Tab Menu

Followers

Friday, November 25, 2011

TERIMA KASIH 'TAKDIR CINTA LUKA'

TCL (Takdir Cinta Luka) akhir telah ditamatkan. Mula-mula memang nak buat lebih kejam dan mengayat hati tapi rasa tak sampai hati pula. Cerita asalnya Batrisyah menolak cinta Faliq dengan menipu tidak menyukai lelaki itu, dan Faliq hampa lalu terpaksa mengikut kata ibunya setelah Batrisyah menghilangkan diri.Cerita asal Faliq dan Batrisyah tidak berkahwin. Huhuhuhuu...apa pun tetap sad ending. Bahagianya Batrisyah hanya sekejap cuma. Yang dah order tunggu sampai di rumah. Akak pasti akan hantarkan.

Lepas ini giliran MAM (Mahligai Air Mata) Kisah cinta yang lebih dewasa dan rumit antara Ery Fitkri, Qaseh Fatihan, Anatasya dan Ilyana (adik kandung Ery lain mak yg nyaris dinikahinya) Ery Fitkri buta pada nilai cinta tulus di depan mata dengan menyakiti Qaseh Fatihan anak yang tidak punya bapa (luar nikah) dan buta penglihatan. Saat Qaseh Fatihan hilang dalam hidupnya baru dia menyedari yang dia sudah lama melupai Ilyana dan ada cinta di hati buat Qaseh Fatihan. Anatasya pula wanita simpanan ayah Ery Fitkri yang tidak suka komitmen dan terikat dengan perkahwinan. Harap-harap tidak golongkan dalam 'novel cabul' yang sedang kecoh betul. Adakalanya kita melihat diri kita dahulu sebelum kita mahu menasihati orang lain. Tiada manusia yang sempurna...dan tiada manusia yang tidak punya sifat dengki dan iri hati.

Saya ni kalau menulis bab romantis suami isteri tak pandai sangnat. Saya pun agak straight sedikit. Ada babak pun setakat kucup dahi, kucup pipi dan peluk pinggang dan peluk bahu. Dalam CNS II kisah rumahtangga, tidak tahulah kalau ada babak 'terlampau' kot. Rasanya tiada. Main agak-agak pula. Tapi cerita 'Tajuk dalam proses' mungkin agak berat sedikit tapi tiadalah sampai babak tidak elok mahu dimasukkan sebab ini kisah Rhea dari gadis kampung, ditipu, mengandung, dijual suami dan menjadi pelacur kelas atasan sebelum dia bertemu dengan seorang lelaki kacukan India-Inggeris yg sedang ingin mendalami Islam. Bagaimana pun saya akan postkan di blog tengok reaksi pembaca nanti. Kalau ada kesalahan harap ditegur dengan cara berhemah.

Ada satu cerita sedang dikarang. Nama hero J.J hehehehe...tunggulah ye. Buat masa ini awek skuter tiada idea nak sambung. Tapi akak akan masukkan sampai bab 5 nanti yang sudah ditulis. Manakala Enjit-Enjit Semut sedang diubahsuai menjadi komedi romantik :) Tunggu. QC akan masukkan link sampai Bab 25 saja sebab nak buat manuskrip untuk terbitan. Akak update ikut peringkat sebab sekarang 'busy on time' dan tunggu pengubahsuaian blog baru akak. Jeng2!

5 comments:

  1. ya saya ada terbaca tentang novel cabul ni..memang agak kasar bunyinya..

    ReplyDelete
  2. x sabar nak tunggu kemunculan novel2 akak...sy nak buat koleksi..sya seorang pelajar bdg undang2, kadang2 sy belajar mengendalikan clients berdasarkan bacaan dlm novel..istilah novel cabul tue pada sy yg dah meletakkan aksi2 lucah, tapi setakat pembacaan saya, novel malaysia x de lagi yg mcm tue...chaiyokk akak!!!

    ReplyDelete
  3. Terima kasih dik...akak pun tak faham, hati manusia sekarang memang tidak suka melihat orang lain naik sikit mulalah buat onar...kenapa novel inggeris yang ada dipasaran malaysia tidak dikatakan cabul pulak sedang mereka lagi terbuka, boleh pulak dibaca dan dihayati, pelik bukan.

    ReplyDelete
  4. wah!! lain blog Ilya...
    bagi akak..yg lama @ baru ok je..
    janji boleh baca karya2 Ilya..

    ReplyDelete
  5. Menangis aku.. Huhuhuhu... kenapa sad ending?

    ReplyDelete