“RISYAH! Maafkan aku! Aku berdosa pada kau! Aku rampas Ib dari kau! Tolong maafkan aku! Aku menyesal!” Rayu Baby Liyana. Tiada lagi perkataan I dan you di bibir mungil Baby Liyana.
Kehadiran Baby Liyana dan Syed Ibtisyam cukup mengejutkan Batrisyah. Pasangan itu telah berbulan-bulan menghilangkan diri sebaik mereka bersatu. Tiba-tiba saja mereka mahu menemuinya di bandar. Batrisyah kuatkan hati untuk menemui sahabat baik dan bekas tunangnya itu.
“Sudahlah Yana. Yang lepas tidak usah dikenang lagi. Saya sudah menerima takdir yang tertulis untuk saya. Saya berasa tenang sekarang walau hati saya terluka sedikit kerana seorang sahabat tidak benar-benar menganggap saya sebahagian dari hidupnya.”
“Aku tak pernah bahagia! Mungkin ini balasan ALLAH pada aku! Aku tidak tenang selagi kau tak maafkan aku, Risyah. Selagi kau tidak kembali semula pada Ib.” Baby Liyana mengalih pada Syed Ibtisyam di sebelahnya.
Lelaki itu hanya tunduk membisukan diri. Zahirnya mereka suami isteri namun pada batinnya tidak. Syed Ibtisyam tidak dapat mengikis nama Batrisyah dalam kotak hatinya. Amarahnya memuncak bila kebenaran terdedah depan matanya. Baby Liyana memerangkap dia dengan memburukkan Batrisyah. Semua kerana cintanya ditolak oleh Syed Ibtisyam dan taktik itu berkesan. Baby Liyana berjaya merampas kasih Syed Ibtisyam. Dia mencari semula Batrisyah tapi hatinya hampa kerana Batrisyah telah menajdi milik Faliq. Hati Syed Ibtisyam merasa sakit. Agaknya begitu sakit yang dirasai Batrisyah dengan perbuatannya dulu.
“Saya tidak pernah membenci awak, Yana. Saya sudah lama memaafkan awak. Percayalah! Saya tidak menyimpan sekelumit dendam di hati. Saya pasrah…jodoh saya dengan Ib hanya di pertengahan jalan.” Tutur Batrisyah lembut.
“Jangan begini Risyah. Aku benar-benar rasa bersalah! Aku telah hancurkan kebahgiaan kau dan Ib. Aku tamak haloba. Aku tidak layak menjadi sahabat baik kau. Tolonglah kembali semula pada Ib. Hanya kau dapat bahagiakan Ib.” Air mata Baby Liyana berjuraian.
Batrisyah menggelengkan kepala. Dia sudah maafkan Syed Ibtisyam namun untuk kembali pada lelaki itu tidak sama sekali. Jika lelaki itu boleh berpaling cinta hanya kerana fitnah yang ditakbur mana mungkin dia akan memberikan lagi kepercayaannya kepada Syed Ibtisyam.
“Pada awalnya mungkin hati saya rasa tercalar. Sahabat yang saya sayang sangat seakan tidak ikhlas bersahabat dengan saya. Saya tidak tahu awak mencintai Ib. Jika saya tahu…saya rela mengalah Yana. Mengapa harus saya korbankan ikatan persahabatan kita hanya kerana seorang lelaki. Saya bukan seorang yang kejam Yana. Bukan seorang yang tidak berperasaan. Yana…Awak sahabat saya dunia dan akhirat.”
“Aku salah Risyah. Aku yang kejam! Aku rela kembalikan semula kasih kau untuk menebus kesilapan aku Risyah!” Lirih Baby Liyana.
“Risyah! I tidak bahagia. I benar-benar menyesal atas perbuatan I pada you. Maafkan I Risyah. Kembalilah pada I.” Syed Ibtisyam yang mendiamkan diri itu membuka mulut. Batrisyah gelengkan kepala lagi.
“Saya benci merampas kebahagiaan orang lain. Dan saya benci menjadi orang yang kedua. Maafkan saya Ib.” Batrisyah tetap bertegas dengan pendiriannya. Dalam hati Batrisyah yang terukir nama lelaki itu. Lelakai yang telah sah menjadi suaminya. Faliq…hanya Faliq ada di hatinya. Cinta yang tidak berbelah bagi.
