DHIYA IZZATI menghentak-hentak kaki apabila mendapat tahu ada perempuan lain telah bertakhta di hati Faliq. Dhiya tidak dapat menerima. Dhiya rasa tercabar bila Faliq berterus-terang tidak mencintainya. Hebat sangatkah gadis itu sampai Faliq tidak memandang ke arahnya. Hal itu Dhiya adukan kepada Datin Seri Qistiana. Dhiya yakin Datin Seri Qistiana akan menyelebahinya. Wanita itu memang mahu menjodohkan mereka berdua. Faliq adalah lelaki yang dia sukai dari kecil. Dia sudah berangan-angan ingin menjadi isteri Faliq. Tiada perempuan lain yang boleh merampas Faliq darinya.
Datin Seri Qistiana memujuk lembut. Dia sendiri tidak mengetahui Faliq mempunyai pilihan sendiri. Dia fikirkan keceriaan anak lelaki tunggalnya adalah perkara biasa tetapi ada undang di sebalik batu. Datin Seri Qistiana tersilap. Sakit juga hatinya bila Faliq merahsiakan dari dia, ibunya sendiri. Apakah Faliq sudah berani mahu melawan kata? Masa depan Faliq adalah di dalam tangannya. Datin Seri Qistiana mengetap bibir.
“Auntie tak tahu siapa gadis itu? Faliq tidak pernah bercerita pada auntie, Dhiya.” lantang Datin Seri Qistiana berbicara. Dalam hatinya panas membahang. Faliq perlu diajar agar mengerti yang dia tidak boleh melanggar peraturan keluarga. Sejak kecil dia sudah mengasuh Faliq dengan displin yang ketat. Berkali-kali Datin Seri Qistiana mengingatkan Faliq yang dia akan dijodohkan dengan Dhiya. Faliq sama sekali tidak boleh membantah kehendaknya.
“Dhiya tidak boleh terima auntie. Dhiya tidak boleh terima Abang Faliq sudah melupai Dhiya. Sebelum ini Abang Faliq tidak pernah dingin dengan Dhiya.” Dhiya teresak-esak kecil. Cuba mengambil perhatian Datin Seri Qistiana. Wanita itu lebih sayangkan dia dari anaknya, Faliq. Tentu saja wanita itu akan menuruti kata-katanya.
“Dhiya jangan bimbang. Faliq tetap akan kahwin dengan Dhiya. Auntie akan pastikan gadis itu tidak akan dapat Faliq.” Datin Seri Qistiana mengusap-usap belakang Dhiya. Dia akan bertanya pada Faliq sendiri tentang gadis tersebut. Dia tidak perlu mendesak. Akan diaturkan rancangan dengan teliti. Faliq dengan perempuan itu tidak akan mungkin bersama. Langkah mayatnya dulu jika Faliq mahu mengahwini perempuan tersebut.
“Dhiya akan mati jika Dhiya tidak dapat berkahwin dengan Abang Faliq. Dhiya
sangat cintakan Abang Faliq.” Dhiya mempengaruhi Datin Seri Qsitiana.
“Apa yang Dhiya nak bimbangkan. Faliq akan tetap mejadi milik Dhiya. Faliq hanya akan ikut cakap auntie. Faliq tidak akan berani membantah, Dhiya.” Datin Seri Qistiana mengusap-usap lembut wajah Dhiya. Apa yang Faliq lakukan pada Dhiya tidak dapat dimaafkan. Kebebasaan diberikan tapi balasan ini yang anak lelakinya itu berikan.
Dhiya memeluk Datin Seri Qistiana. Hatinya berbunga. Pisahkan Faliq dari perempuan itu. Dia tidak rela melihat perempuan lain mendampingi dan bermesraan dengan Faliq. Faliq akan menjadi haknya. Faliq perlu menjadi bapa benih yang sedang membesarkan di rahimnya itu. Dia tidak mahu rahsianya terbongkar. Faliq sahaja harapan untuk dia menutup aibnya ini.
Hidup bebas di luar negara membuatkan Dhiya lupa pada batasan. Pergaulannya dengan lelaki hingga ke tahap bilik tidur. Pasangan Dhiya silih-berganti hinggalah dia bertemu dengan Jovan seorang lelaki kacukan Inggeris-Indonesia. Lelaki itu buat Dhiya lupa pada Faliq dan lelaki lain. Hidupnya bersama Jovan bagaikan suami isteri. Mereka tinggal bersedudukan dan Jovan terpaksa pulang ke Indonesia atas urusan keluarganya. Dhiya mula buntu apbila mendapati dia mengandungkan anak Jovan. Langkah pertamanya pulang ke tanahair dan cuba mencari penyelesaian apabila Jovan tidak dihubungi.
Dhiya perlu memastikan Faliq berkahwin dengannya. Dia akan pergunakan Datin Seri Qistiana yang begitu sayangkan dia. Faliq akan kena mendengar kata ibunya.
SOAL perasaan bukan boleh dipaksa-paksa. Faliq tidak setuju untuk mengikat tali pertunangan dengan Dhiya. Hatinya sudah dimiliki oleh gadis lain. Nur Sufi Batrisyah…gadis kampung yang penuh kesederhanaan itu sudah sah menjadi isterinya. Puas didesak oleh mamanya baru Faliq mengakui dia menyukai dan punya gadis pilihan sendiri. Dia bertegas tidak akan mengahwini Dhiya. Padanya Dhiya seorang gadis yang pandai bermuka-muka. Datin Seri Qistiana cuba berlagak tenang dengan pengakuan dari mulut Faliq. Dia tidak mahu cepat melatah di hadapan anaknya itu. Kemarahannya dipendamkan dalam hati. Anak yang selama ini tidak pernah membantah kata sudah berubah laku kerana seorang gadis.
