu. Semadi abadi tanpa nisan. Salam akhir ini memang lewat dititip. Apa kiranya cukupkah untuk menebus cinta kasih sayang yang digadai…..
            “Farah boss you ada di dalam?” soal Syed Ibtisyam kepada setiausaha comel Faliq. Gadis itu melirik senyuman di bibir. Syed Ibtisyam munculnya selalu mengejutkan.
            “Ada. Lepas habis meeting tadi dia terus memerap dalam bilik pejabatnya. I rasa pelik dengan Encik Faliq hari ini. Dia tidak banyak bercakap dan hanya tersenyum. Yang peliknya habis satu pejabat dia pohon maaf jika dia ada terkasar kata dan bahasa dengan kami.” Balas Farah. Syed Ibtisyam kerutkan dahi. Memang aneh! Sejak pemergian Batrisyah, temannya itu memang tidak banyak bercakap. Tapi beberapa hari lepas rancak Faliq berbual dan bertepuk tampar dengannya. Keceriaan yang pudar itu kembali menyatu. Persahabatan yang hampir putus kembali terjalin.
            “Tidak mengapalah. I pergi jenguk dia kejap. Lagipun nak dekat time lunch hour ni. I mahu ajak dia keluar.”
            “Eloklah tu.” Balas Farah.
            Syed Ibtisyam mengatur langkah ke bilik pejabat Faliq. Dia mengetuk pintu bilik itu. Beberapa kali diketuk tiada sahutan dari dalam. Syed Ibtisyam diburu kegusaran. Farah mengatakan tadi Faliq tidak langsung keluar dari biliknya. Syed Ibtisyam memulas cembul pintu. Tidak berkunci. Dia terus melangkah masuk.
            “Faliq…are you okay. I nak ajak you lunch bersama I.” Senyap. Kerusi eksklusif itu membelakangi Syed Ibtisyam. Faliq memang berada di atas kerusinya.
            “Faliq…” panggil Syed Ibtisyam lagi. Tiada sahutan. Syed Ibtisyam kerut dahi. Dia atur langkah merapati Faliq yang masih duduk menghadap jendela itu. Dia tepuk lembut bahu Faliq.
            “Faliq…I’m calling you…why you…” kata-kata Syed Ibtisyam terhenti. Wajahnya berubah. Faliq bersandar dengan mata terpejam rapat. Wajah temannya itu tenang dan ada senyuman terpalit di bibirnya. Diari Batrisyah tersisip kemas di tangannya. Syed Ibtisyam merasa nadi di pergelangan tangan Faliq.

            Inalillahi wainailaihi roji'un…” bisik Syed Ibtisyam perlahan. Faliq sudah tiada. Benar kata Faliq. Pusara cintanya bersama Batrisyah. 

8 comments:

  1. faliq meninggal sbb apa?? tiba2 je ker?? teertanya2 jugak nii..

    ReplyDelete
  2. sad ending..nak nangis kjap...sob sob....sdih sangt hero dan heroin mati.... :(

    ReplyDelete
  3. sedihnyer..btul la kate writer, ending cter ni sdih..tajuk takdir cinta luka mmg sesuai tuk novel ni..

    ReplyDelete
  4. SANGAT SEDIH...ilya saya tak boleh tahan air mata baca cerita ni...huhu sib bek kat off lunch time xder org.. sob..sob..sob..

    ReplyDelete
  5. Akhirnya Datin Qistina insaf juga
    Faliq memang orang yang setia..

    ReplyDelete