“Faliq telah merampas you dari I. Hanya Faliq berada di hati you bukan? Apakah I tiada peluang kedua Risyah? Apakah I telah terlewat? You pun tahu yang Faliq tidak mengenali you lagi. Apa gunanya you masih termeterai dengan ikatan perkahwinan. You boleh minta fasakh dari dia.” Mata Syed Ibtisyam mula berair. Jika Batrisyah sudah bertegas maka dia sepatutnya telah tahu akan jawapan dari bibir gadis itu. Tiada peluang kedua lagi untuknya. Tiada cinta lagi untuknya. Dia memang telah terlewat!
“Ib…perkahwinan bukan satu perkara yang enteng. Bila ijab dan kabul itu sempurnabawak lafazkan…awak punya tanggungjawab yang terpikul di bahu. Awak adalah nakhoda untuk isteri awak. Maafkan saya Ib. Pintu hati saya telah tertutup untuk awak. Saya tidak membenci awak dan Yana. Dan saya telah lama memaafkan kamu. Kesetiaan saya hanya untuk Faliq.” Tenang jawapan yang Batrisyah berikan.
“Risyah….” Syed Ibtisyam memandang ke dalam mata Batrisyah. Mengapa dia begitu bodoh dalam menilai baik dan buruk. Membiarkan gadis sebaik Batrisyah terluka.
“Yana…Ib…jangan runtuhkan bahtera kamu kerana saya. Terima segala yang keburukan dan kebaikan antara kamu. Kita bukan manusia yang sempurna. Kalau awak sayangkan saya, lakukannya demi saya. Lakukan atas nama persahabatan. Biarpun Faliq tidak mengingati saya namun dia ada meninggalkan tanda cintanya pada saya. Teman di kala saya kesunyian kelak.” Air mata Batrisyah luruh. Dia sedang sarat dan yang bakal melahirkan cahaya matanya.
Baby Liyana memaut jemari runcing Batrisyah. Hatinya tersentuh. Dia tidak layak menjadi sahabat untuk Batrisyah.
“Kau terlalu baik hati Risyah. Kau begitu mudah disakiti. Aku menyesal Risyah…aku menyesal kerana mengikut telunjuk nafsu.” Baby Liyana menangis teresak-esak. Mampukah dia mempertahankan rumahtangganya bersama Syed Ibtisyam andai cinta lelaki itu bukan lagi miliknya. Dia mendapatkan cinta itu dengan cara kotor.
“Yana…Ib…saya perlu minta diri dahulu. Maafkan saya kerana menghampakan awak Ib. Sungguh! Mungkin dulu saya terlalu sukar untuk melupakanawak, Ib. Tapi kini perasaan itu telah hilang sama sekali. Maafkan saya. Belajarlah untuk mencintai Yana.” Batrisyah bingkas bangun. Sekuntum senyuman dilayangkan kepada Baby Liyana dan Syed Ibtisyam. Dia berlalu keluar tanpa menoleh lagi ke belakang.
Batrisyah memandu keretanya dengan penuh berhati-hati. Air mata gugur bagaikan titisan-titisan hujan.
Ya ALLAH…
dengan berkat Nabi-MU
dan berkat guruku
luruskanlah hatiku ini
agar agamaku lurus
betulkanlah hatikuini
agar aku ikhlas selalu
kau tetapkanlah hatiku
agar aku tidak tergugat
dengan ujian yang menimpaku.
Berikanlah aku kekuatan….
Ya ALLAH…
Tuhan yang mencipta hati
Kau bersihkanlah hatiku ini
agar mazmummahku
tidak merosakkan agamaku
dan juga tidak merosakkan
kehidupan orang lain
Wahai Tuhan…
yang membolak-balikkan hati
kuatkanlah hatiku ini
agar keyakinanku tidak berubah
supaya aku sentiasa tabah
Ya ALLAH…
ENGKAU rasakanlah hatiku
sentiasa bersama-MU
supaya aku tak rasa sepi
di dalam hidupku
aku merasa malu
melanggar perintah-MU
dan aku sentiasa siap sedia
menunaikan perintah-MU
Ya ALLAH…
Tuhan yang menjaga hati
baikilah hatiku
agar seluruh hidupku menjadi baik
supaya tidak dikhianati
dan tidak hasad dengki
dan tidak berdendam sesama manusia.