Faliq tidak ada niat untuk menghiris hati ibunya. Dia sayangkan Datin Seri Qistiana. Tapi bagaimana harus dia mengahwini Dhiya yang dianggap sebagai adik dan pada masa yang sama dia sudah punya isteri. Dia harap ibu akan mengerti perasaannya.
“Kamu mahu kecewakan ibu?” soal Puan Sri Qistiana. Wajah Faliq dipandang tajam. Faliq gelengkan kepala.
“Iq minta maaf kerana tidak dapat penuhi permintaan ibu. Iq tidak mencintai Dhiya. Please…fahamilah perasaan Iq kali ini ibu. Selama ini Iq tidak pernah meminta apa-apa dari ibu atau membantah kata-kata ibu.” Balas Faliq lembut.
“Faliq tidak sayangkan ibu? Jika Iq sayangkan ibu pasti Iq menerima Dhiya. Ibu tahu ibu tidak berhak untuk menentukan hidup Iq lagi. Iq sudah besar dan tidak perlukan ibu dalam mengatur soal hidup Iq.” Datin Seri Qistiana cuba meraih simpati Faliq. Faliq jenis yang lembut hati.
“Ibu…Kali ini….kali ini Iq terpaksa kecewakan ibu. Iq minta maaf ibu. Iq tidak ketepikan ibu tapi ini soal hati dan perasaan Iq.” Faliq sudah nekad dengan keputusannya. Dia tidak akan menduakan Batrisyah. Batrisyah cinta pertama dan terakhirnya. Ibu tidak mengerti perasaan yang bersarang di hati dia.
“Kenapa? Sebab Dhiya gadis yang sosial dan tidak tahu hal kerja rumah. Dhiya boleh dibentuk Iq. Lagipun Iq sudah kenal Dhiya dari kecil lagi.” Datin Seri Qistiana masih mendesak. Faliq rimas. Ibu melebihkan Dhiya dari dia.
“Bukan soal itu ibu. Soalnya Iq tiada perasaan langsung pada Dhiya. Iq hanya menganggap Dhiya adik Iq.”
Datin Seri Qistiana mengetap bibir. Faliq juga sudah jarang sekali balik ke rumah. Entah di mana tidurnya saban malam.
“Iq jangan fikir ibu akan menerima pilihan Iq itu? Ibu hanya mahu Dhiya menajdi menantu ibu. Tiada perempuan lain. Muktamad!” Datin Seri Qistiana bingkas bangun dan naik ke tingkat atas.
Faliq menghela nafas kecil. Dia masih tidak mahu membocorkan perkahwinannya dengan Batrisyah. Apa pun yang berlaku dia perlu melindungi Batrisyah. Ibunya pasti akan mendapatkan Batrisyah. Faliq sudah masak dengan perangai ibunya. Wanita berhati batu.
Kesian Kak Nona melihat Faliq. Dia tidak mahu Faliq menyimpan rahsia terlalu
lama tentang perkahwinannya. Kak Nona sukakan Batrisyah. Isteri Faliq itu ramah dan merendah diri. Orangnya pun cantik manis. Faliq memang tidak berahsia dengan Kak Nona. Ada saja cerita kepada orang gajinya itu. Malah kita kecewa pun Faliq meluah rasa pada Kak Nona. Alhamdulillah…Faliq berjaya memiliki gadis yang dicintainya itu.
“Faliq…”
“Kak Nona. Saya rasa terkilan dengan sikap ibu.” Keluh Faliq.
“Bersabarlah. Suatu hari nanti ibu Faliq pasti akan menerima Batrisyah. Banyakkan berdoa kepadaNYA.”
Faliq hanya tersenyum.
“Apa yang saya risaukan ibu akan mengapa-apakan Batrisyah.”
Benar kata Faliq itu. Datin Seri Qistiana bukan mudah untuk mengalah. Dia sanggup melakukan apa saja asalkan hajatnya tercapai.
eee...jahatnya Dhiya... lepas sorang, sorang penjahat yang nak ganggu Risyah..
ReplyDeleteharap Faliq juga tidak mengecewakan Risyah nanti...
Faliq, apapun pertahankan cintanya.. jangan terpedaya.. ^_^
adohai..jahatnya Dhiya...
ReplyDeleteharap faliq tidak tergoda pulak macm IB...
eee...tak suka kat dhiya..
ReplyDeletedah terlanjur baru nak tutup kesalahan
nak jadikan faliq kambing hitam la tu..
tak suka...tak suka
A'ah tak suka Dhiya tu
ReplyDeleteNUR SAID:
ReplyDeleteplz, bagi la dhiya kantoi dgn datin seri...hope sngt2 faliq dapat bahgiakan risya
Harap Faliq dpt melembutkan hati
ReplyDeleteDatin Seri pabila datin bertemu
dgn Risyah... cepat sambung ye.
Berdebar2 ...apa yg berlaku pada Faliq dan Batrisyah nanti
ReplyDeletecukup-cukup la orang yang jelez dengan Risyah tu...
ReplyDeletebagi la dia bahagia...
dia dah penat dah nak berkorban perasan untuk orang lain, kan?