Tab Menu

Followers

Monday, November 14, 2011

Takdir Cinta luka - Bab 23


"INI ke perempuan yang buat Abang Faliq lupakan I?" Gadis itu pandang Batrisyah atas bawah. Batrisyah mengerutkan dahi. Dia tidak kenal akan gadis itu. Gadis itu lagaknya macam anak orang berada. Pastinya gadis cantik itu ada kaitan dengan Faliq.
            "Dialah perempuan yang Abang Faliq tergila-gilakan itu, Dhiya. Pleaselah geli I melihatnya. Pakai baju kurung begini. Takder class langsung.” Teman gadis itu menyampuk. Gadis cantik itu menjuihkan bibirnya menunjukkan rasa meluatnya dengan Batrisyah.     
"Agaknya dia sudah guna-gunakan Abang Faliq. Orang kampung ni suka berjumpa bomoh-bomoh Dhiya." Teman gadis cantik itu menyucuk.
Berdesing Batrisyah mendengarnya. Ikut sedap mulut saja menuduh dia begitu. Tiada mananya dia bomohkan Abang Faliq. Dia tahu hukum Islam.
            "You patut sedar diri cikkk…cikkkk..cikkk…"
            "Panggil saya Batrisyah." Batrisyah memperkenalkan dirinya.
            "Oh! Nama you Batrisyah. Nama orang kampung.” Gadis cantik itu dan temannya ketawa. “I introduce myself…I’m Dhiya Izzati. Don’t forget it. Batrisyah…you patut sedar diri you. You tidak layak bersama Abang Faliq. Cermin muka you dulu sebelum you nak berlagak berada di samping Abang Faliq. I yang sewajar berada di sisi dia. I kenal Abang Faliq dari kecil. Abang Faliq sayangkan I dan I sayangkan dia. kami dah bertunang dari kecil atas persetujuan dari family masing-masing. Jangan rampas kebahagiaan I dan Abang Faliq. Lebih baik you lupakan Abang Faliq." Tergedik-gedik lagak gadis bernama Dhiya itu. Bercakap pun ada loghat orang putih.
            "Betul tu. I masak benar perangai perempuan macam you ini. Pisau cukur. Pantang nampak lelaki berharta sikit. You jangan perasanlah Abang Faliq sukakan perempuan kampung macam you ini." Tambah teman kepada Dhiya.
            " Jangan merendah-rendah maruah perempuan kampung seperti saya. Saya pun ada harga diri! Saya tidak memaksa Faliq mencintai saya! Saya tidak memaksa Faliq meninggalkan awak! Atau pun melupakan awak! Sebelum awak menghukum saya dengan kata-kata awak itu lebih baik awak tanya pada Faliq dahulu." Batrisyah membalas setelah lama membisu. Mahu saja dia cakap. ‘Saya isteri Faliq yang sah!’
            “You jangan nak berlagak baiklah. You memang suka melayan jantan untuk kesenangan you so you perangkap Abang Faliq.” Dhiya memperlekehkan Batrisyah.
“Jangan menuduh saya tanpa usul periksa. Sebab saya orang kampung…awak dilahirkan di bandar dan berasal dari keluarga kaya-raya…awak boleh menghina saya.
Apa awak ingat orang susah macam saya hanya tahu mengkikis lelaki berharta. Saya ada pendidikan. Saya ada ajaran agama. Sebelum awak kritik saya…awak tengok diri awak dulu sama ada awak itu sudah betul atau tidak!” Tukas Batrisyah.
            "Kurang ajar punya perempuan!" Jari telunjuk Dhiya digoyang-goyang ke muka Batrisyah.
            “Siapa yang berkurang ajar dengan siapa!” Bidas Batrisyah. Dia membulatkan matanya. Angkuh benar gadis itu. Langsung tiada rasa hormat. Mulut comel tapi cabul.
            “Eiii…I benci dengan you tahu!” Dhiya mula mengedik. Sikapnya menarik perhatian orang di sekeliling.
            “Dhiya!” Suara Faliq bergema. Muka Faliq yang serius menakutkan Dhiya.
            Faliq menarik Batrisyah ke pangkuannya. Dia tidak menduga Dhiya akan mencari dan menyerang isterinya itu. Sikap Dhiya buat Faliq tidak selesa. Majanya macam budak-budak. Ini perempuan yang ibu suka sangat sampai mahu dijadikan isteri dia.
            “Faliq…bakal isteri awak serang saya dan tuduh saya rampas awak dari saya. Comel bakal isteri awak ni. Bertunang dari kecil lagi.” Batrisyah merenung Faliq tajam.
            Faliq tahu Batrisyah sedang hangat. Suhu kepanasan tengah naik.
            “Bila sudah bertukar jadi nama abang ke Faliq ni? Abang tak pernah bertunang dengan dia. Risyah jangan dok fikir yang mengarut. Ini adik abang saja.” Faliq memaut lembut bahu Batrisyah. Dia tidak mempedulikan Dhiya yang bersama teman-temannya itu. Apa yang penting sekarang adalah isterinya.
            “Adik begini comel pun abang tak berminat?” Gerutu Batrisyah.
            Faliq menggelengkan kepala. Batrisyah cemburu?
            “Isteri abang ni lagi cun. Lagipun abang tak berminat dengan budak kecil.”
            Isteri? Dhiya tergamam. Batrisyah isteri Faliq. Bila Faliq berkahwin? Apa ni? Faliq mesti sedang berlakon dengan perempuan itu.
            “Risyah nak baliklah. Risyah tak selera nak makan nasi nasi ayam dah.” Desis Batrisyah. Mukanya monyok.
            “Risyah…” Faliq memujuk lembut. Batrisyah sudah bermasam muka.
            “Abang Faliq!” Dhiya suadah merengek.
            “Bakal tunang awak sudah memanggil tu. Saya balik sendiri.” Batrisyah memuncungkan bibirnya. Dia menepis tangan Faliq. Hatinya sedang panas dengan gelagat Dhiya yang manja dan menyerang dia secara melulu berdekatan tempat kerjanya itu. Tambahan pula mengaku sudah bertunang dari kecil.
            Faliq menepuk dahi. Ini pertama kali Batrisyah merajuk dengan dia.  Dia mengerling Dhiya. Di mana Dhiya tahu tentang Batrisyah? Ini mesti kerja ibunya.
           