Tuhan…limpahkanlah ke dalam hatiku
ilmu dan hikmah
hingga aku dapat menyuluh hati
dan menyuluh kehidupanku
supaya lahir batinku menjadi taat
Tuhan…
aku bermohon ENGKAU
kabulkanlah doaku ini…
Batrisyah singgah di sebuah masjid untuk mengerjakan solat Asar. Dia memohon keampunan sebagai seorang hamba ALLAH yang tidak akan lari dari melakukan kesalahan. Sesungguhnya cinta kepadaNYA adalah yang kekal abadi.
Senyuman terpalit pada bibir Batrisyah. Hatinya cukup tenang. Dia percaya masih ada sinar kebahagiaan untuknya. Hampir setiap malam dia menghiasinya dengan bermunajat sebagai seorang hamba. Tuhan moga kau ampunkan dosaku insan yang alpa ini. Doa Batrisyah dalam kesyahduan. Batrisyah mengatur langkah ke arah keretanya yang dibehentikan di seberang jalan.
Poooonnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!!!
GELAS kaca di tangan Haji Sufian terlucut dan berderai di atas lantai. Haji Sufian mengurut dada dan beristiqfar. Dia rasa tidak sedap hati. Haji Sufian memandang kaca-kaca yang bersepah atas lantai. Hatinya berdebar-debar kuat. Bagaikan ada petanda buruk yang telah berlaku.
“Kenapa abah?” soal Qais yang muncul di muka pintu dapur. Terkejut dia mendengar bunyi kaca pecah di ruang dapur.
“Entahlah…tiba-tiba gelas minuman abah terlepas dari tangan,” balas Haji Sufian. “Abah tak sedap hatilah Is.” Sambungnya lagi. Haji Sufian duduk bercangkung mengutip serpihan-serpihan kaca yang bersepah. Benar hatinya tika ini kurang enak sekali. Batrisyah pula sudah lewat begini masih tidak pulang. Tidak pernah Batrisyah pulang lewat.
“Abah ni jangan fikir yang bukan-bukanlah.” Desis Qais. Qais datang membantu. Sedang dua beranak itu sibuk membersihkan kaca-kaca di lantai dapur, bunyi telefon berdering di ruang tamu. Mereka membiarkan saja. Namun deringan telefon itu berdering tanpa henti. Mungkin ada panggilan kecemasan. Haji Sufian berfikir.
“Biar Is angkat.” Qais bergegas ke ruang tamu. Ganggang telefon segera di angkat. Siapalah buat panggilan tengah mahgrib begini.
“Assalamualaikum.…ini rumah Nur Sufi Batrisyah Binti Sufian?” tanya si pemanggil dengan lembut.
“Waalaikumusalam…Ya, ini rumah dia. Saya adik dia. Mengapa?” jawab Qais.
“Kami buat panggilan dari hospital…” Beberapa ketika ganggang telefon terlepas dari pegangan Qais. Jantungnya berdengup kencang.
“Ya ALLAH…” Qais terjelepuk atas lantai. Telinganya sudah tidak menangkap suara pemanggil yang masih dalam talian. Ganggang telefon dibiarkan jatuh terjuntai.
“Mengapa Is?” Haji Sufian muncul dengan seribu persoalan. Qais tidak menjawab. Mulut Qais seakan terkunci rapat. Dia pandang wajah abah. Air matanya merembes keluar. Bagaimana harus dia sampai berita buruk itu kepada abah?
“Is…mengapa Is? Cuba beritahu abah siapa yang menelefon?” Haji Sufian memaut bahu anak bongsunya itu.
“Kak Risyah abah…Kak Risyah…”
“Mengapa dengan kakak kau Is?”
“Kak Risyah kemalangan, abah.”
Haji Sufian terpaku. Bibirnya terkunci rapat.
mana bab 25-29?
ReplyDeletemana bab 25,26,28,29 tiba2 bab 30 confius la,kak.bila tekan TCL25 dia masuk bab 17.
ReplyDeleteAkak dah ckp blog problem masih sedang diperbetulkan...
ReplyDeletealah siapalah yang langgar risyah tu...
ReplyDeletedahlah tengah pregnant...
risyah sorang yang baik...sanggup maafkan kawan dan bekas tunang walaupun diorang pernah mengkhianatinya...semoga risyah akan bahagia.