BATRISYAH dilihat sedang duduk santai menonton di televisyen. Wajahnya masih suram dan masih dingin dengan Faliq. Faliq merapati isterinya itu. Dia melabuhkan punggung di sisi Batrisyah. Tali lehernya dilonggarkan. Batrisyah tidak melayannya seperti biasa membawakan dia segelas air. Agaknya tudung saji di dapur pun tiada isinya. Apalah nasib. Si isteri merajuk.
            Faliq mengusap-usap rambut isterinya. Dia tahu Batrisyah sedang marah fasal Dhiya. Puas dia memarahi Dhiya tadi. Dhiya pasti akan mengadu kepada ibunya. Dia tidak kisah dengan aduan Dhiya. Apa yang dia risaukan adalah emosi Batrisyah. Tambahan pula isterinya itu sedang berbadan dua. Itu berita gembira yang disampaikan oleh Batrisyah tadi. Panik dia apabila diberitahu Batrisyah pengsan dan berada di klinik. Dia hamper lari dari mesyuarat penting kerana Batrisyah. Namun Batrisyah melarang dan mengatakan dia dalam keadaan baik. Dia mahu Faliq membawanya makan Nasi Ayam. Tekaknya teringin mahu makan.
            “Risyah…”
            “Abang tak pernah cerita pun pada Risyah, abang ada tunang masa kecil?” Risyah mencebik.
            Faliq hanya tersenyum-senyum. Batrisyah sudah pandai cemburu. Satu perkembangan yang baik.
            “Tiada maknanya sayang setakat main tunang kecil-kecil ni. Abang tak suka budak tak matang macam Dhiya tu?” Sengaja Faliq memuncungkan bibirnya
            “Habis yang baran macam Risyah abang suka pulak?” Batrisyah menjeling suaminya. Dia makin menyenangi Faliq sejak mereka hidup sebagai suami isteri. Faliq
mungkin bukan lelaki yang begitu romantis tetapi kesederhaanlelaki itu yang dia senangi. Adakalanya sikap yang suka menyakat itu menghiburkan hati.
            “Seribu kali abang suka. Dan abang suka sangat sebab dapat hadiah paling berharga dari sayang.” Syakir memicit hidung Batrisyah.
            “Risyah mahu ada ramai anak. Risyah takkan sunyi kalau abang bekerja di luar nanti.”
            “Larat ke nak menjaga anak banyak ni? Jangan merungut sudah.”
            Batrisyah mengetap bibir. Lengan Faliq dicubit. Faliq menjerit kecil. Bukan main lagi kuat ketam Batrisyah.
            “Abang…Risyah berharap sangat ibu abang akan terima Risyah kelak. Dia tentu akan marah apabila dia tahu kita berkahwin tanpa pengetahuan dia.” Itu yang Batrisyah inginkan. Hatinya dipagut jua rasa bersalah kerana tanpa restu ibu Faliq.
            “Insya-ALLAH…Abang tiada niat mahu membelakangi ibu. Ibu abang itu lain sikit. Segala kemahuan dia perlu dituruti tanpa bantahan malah dia sanggup merosakkan segalanya tanpa ada rasa belas kasihan. Hati ibu hati kering. Itu sebab abang membuat keputusan mengahwini Risyah secara senyap-senyap. Itu tidak bermaksud abang tidak sayangkan dia, Risyah.” Suara Faliq agak rendah.
            Batrisyah memaut jemari suaminya.
            “Apa jua yang berlaku nanti, Risyah tetap mencintai abang dan hanya abang ada di hati Risyah walau Risyah menutup mata dulu dari abang.”
            “Risyah! Jangan cakap begitu dengan abang. Abang tidak sanggup kehilangan Risyah dan anak kita yang bakal lahir ini.” Faliq menarik Batrisyah ke dalam pelukannya. Hatinya sentiasa berdoa agar jodohnya bersama Batrisyah berkekalan hingga ke akhirat. 

7 comments:

  1. huhu..kacau betul la si gedik tuh..

    ReplyDelete
  2. cian kt risya...
    dhiya ni mmg laa...mama faliq pun stu hal...
    isshh...

    ReplyDelete
  3. huhh .... apa lah nasip risyah neh .... asyik problem mcm tak logik dah cite neh .... sudah lah almost all adik beradik dia tak suke - Ib yg bersusah payah nak dpt kn risyah juga bebenci gitu juga best friend dia lisa .... huh ... terlebih sudah derita si risyah neh -
    mcm dah terlalu ramai yg tak suke risyah ... entah sampai bab berapa bau habis derita ni? asyik problem je!!! :(

    ReplyDelete
  4. Alhamdullilah...Risyah dah mengandung.. happy tengok Risyah dengan Faliq.. suka sangat...

    boleh tak kak Ilya saya nak buat permintaan? jangan buat diorang mati boleh?? tetiba rasa sedih..

    p/s: kalau kak Ilya dah draf dan rancang jalan ceritanya tak apalah.. saya tetap sokong dan follow cerita ni.. ^_^

    ReplyDelete
  5. Kakak dan adik dia saja tak suka tp abah dan adik Qais okay, Papa dan Mama Ib okay, Tajuknya pun dah faham dan kesudahan pun sudah tahu so...tunggu saja

    ReplyDelete
  6. so sweet...
    hmmm..dah nak bertambah ahli keluarga
    tapi kesian kat risyah...dhiya serang kat tempat kerja...kena tak tampar je dhiya tu...nama je ada pelajaran tapi otak letak kat lutut....geram...geram

    ReplyDelete